Caught

103 18 4
                                    


(Aiden's POV)

Aku menunggu Ava di cafe yang kami janji untuk berjumpa. Ava tu memang, kalau tak lambat bukan dia.

"Hai abangku!" Ava terus duduk di depan aku dan menarik gelas air orenku lalu menyedut straw air oren itu.

"Datang dah lah lambat lepastu kau minum air aku?" tanya aku sambil memandang wajah polos milik Ava.

Ava mengangguk kemudian tersengih. Budak ni aku lepuk jugak nanti!

"Asal kau nak jumpa aku ni?" aku bertanya terus.

Ava mengeluarkan sesuatu dari begnya dan menghulurkan pada aku.

'Surat?'

"Surat sapa kau kasi ni?" aku mengambil sampul surat itu lalu mengeluarkan surat di dalamnya.

"Tu surat terakhir yang aku dapat masa aku jumpa Brian buat kali terakhir." terdengar nada sayu dalam bicara Ava.

Aku membuka lipatan surat itu. Selesai aku membaca isi kandungan surat itu,aku memandang Ava.

"Apa yang kau rasa Brian nak sampaikan?"

Ava mengangkat bahu.

"Aku tak tahu...tapi aku rasa dia ada nak sampaikan sesuatu selain dari luahkan perasaan dia pada aku." terang Ava. Aku membelek surat itu dan melihat satu nombor di hujung surat itu.

'2? Kenapa 2?' aku cuba mencari lebih banyak clue tetapi itu saja yang aku jumpa.

"Kau rasa kenapa ada nombor 2 kat sini?" aku memandang Ava.

"Mungkin...ada lagi satu surat yang dia nak kita baca. Entah laa...aku agak je."jelas Ava sebelum menyedut air oren aku lagi.

Aku berfikir. Jap! Aku rasa aku tahu!

"Ava aku nak balik dulu. Nanti apa ² whatsapp aku tau!" Aku bangun dari kerusi meninggalkan Ava yang masih terpinga-pinga. Surat di tangan aku masukkan ke dalam poket baju.

'Aku harap firasat aku tak salah!'

. . .

Aku masuk ke dalam rumah. Tiada bunyi dari ruang tamu. Mungkin Evan, Emily,Puan Elyn dan ayah tak balik lagi.

Aku melihat Mak Siti mahu naik ke tingkat atas dengan membawa baju-baju berhanger.

"Mak Siti! Mak Siti nak pergi mana?" aku menahan Mak Siti dari naik ke atas.

"Nak hantar baju ni kat atas lah. Kamu kenapa tiba-tiba tanya?" jawab Mak Siti.

"Ouh...biar Aiden tolong Mak Siti." Aku mengambil baju-baju yang dipegang oleh Mak Siti.

"Kamu ok tak Aiden? Tiba-tiba nak tolong Mak Siti ni?" Mak Siti meletakkan belakang telapak tangannya pada dahi aku.

"Aiden ok je Mak Siti. Alang-alang Aiden naik atas ni baik Aiden tolong kan." tanpa menunggu Mak Siti menjawab, aku segera naik ke tingkat atas.

Aku membuka pintu bilik perlahan-lahan. Aku tahu benda ni salah tapi aku kena pastikan sesuatu.

Aku menggantung baju-baju itu di tempatnya. Pintu aku tutup rapat. Aku mula mencari. Dari dalam laci hingga ke tong sampah.

"Mana benda tu??!" aku menyerabutkan rambutku.

Ok think Aiden think! Kalau kau jadi 'dia' kau sembunyikan benda tu kat mana?

T h e   O l i v e r ✔Where stories live. Discover now