SURAYA PENGSAN

449 12 0
                                    

Semasa orientasi senaman ringan. Suraya tiba tiba pengsan.

Kami cuba kejutkan dia dengan bantuan kakak senior. Shuhada namanya. Beliau bertudung labuh dan tahu serba sikit tentang rawatan kecemasan.

Shuhada memandang aku dengan mata yang serius seperti tahu sesuatu.

"Ada apa apa yang terjadi malam tadi?" Tanya Kak Shuhada yang tua dua tahun dari kami.

Baru aku ingin menbuka mulut.

"Ada...." Jawab Aina yang dalam keadaan takut.

"Apa dia?" Tanya Kak Shuhada.

"Seperti Suraya tidak sedar bahawa dia bersama kami malam tadi cuma beliau tidak berborak dengan kami". Terang Aishah sambil memegang kepala Suraya di pehanya.

ITU BUKAN SURAYA.

"Hah!!Habis itu siapa?" Terkejut Aina.

"Mungkin kawan kamu sudah jumpa penghuni asal bilik asrama kamu". Kata kak Shuhada.

Takkan benda yang selama ini mengikut aku adalah hantu penghuni asrama ataupun Kakak Shuhada salah memberi tafsiran.

Terdiam kami.

Nak pindah bilik? Nak pindah kolej? Ataupun terus sahaja.

"Kakak tahu kamu semua kuat Cuma Suraya kena pada waktu datang dia di waktu kotor." Kata Kak Shuhada.

Kami mengangguk seperti faham dan kuat memikirkan perkara yang diberitahu bahawa ini adalah gangguan syaitan.

"Diabukan hantu tapi pengamal ilmu sesat di asrama ini setahun yang lepas danditangkap dan dibuang asrama apatah lagi kolej."Sambung Kak Shuhada.

BILIK ASRAMA 302Where stories live. Discover now