Nur Nina Binti Baharuddin

367 9 3
                                    

Panggilan yang selalu dipanggil adalah Nina.Jelasnya.

"Macam pernah aku dengar nama panggilan ini". Bisik dalam hati.

Kelas dimulai setelah Nina mengambil tempat duduk di Sebelah Aishah di bahagian tengah kelas.

"Baik kelas, Kerja rumah yang saya berikan pada anda memerlukan anda mencari 4 orang untuk kerja ini". Kata Madam Kas.Dipecahkan kepada 10 orang. Kami memilih Nina untuk turut serta dalam kumpulan ini.

Baru kami tahu Nina adalah senior tahun lepas, berehat sebentar dan sambung semula untuk musim ini tetapi dianggap masih baru kerana tidak menghabiskan musim lepas.

Perasaan aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena bila kami memaklumkan bahawa kami menetap di bilik 302.

Mukanya berubah menjadi seakan takut dan tidak senang duduk.

Kelas bersurai dan Nina cepat keluar tanpa sempat kami mengambil no telefon untuk senang kami hubungi.

"Dia tu dah kenapa?" Tanya Aishah.

"Mungkin dia sakit perut kot". Jawab Aina diiringi gelaknya.

Kami balik ke asrama setelah diberitahu bahawa kelas petang dibatalkan kerana Sir Harith tidak sihat.

"Kenapa balik semula ke sini? Kamu tak kesian dengan budak bilik ni?"

Terdengar suara kak Shuhada.Kami mencuri dengar di sebalik pintu bilik kami.

.

.

.

"Assalamualaikum". Salam diberi oleh kami bertiga.

"Waailaikumusalam, Masuk la". Jawab Kak Shuhada sambil memegang telefon miliknya sambil memandang muka kami bertiga.

"Ada budak baru ker dalam kelas?" Tanya Kak Shuhada untuk kepastian.

" Ada, Nina namanya". Balasku.

Terus aku teringat cerita tahun lepas pasal si pengamal ilmu hitam bila aku melihat muka sayunya Kak Shuhada.

Tuk Tuk Tuk

Tuk Tuk Tuk

Pintu bilik kami diketuk. Terus aku menbuka kerana salam yang diberi seperti pernah didengari.

Jasad Nina dihadapan kami berempat.

"Maaf, Saya tidak sengaja pagi tadi. Bilik ini mengingatkan saya dengan satu peristiwa lepas".

Kata Nina dengan rasa bersalah.

"Kami tahu peristiwa itu. Kak Shuhada dah cerita kepada kami". Balas Aina.

"Terkena kepada kawan kami, Suraya". Balas Aishah juga.

"Apa yang terjadi sebenarnya Nina?" Tanya Kak Shuhada demi mendapatkan kepastian.

Kamu pengsan bila saya sudah masuk ke dalam bilik.

"Pengsan? Dalam bilik?". Bingung kami.

"Iya, Saya juga penghuni asal bilik 302 selain Sophea, Shuhada dan Maria". Balas Aina.

"Pada malam kejadian, Masa pulang selepas keluar makan bersama Aiman.Saya berjumpa Maria bersama dengan Sophea di ruang pelajar di bawah kampus. Saya tidak tahu Aiman dan Sophea adalah pasangan kekasih. Saya hanya tahu selepas bergaduh dengan Sophea.Tapi semasa di bilik, Sophea mulai reda dan hanya memandang tepat ke laptopnya sambil bermain rambut. Berkali saya meminta maaf sambil memandang Sophea dari atas ke bawah.

Tapi Maria seperti ketakutan dan terus saya turun dan pergi ke padanya. Terkejut saya melihat Sophea sedang senyum tepat kepada kami. Senyuman yang menakutkan.

Malam itu kami tahu yang Sophea sudah tidak bersama kami.

Maria sudah pengsan di pangkuan dan saya kuatkan diri dengan bacaan Yassin dan mencapai Al Quran di sisi Maria dan mendakapnya di depan sambil memeluk Maria.

Selepas dari kejadian itu, Kami sedar di pagi hari tanpa kelibat kamu berdua.

Apa yang terjadi dengan Aiman pun tidak saya tahu.

Salah saya kerana tidak menjaga adat persahabatan dan batas pengaulan." Jelas Nina.

"Saya terus mengambil keputusan untuk tunda semester lepas dan menukar kepada course yang lain bila mendaftar ke semester baru". Sambung Nina lagi.

"Tapi Maria, Dimana dia berada sekarang Shuhada"? Tanya Nina untuk penjelasan.

"Maria sudah berpindah ke kolej yang lain pada keesokannya. Sama dengan hari kamu tunda semester. Tapi dia mengambil keputusan setelah mendapat nasihat dari ayah dan ibunya".

Jelas Shuhada.

"Tapi kenapa kamu masih mahu duduk di dalam bilik 302 ni?" Tegas Nina.

"Sebab aku tak nak budak budak ni kena nasib yang sama macam kita". Jelas Shuhada dengan nada sedikit kesal dengan soalan Nina.

BILIK ASRAMA 302Where stories live. Discover now