Nina, gadis yang cantik, lemah lembut wataknya. Dia pelajar Pengurusan Muzikal.
Bertemu dan berkenalan dengan seorang lelaki bernama Aiman.Seorang lelaki yang kacak tetapi tidak pandai dalam pelajaran tapi hanya hebat dengan lakonan teaternya. Satu kelas dengan Nina.
Disebabkan Nina selalu mendapat markah tertinggi di dalam peperiksaan dan markah berkumpulan, Peluang ini diambil oleh Aiman untuk mendekati Nina.
Lagu Ulik Mayang selalu di telinga Nina.
Irama lagu yang lama yang beralun menyebabkan Nina selalu fokus tentang apa yang dipelajari semasa beliau seorang di dalam bilik asramanya.
Teng Teng.Teng Teng.Teng Teng.
Bunyi mesej masuk di telefon.
019-6565421: Awak bz ker sekarang Nina? Saya nak minta awak tolong ajarkan saya. Saya dekat kantin bawah asrama awak ni. =)
"Siapa nie?!! Macam mana dia dapat no aku?" Ujar Nina dalam hati.
Perasaan ingin tahu, Nina turun ke kantin dan kelihatan seperti ada yang melambai kepadanya.
"Aiman.Tak mungkin dia lambai dekat aku." Bisik aku dalam hati.
"Nina, saya mesej awak tadi". Bagitahu Aiman yang mendekati aku.
"Maaf, mana dapat no saya?" Tegas Nina.Dia tahu bahawa tiada sesiapa yang tahu nombor ini kecuali rakan sebilik beliau.
Tingkah laku mereka terlihat oleh seseorang.
YOU ARE READING
BILIK ASRAMA 302
HorrorCerita mengisahkan tentang sekumpulan gadis yang menghadapi detik menyeramkan semasa duduk di asrama.Gadis ini tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhati dari kecik dan tidak menyedari bahawa dirinya didampingi saka tidak bertuan.