10 TAHUN SUDAH BERLALU

667 21 0
                                    

Aku sudah besar, umur sudah mencapai 20 tahun.

Aku belajar sebuah kampus di bandar besar, Kuala Lumpur.

Rahsia tentang apa yang terjadi padaku, aku simpan sehingga mati.

Aku jumpa seorang lelaki semasa belajar, Beliau bukan sahaja ambil berat tentangku tapi juga tolong setiap masalah pelajaran aku. Aku percaya dia boleh menbantuku.

Pada malam itu, kami keluar makan bersama di satu tempat sebelah kampus ku, tidak jauh berjalan kaki. Cuma 10 minit sahaja.

Dia perasan bahawa aku minta dia duduk di depanku dan bukan sebelahku.

"Kenapa Nia tak benarkan saya duduk di sebelah?" Jawapan yang aku rasa tidak perlu dijawab semasa keluar di waktu malam.

Benda itu ada bersama kami.

Benda yang selalu ekori aku semasa pertama kali di kolej sini.

BILIK ASRAMA 302Where stories live. Discover now