Make you realise

93 23 3
                                    


"Abang Andy? Abang tak boleh ke track nombor sapa ni?" Ava memandang Andy yang dari tadi membelek-belek phone Aiden.

"Sorry Ava. Walaupun abang mahir dalam benda ni, susah jugak nak track nombor sapa sebab abang rasa orang tu lagi pandai." jawapan dari Andy buat Ava dan Aiden mengeluh.

"Tak apa lah abang. Thank you sebab tolong." ucap Ava.

"Kalau ada apa-apa, bagitahu je abang. Mungkin abang boleh tolong." kata Andy sebelum keluar dari bilik Aiden.

"Aiden..cane ni?" Ava landing di atas katil empuk Aiden.

"Aku masih tak percaya yang Andy tak boleh track nombor ni." kata Aiden.

"Asal pulak? Kan abang dah kata yang orang yang hantar mesej tu lagi pandai bab-bab IT ni. Mungkin dia dah hack ke. Mana kita tahu kan." Ava mem-back up Andy.

"Tapi Ava..Andy tu budak paling pandai dalam bidang ni. How come dia tak boleh track? Aku rasa-

" Aiden!! Stoplah fikir bukan-bukan! Abang Andy kata dia tak boleh buat tu maksudnya memang dia tak boleh buat lah!" Ava meninggikan suaranya.

"Sayang sangat kat Andy tu." kata Aiden perlahan. Tetapi Ava dapat mendengarnya.

"Walaupun dia cuma abang angkat kita ,tak bermaksud dia tak boleh disayangi." ucap Ava tapi tidak memandang Aiden.

"Ok Ava...aku tak nak gaduh pasal benda ni. Sekarang baik kita fikir cara untuk cari sapa yang hantar mesej ni." Aiden mengeluarkan pen dan pensil dari laci.

"Hmm"

"Avaaaa...." Aiden mencubit pipi Ava kuat.

"Sakitlah!!" Ava memegang pipinya.

"Tahu pun! Dah tak payah merajuk, cepatlah fikir!" kata Aiden lalu duduk di depan Ava.

"Kau rasa mesej ni ada kena mengena dengan 'dia' tak?" tanya Ava. Aiden berhenti menulis.

"Aku tak tahu...........tapi, aku rasa aku tahu macam mana nak tangkap si 'dia'. " kata Aiden.

"How?"

"Macam ni," Aiden memberitahu Ava plan-nya dan menulis di kertas. Ava mengangguk-angguk faham.

.

Aiden dan Ava pergi ke sekolah seperti biasa. Keadaan di sekolah nampak sama seperti hari-hari biasa. Mungkin mereka sudah melupakan tentang kematian salah seorang pelajar disitu. Betul lah orang kata, kadang-kadang kematian kita tu tidak dikisahkan pun oleh orang lain. But as a living human being,we need to continue our life.

Aiden dan Ava baru ingin masuk ke bangunan sekolah mereka tetapi tiba-tiba ada orang yang menarik Ava dengan kasar.

Ava melihat siapa yang menariknya. Seorang wanita yang cantik dalam linkungan 30-an.

"Ye, apa saya boleh bantu?" tanya Ava sopan.

"Kau tak payah nak berpura-pura lah! Kau yang bunuh anak aku kan!!!" Wanita meninggikan suaranya pada Ava. Aiden di sebelah terkejut dengan apa yang wanita itu kata. Pelajar-pelajar yang lalu-lalang juga berhenti untuk menyaksikan pergaduhan itu.

Ava tidak menjawab. Dia hanya memandang wanita di depannya dengan riak wajah biasa. Tiada rasa gentar pun dalam diri Ava.

"Asal kau senyap? Betul kan apa yang aku cakap!! Kau yang bunuh anak aku!!" Wanita itu ingin menampar Ava tapi Ava sempat menahan. Dia mengukirkan satu senyuman sinis pada wanita itu.

Wanita itu terkedu kerana Ava tidak menunjukkan yang dia takut akan dirinya.

"Sebelum makcik or auntie or Datin or akak nak tampar saya, saya nak tanya. Anak mana yang awak maksudkan??" soalan Ava buat wanita itu menarik kembali tangannya dari terus ditahan oleh Ava. Dia masih mengekalkan wajah marahnya.

T h e   O l i v e r ✔Where stories live. Discover now