"Akak tak tahu pulak terjadi lagi perkara ini. Apa benda yang kamu buat sampai Suraya jadi macam nie?" Tanya kak Shuhada.
"Kami baru hari kedua kak, takde pulak kami ada sakitkan hati sesiapa". Balas Aishah.
"Semalam kami dah terkena dengan Suraya, katanya tidur selepas mengemas tetapi kami mendengar beliau menyanyi di bilik mandi jelas kelihatan suaranya Suraya.Tetapi kami endahkan sahaja, mungkin kebetulan suara pelajar lain sama." Terang semula Aina kepada Kak Shuhada.
Perkara ini tidak diketahui ramai cuma kami berlima sahaja termasuk kakak Shuhada.
Dibilangnya jangan pernah tinggal solat dan surah Yasin di bilik sebagai pendinding.
Diberinya air dibaca dengan ayat Al Quran, dihembus dan disapu sedikit di muka Suraya.
Suraya bangun tetapi dalam keadaan yang sedang takut. Seperti diculik oleh lelaki yang jahat.
"Aku nak balik! Nangis Suraya teresak esak. Aiman tolong saya". Kata Suraya.
"Eh...macam mana Suraya tahu perihal Aiman?" Tanya Aina kepada yang lain.
"Suraya, kami akan maklumkan perkara ini kepada pihak kolej samaada boleh panggilkan ibubapa kamu untuk datang ambik kamu". Beritahu Shuhada kepada Suraya.
Keluarga Suraya sudah pun dimaklumkan oleh pihak hal ehwal pelajar dan beliau dibawa pulang.
YOU ARE READING
BILIK ASRAMA 302
HorrorCerita mengisahkan tentang sekumpulan gadis yang menghadapi detik menyeramkan semasa duduk di asrama.Gadis ini tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhati dari kecik dan tidak menyedari bahawa dirinya didampingi saka tidak bertuan.