Kami semua termenung jauh tentang perkara tadi.
Apa? Kenapa?
Kepala soalan yang bermain di fikiran kami.
Adakah? Bagaimanakah?
Itu yang bermain di pemikiranku.
Tinggal kami bertiga dan semua ingin tidur di bawah dan tidak dikatil masing-masing.
Diturunnya tilam menjadi tilam yang luas. Dilunjurkan kaki menghala ke pintu.
Kakiku tepat di tengah pintu.
Macam macam difikirkannya.
Kami melihat masih ada lagi barang Suraya yang ditinggalkan dan tidak dibawa pulang bersama. Mungkin akan masuk semula setelah sihat. Baru aku ingin lelapkan mata disebabkan petang yang memenatkan tadi. Terdengar lagu itu lagi. Mungkin sebab aku teringat. Ia bermain di fikiranku.
Tidak
Jelas bunyi di almari Suraya.
Aku ingat aku seorang sahaja yang mendengarnya.
Aishah dan Aina mula memelukku.
"Bunyi lagu mana pulak tu?" Bisik Aishah yang juga didengari oleh Aina disebelah.
"Tidur je jangan dilayan lagu itu. Mungkin itu ringtone telefon Suraya.Tidak dibawa pulang kerana perkara tadi." Kata Aina sambil memeluk rapat Nia.
Bunyi semakin kuat seperti ada yang naikkan volume suara telefon.
Tuk Tuk Tuk
Bunyi seperti orang mengetuk pintu. Melaluinya mesti melalui almari dahulu.
Dipejamnya rapat mata kami ketakutan.
"Assalamualaikum? Buka pintu. Akak tahu kamu belum tidur." Suara Kak Shuhada di sebalik pintu.
Terus dicapai tombolan pintu dibuka dan terus aku memeluk Kak Shuhada.
"Kenapa ni?" Tanya Kak Shuhada.
"Kak, lagu tu. Berbunyi lagi". Bilang aku.
"Akak kan bagitahu sebelum tidur buka Surah Yasin. Takpe la malam ni akak tidur dengan kamu semua." Kata Kak Shuhada.
Leganya rasa tidak terkira malam terlena seperti biasa.
Lagu itu terhenti sejak aku bagi Kak Shuhada masuk ke bilik kami.
Pagi yang indah, kami dikejutkan Kak Shuhada untuk solat Subuh berjemaah di surau.
Perasaan takut tetap ada tetapi memandangkan Kak Shuhada ada bersama kami, rasa takut itu sudah hilang.
Selepas solat, Kak Shuhada memaklumkan bahawa akan pindah ke bilik kami.
Bertambah lega hati kami bila dengar kata beliau.
..
.
Ucapan pertama selepas masuk bilik. Ditunjuknya katil aku.
Itu pula katil Sephia.Tempat baringnya Suraya.
Kami berani bertanyakan soalan kepada Kak Shuhada perihal Sephia.
"Akak, Apa sebenarnya yang terjadi?"
"Siapa Sephia sebenarnya?"
"Cemburu dia sampai tahap yang macam itu?"
Tanya Aishah seperti melontarkan batu bertalu talu.
"Kerana Cinta itu buta, manusia bodoh melakukan dosa". Kata Shuhada.
"Dia sebenarnya budak baik tapi sebabkan cinta buta. Tapi bila dia datang tahu bahwa Aiman itu sebenarnya kaki perempuan, terus dihantar 'benda' kepada Aiman tanpa memikirkan dosa dan pahala". Kata Shuhada dengan nada lemah.
Malam sebelum kejadian Sephia sering menbuka laptop dan mencari info tentang santau kasih. Santau yang hanya lelaki memandang kepada wanita yang disantaunya.
"Kekasihku gelap malam bersimpul, Terang matanya berwarna merah
Marilah dekat kepada diriku, Sang Pujangga Berjubah Putih"
Itulah ayat yang sering diulang-ulang.
Mata Sephia seperti memandang ke atas dan bawah seperti mencari benda.
Akak tahu malam kejadian itu adalah malam terakhir akak jumpa Sephia.
Aiman pada malam seperti meracau memanggil nama Sephia, meminta maaf kerana menduakan.
Menangis di hujung koridor asrama.
Menyebabkan senior yang lain memanggil ketua asrama (Encik Zulkifli) ASPURA untuk bantu.
Doa dibaca sebagai pelindung dan sebagai pengusir si lembaga putih.
Yang diminta janganlah ada yang pergi meninggalkan.
Permintaan Encik Zulkifli dan Ustaz Syaheed dikabulkan dengan syarat syarat dipenuhkan.
Mencari punca si durjana menbawa petaka di seluruh malamnya.
Asrama lelaki mencari riuh pada malam tersebut, Mana yang tidak kuat semangat diracau sehingga pengsan. Lebih 10 orang katanya.
Encik Zulkifli merasakan bahawa 'benda' ini dari asrama perempuan.
Diketuknya pintu bilik 302 tetapi yang didengar disebaliknya hanyalah tangisan.
Ditendang pintu mendapatkan kepastian.
Sophea mencangkung di atas almari miliknya. Bau busuk tidak terkata.
Shuhada menangis di hujung bucu katil. Yang lain pengsan tidak terkata.
Dibacanya doa supaya mengusir, Dilawan mulut diejeknya kata.
Lemahnya imam bagi mereka.
Doa dibaca diselang kata, Diusik kata supaya terleka.
Doa dibaca oleh semua termasuk Ustaz Syaheed penjaga surau asrama.
Lembaga itu keluar dari badan Sophea.
Sophea menangis memohon maaf dan ketakutan sambil matanya melihat ke sana sini.
Perkara ini tersebar di asrama perempuan dan asrama lelaki. Cuma khabar yang tidak tahu sahihnya.
Sephia dibuang dengan alasan yang paling berat. Aiman masih terlantar di hospital setelah dibawa dari asrama malam hari itu.
Kami lena disebelah Kak Shuhada.
YOU ARE READING
BILIK ASRAMA 302
HorrorCerita mengisahkan tentang sekumpulan gadis yang menghadapi detik menyeramkan semasa duduk di asrama.Gadis ini tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhati dari kecik dan tidak menyedari bahawa dirinya didampingi saka tidak bertuan.