Eh, kamu bukan dengan kawan kamu ke tadi? Tanya Pakcik Guard.
Saya lapar. Dah lama tak makan. Ujar gadis tersebut.
Dibawah asrama ASPURA ada kedai burger yang buka sehingga pukul 11.
Rata rata pelajar yang ingin berjimat duit beli di situ.
Burger biasa hanya RM2 sahaja.
"Kamu beri burger biasa 4 bungkus kepada budak perempuan ni".
Beritahu Pakcik Guard kepada pemilik gerai Burger.
"Nanti beri kepada kawan kamu yang lain". Maklum Pakcik Guard kepada gadis tadi.
"Apalah Pakcik Rosli ni, Dah tua mungkin sudah rabun. Siapa yang ingin diberinya burger 4 bungkus ni?" Bebel pemilik gerai burger. Duit sudah dibayar.
Berlalu Pakcik Guard tanpa menoleh belakang.
Dikemasnya gerai burger dan berjumpa dengan Pakcik Guard di pintu masuk kampus. Berdekatan dengan ruang belajar kampus.
Pakcik Rosli!!
"Ini burger Pakcik Rosli dan ini wang bakinya RM8". Kata Syukur, pemilik kedai burger.
"Eh, saya kan beli 5 termasuk budak perempuan tadi punya 4. Jadi tiada la duit baki Syukur".
Kata Pakcik Rosli dengan yakin.
"Mana ada perempuan dengan Pakcik tadi, Pakcik datang seorang sahaja". Jelas Syukur. Ditambahnya lagi.
"Saya balik dulu Pakcik Rosli". Kata Syukur, Seorang anak muda yang sudah tiada ibu dan ayah dan tinggal bersama abangnya di luar.
Tidak puas hati dengan apa yang diberitahu.
Pakcik Rosli terus ke ruang pelajar kampus untuk melihat dari jauh.
"Hah, Memang ada budak tu". Bisik dalam hati Pakcik Rosli.
Duduk di sebelah Aishah berhadapan Aina
Tetapi kenapa dia Cuma senyum sahaja. Tidak berborak dengan rakannya yang lain. Mungkin pendiam sifatnya. Kelihatan burger pun ada di atas meja mereka. Mungkin Syukur memberi secara percuma. Berlalu pergi dengan perasaan yang sudah puas.
"Tetapi Pakcik, Selepas malam pakcik tegur kami. Kami terus masuk ke bilik. Tak pergi ke ruang pelajar". Kata Aina memberikan penjelasan setelah mendengar penjelasan cerita tadi.
Setelah mendengar penjelasan mereka,
Ketahuilah Pakcik Rosli bahawa beliau sudah diganggu pada malam itu.
Mereka pun berlalu pergi terus ke kelas pada pagi tersebut.
Masa tengah belajar, Kelihatan seperti ada yang mengintai di cermin pintu masuk kelas kami.
Kelihatan seperti manusia. Dipusingnya tombol. Diberinya salam dengan penuh ayu.
"Baik semua, Saya kenalkan pelajar baru kelas kamu semua. Dia masuk lewat sedikit". Jelas Madam Kas, Pensyarah Matematik kami.
Semua tertumpu kepada apa yang ingin dikata.
Gadis bertudung bawal, berhidung mancung dan bibir merah seperti buah epal.
Matanya hanya tertumpu kepada bahagian perempuan sahaja dan tidak pada lelaki kerana kelas kami dihadapan semuanya adalah 28 perempuan termasuk gadis tersebut dan 12 lelaki. Menjaga adab dan kata.
YOU ARE READING
BILIK ASRAMA 302
HorrorCerita mengisahkan tentang sekumpulan gadis yang menghadapi detik menyeramkan semasa duduk di asrama.Gadis ini tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhati dari kecik dan tidak menyedari bahawa dirinya didampingi saka tidak bertuan.