SIAPA DI SEBALIK PINTU?

390 10 1
                                    

"Alhamdullilah, Dah habis orientasi". Kata Aishah.Lepas orientasi, Kami diminta untuk menyemak pecahan kelas di depan ruang hadapan bilik Hal Ehwal Pelajar.

160 orang yang mendaftar. Dipecahkan kepada kelas A, B, C dan D.

Aku, Aishah dan Aina diletakan di satu kelas yang sama iaitu B.

Kami mendaftar subjek yang sama kami ingin ambil musim ini. Mudahkan kami untuk belajar bersama. Suraya lain, kelas A. Tetapi ditangguhkan kerana masih tidak sihat.

Malam itu kak Shuhada tidur awal, Mungkin penat untuk orientasi kedua untuk sesi pendaftaran baru yang lain.

Sedang kami berborak sambil menbaca buku untuk kelas pertama esok.

TUK TUK TUK

Pintu berbunyi salam tidak diberi. Kami bertiga menyahut seirama

"ASSALAMUALAIKUM!!!

SIAPA DEKAT LUAR?"

Dijawabnya ringkas

"AKU LA..KAWAN KORANG," SURAYA.

Lembut suaranya seperti memanggil.

Gembira dan takut, dua perasaan yang bercampur. Suraya dah sihat? Kenapa tidak dijawabnya salam? Kenapa bau malam ini semacam? Segala jenis persoalan ada di fikiran kami.

"JANGAN BUKA PINTU TU".

Kata Kak Shuhada yang terdengar sama.

Kak Shuhada menyuruh kami menbuka surah Yassin di telefon masing masing dan duduk rapat dengan dirinya. Perasaan takut menyelimuti diri.

Siapa di sebalik pintu?

Kami tidak tahu kenapa diganggu sampai begini. Bisik hatiku.

Terlena kami di pangkuan kak Shuhada.Yang aku dengar Kak Shuhada menbaca doa dan ayat dari Al Quran.

Aku juga ada terdengar.

Maafkan aku Sephia, ini semua salah aku.

Tetapi diendahkan, Mungkin kurang jelas sebutannya.

Kami masuk kelas seperti biasa, Berkenalan dengan semua.

Hari pertama kelas, kami dah diberikan tugasan yang perlu disiapkan dalam masa 3 hari. Tugasan berkumpulan,1 kumpulan 3 orang. Tidak ditunggu, Memang kami bertiga kumpulan bersama.

Malam itu terus kami mencari idea tentang perkara yang perlu dibuat untuk tugasan Ekonomi, Pensyarah Asiah atau lebih dikenali sebagai Madam Asiah.

Dibawah kampus kami ada tempat untuk semua pelajar dari seluruh bidang untuk belajar berkumpulan dan menyiapkan kerja selain di dalam bilik asrama. Tidak jauh dari asrama lelaki dan surau.

Tepat pukul 10 selepas selesai Isyak dan ceramah, Kami bertiga terus ke ruang tersebut.

Menbawa buku sambil bertelekung putih di tangan.

Malam keesokkan hari.

"Kamu berempat hendak ke mana?" Tanya Pakcik Guard.

"Kami hendak pergi ruang belajar di bawah kampus" balas kami setelah ditanya Pakcik Guard. Tempat itu menjadi pilihan kerana tempat yang terang dan ramai orang yang belajar di waktu malam disana. Angin sejuk dan internet yang kuat di kawasan itu.

"Kejap". Tegur Aina.

"Tadi Pakcik Guard tu kata kita berempat?" Tanya Aina kepada kami.

Tidak jauh dari situ. "Kamu berempat jangan balik lewat sangat ke asrama". Kata Pakcik Guard dan berlalu pergi.

Kiri kanan kami ada cermin. Dilihatnya takut tapi ingin memastikan. Dipandang secara perlahan lahan ke cermin.

Tiada.Lega dan terus ke bilik tanpa berlengah masa.

Keesokan pagi kami berjumpa dengan Pakcik Guard dan bertanya.

"Malam tadi pakcik ada jumpa kami kan?" Tanya Aishah untuk kepastian.

"Iya la... Pakcik jumpa kamu la tapi mana kawan kamu lagi sorang?'' Tanya kepada kami.

''Pakcik, Malam tu cuma ada kami bertiga. Mana ada berempat''. Balas Aishah.

Terkejut Pakcik Guard, Rebah separuh badan.

"Patutlah macam Pakcik macam pernah nampak muka kawan kamu tu". Balas Pakcik Guard.

BILIK ASRAMA 302Where stories live. Discover now