Kisah ini berlaku 20 tahun dahulu, Seorang budak perempuan yang berusia 10 tahun yang mempunyai kebolehan melihat hantu.
NIA (AKU),
Itu nama budak itu.
Siapa sangka beliau dianugerahkan mata yang mampu melihat perkara ghaib.
Jangan kata rasa takut, malah dikatakan gila kawan sekelilingnya yang jauh darinya.
Mahu sahaja memberitahu bapanya tapi tidak diendahkan kerana perkara tersebut dikatakan permainan mata.
Apa salah ku?
Malam ku tidur, terbayang seperti ada melihat aku.
Dicelah pintu yang semua gelap gelita seperti ada benda bercahaya yang merenung tepat ke mataku.
Menangis...
Tidurku ditemani oleh rasa takut. Mata terus terpejam seperti ada gam di setiap bulu mata. Pertama kali aku melihat benda itu, seperti ada di celah pokok pisang sewaktu aku bermain di luar waktu maghrib. Berjubah koyak yang sudah lusuh, rambut yang tidak terurus dan senyum padaku.
Besar sifat ingin tahuku.
Terus rapat aku ke pokok pisang.
Langkah demi langkah.
Suara lemah memanggil.
NIA....NIA....
MARILAH MAIN BERSAMA, AKU KESEORANGAN.
Sehingga aku sampai di pokok pisang itu, aku dipanggil ayah untuk masuk kedalam.
Aku melihat mata ayahku tepat ke pokok pisang seperti sedang marah.
YOU ARE READING
BILIK ASRAMA 302
HorrorCerita mengisahkan tentang sekumpulan gadis yang menghadapi detik menyeramkan semasa duduk di asrama.Gadis ini tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhati dari kecik dan tidak menyedari bahawa dirinya didampingi saka tidak bertuan.