Senior

107 24 3
                                    


Ava sedang mengelamun apabila Miss Suzy memanggil namanya.

"Ava!"

Ava segera memandang Miss Suzy.

"Ye miss?" dengan gelabah dia menjawab. Takut kena soal, memang mati dia kat situ.

"Tolong hantarkan buku ni kat kelas 5 Lavender..dengan Dylan sekali." Ava memandang pelik. Tak pernah pernah nak minta dia tolong, apa yang merasukimu hingga kau tega- ehh ternyanyi pulak.

"Are you listening Ava?" Miss Suzy menguatkan suara. Ava mengangguk dan berdiri untuk pergi ke meja guru.

Dia lalu di sebelah meja Jenny dan tanpa Ava sedar, Jenny mengeluarkan sedikit kakinya di laluan itu sehingga menyebabkan Ava tersadung.

Semuanya berlaku dengan cepat, Ava hanya mampu menutup mata tapi Ava tidak rasa yang dia jatuh menyembam lantai. Rupanya Dylan dibelakangnya menarik tangannya.

"Be careful next time." Ava tersengih dan jalan ke meja guru. Jenny di mejanya sudah mengetap gigi menahan rasa marah.

"Tolong hantar ni kat kelas 5 Lavender . Cakap kat diorang saya masuk lambat sikit." Ava dan Dylan mengangguk dan membawa buku-buku latihan itu keluar dari kelas.

"Berat ke? Biar aku bawa sikit" Dylan memandang Ava disebelah yang seperti bersusah payah membawa buku-buku itu.

"Tak. Aku ok je. Buku kau pun dah banyak." Ava menolak.

"Mesti kau busy kan. Dah lah jadi class monitor. Jawatan-jawatan lain pun kau ambik."Ava memandang Dylan.

"Busy lah jugak tapi nak buat macam mana, memang tu kerja aku." Dylan menjawab dengan tenang.

"Yelah, teacher's favourite student kan." Ava berkata dalam nada bergurau.

"Mana ada favourite student-

" Dylan Owen!" Ava dan Dylan menoleh pada suara yang memanggil.

"Can you help me with this file?" rupanya Miss Lana yang memanggil.

"I told you so" Ava berkata kemudian tergelak kecil. Dylan menggulingkan mata.

"Kau pergi dulu. Nanti aku datang. Kelas tu kat atas belah kiri tangga." Dylan terus bergerak ke Miss Lana dan Ava pun naik ke tangga untuk ke kelas 5 Lavender.

Ava belok ke kiri selepas sampai ke tingkat atas tapi malang tak berbau apabila ada orang yang melanggarnya menyebabkan buku-buku yang dibawa jatuh ke lantai.

"Sorry sorry" Orang itu meminta maaf pada Ava dan membantunya mengutip buku-buku itu.

"Terima kasih." Ava mengambil buku yang terakhir dari orang itu.

"Sama-sama. Eh awak nak pergi mana?" Orang itu bertanya.

"Saya nak pergi kelas 5 Lavender untuk hantar buku ni. Miss Suzy yang suruh." terang Ava.

"Ouhh, saya pun kelas tu. Alang-alang ni biar saya tolong awak." orang itu mengambil sedikit buku dari tangan Ava.

"Terima kasih." Ava mengucapkan sekali lagi.

"No problem. By the way, nama awak apa?"

"Ava. Kelas 4 tulip." Balas Ava.

"Ouh, so you junior? Saya Zane. Class 5 Lavender." Ava mengangguk faham.

Zane berhenti di depan satu kelas yang agak bising. Mungkin kerana ketiadaan guru.

"Yo Zane!! Kau pergi mana?" Jasper yang tiba-tiba menyergah mereka di pintu berkata.

T h e   O l i v e r ✔Where stories live. Discover now