Pesanan

85 23 5
                                    


Ava memandang dua pasangan di depannya. Dia bukan cemburu ke apa tapi rasa rimas! Dari tadi asyik berkepit je. Tak ada kerja lain ke?

"U suapkan i " Rina menganga mulut dan menunggu Eric untuk menyuapnya. Eric pula hanya menurut. Ava menggigit rotinya dengan kasar.

' tak ada tangan agaknya '

Ava memandang abangnya,Ash dan Dylan. Mereka juga seperti menyampah dengan aksi terlebih sweet diorang ni.

Tapi bila ingat balik, Ava tak sangka yang Eric akan getback dengan Rina. Mungkin diorang still saling mencin- gelilah nak habiskan. Paham² je la.

"Jom masuk kelas" aku mengajak mereka.

Semua orang dah bangun tetapi Rina menarik Eric supaya duduk kembali.

"U teman lah i kejap kat sini" kata Rina manja. Ava dan yang lain sudah bergerak keluar dari cafe.

"I nak ikut kawan-kawan i. Ingat eh Rina kita getback sebab i tak nak u apa-apakan Ava bukan sebab i still sayangkan u!" Eric terus blah dari situ,meninggalkan Rina yang sedang menahan amarah.

"Aku memang kena selesaikan perempuan tu cepat!" bisiknya perlahan.

.

Sekarang waktu pendidikan jasmani jadi semua pelajar dibenarkan melakukan aktiviti bebas. Selalunya beberapa kelas akan digabungkan sebab cikgu selalu tak hadir.

"Ava jom lah main sekali!" Ash mengajak.

"Korang main lah. Aku nak pergi bilik persalinan jap." Ava bangun dan bergerak ke bilik persalinan perempuan yang agak jauh dari situ.

Seseorang mendengar apa yang Ava kata dan terus mengikutnya.

Ava membuka suis lampu. Dia bergerak ke begnya yang berada di atas kerusi. Botol air dikeluarkan. Macam mana lah boleh lupa botol dia ada kat situ.

Tiba-tiba pintu belakang(bilik persalinan ni ada dua pintu tau) dibuka dengan cara kasar. Ava tersedak kerana yang masuk tu lelaki. Dah lah ramai.

"Apa korang buat kat sini? Ni tempat perempuan lah!" Ava sudah bersedia untuk lari dari situ.

"Kau Ava Oliver ke?" tanya salah seorang lelaki itu. Dari pemakaiannya,dia bukan pelajar sekolah itu.

Ava ragu-ragu untuk menjawab.

Kemudian,seorang lelaki yang lain berbisik pada yang bertanya tu. Terbit senyuman yang menyeramkan pada wajahnya.

"Aku ada hadiah untuk kau." katanya tiba-tiba. Ava mengangkat kening. Dia lihat kat tangan lelaki tu kosong je.

Lelaki itu mendekatinya. Dan

Dush!

Ava terjatuh ke lantai. Dia memegang pipinya.

' Hadiah sangat! '

Ava bangun perlahan-lahan.

"Apa masalah kau? Sapa yang hantar kau sebenarnya ni?!" tanya Ava tenang. Ava mengira jumlah lelaki itu dalam hati.

1
2
3
4
5
6

6? Ramainya!!!

"Tak kisah lah sapa yang hantar kitorang. Kitorang just nak sampai kan ni-

Mereka menyerang Ava. Ava mengelak dan membalas serangan mereka. Enam lelaki lawan seorang perempuan kau rasa sapa menang. Tapi yang 2 orang tu jaga pintu.  Tak kisah lah Ava ganas ke tak. Ini namanya tak adil !!

" aduhh!!" Ava terdorong ke belakang apabila dia ditolak kuat.

' tak gunalah!! At least lawanlah cara perempuan walaupun kau lelaki!'

T h e   O l i v e r ✔Where stories live. Discover now