LAMPU MENYALA SENDIRI

307 11 0
                                    

Ada satu malam, Saya pergi tingkat bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk kemaskini data pelajarnya. Semasa sedang kemaskan data, Saya perasan di hujung bilik mesyuarat seperti ada orang yang tengah mesyuarat. Perasan cuba diselitkan kata positif.

Tup!

Lampu bilik tadi terpadam.

Takkan mereka mesyuarat dalam gelap pula. Lagi kuat suara dan gelak tawa mereka. Tangan masih lagi menaip tanpa mempedulikan hal tersebut. Bilik ini disediakan lampu hijau kecil di sudut meja dan hanya akan menyala jika bahagian kaunter depan menberi signal bahawa ada orang ingin bertemu. Lampu ini digunakan untuk memudahkan bahagian kaunter memanggil dalam keadaan tanpa perlu menggunakan telefon. Malam itu lampu ini menyala di tempat saya berulang kali. Memang ada staff yang masih bekerja di bahagian depan semasa saya masuk tadi. Tapi kenapa dia panggil ke depan pula. Takkan ada pelajar nak jumpa malam malam ni. Setelah siap kerja, saya pun terus ke bahagian depan kaunter untuk keluar tapi tiada siapa dekat situ. Saya nak tutup kesemua lampu tapi patah balik ke bilik mesyuarat dan tiada sesiapa ada di dalam bilik tersebut. Masih lagi diselitkan kata positif.

"Mungkin diaorang dah keluar masa aku tengah taip data kot" Bisik dalam hati.

"Tapi jika mereka keluar, Mesti lalu depan aku" Kata lagi dalam hati.

Saya pun terus pergi ke bahagian depan untuk tutup kesemua lampu.

Semasa saya nak keluar, setiap lampu hijau kecil di meja menyala dan lampu bilik mesyuarat pun menyala secara tiba tiba dan kedengaran suara yang agak kuat.

"Siapa yang berada dekat luar bilik mesyuarat, masuk sekarang dengan kadar segera!!". Suara yang nyaring dan dalam keadaan marah.

Saya pun berlari keluar tanpa berfikir panjang. Tempat pertama yang saya pergi adalah pondok pegawal. Saya jumpa dengan Pak Cik Rusli Guard Kampus dan terangkan kepada dia. Dia pun minta saya menemani beliau untuk pergi ke bilik HEP.Lampu masih menyala. Suara masih seperti masih ada mesyuarat.

"Maaf, Bilik ini akan ditutup sebentar lagi. Mohon untuk keluar. Saya minta secara baik dan janganlah ganggu anak Adam". Pinta Pak Cik Rusli.

Lampu di bilik mesyuarat dan lampu hijau tertutup seperti memahami permintaan Pak Cik Rusli.

Saya pun berterima kasih kepada Pak Cik Rusli atas pertolongan beliau tadi. Saya pun ingin beransur pulang. Semasa saya menaiki kereta dan memandu ke pintu kampus, Pak Cik Rusli melambai saya sambil berkerut muka dan melihat di belakang tempat duduk penumpang.

"Isabella adalah kisah cinta dua dunia

Mengapa kita berjumpa namun akhirnya terpisah

Siang jadi hilang ditelan kegelapan malam

Alam yang terpisah melenyapkan sebuah kisah"

Telefon saya berbunyi selepas 5 minit berlalu keluar dari kampus. Panggilan dari Pakcik Rusli.

"Aku ada tertinggal barang ker?" Bisik aku di dalam hati.

Saya pun menjawab telefon.

"Assalamualaikum Harith, Pakcik Rusli ni." Maklum Pakcik Rusli.

"Waalaikumusalam Pakcik Rusli, Saya ada tertinggal barang ker?" Tanya aku.

"Takde.Hmm. Kamu balik sorang ker tadi?" Tanya Pakcik Rusli untuk kepastian.

"Aah saya balik sorang je tadi" Balas aku.

"Kalau macam tu, takpe la. Hati hati bawa kereta." Balas Pakcik Rusli dan terus meletakkan telefon.

Hati rasa dah tak sedap. Ditoleh ke belakang melalui cermin pandang belakang.

Seperti ada yang menumpang, Rumah jauh di pendalaman kampung. Melalui jalan lama yang tidak lampu jalan. Hanya berteman lampu kereta. Sekali sekala ada kereta yang di bahagian depan. Melalui satu simpang masuk kiri rumah ada sebuah kedai makan yg tutup sebelum maghrib tapi malam ni dia tutup lambat. Mungkin makanan yang dijual masih belum habis, aku pun berhenti sebentar untuk menbeli lauk untuk menjadi santapan aku kerana aku pun belum makan dari petang tadi.

"Makcik, saya nak bungkus ayam masak merah dengan paru masak sambal." Kata aku setelah melihat saki baki lauk yang tinggal.

"Baiklah nak" Ringkas jawapannya.

Umur makcik yang lebih kurang 70-an, bongkok tubuh badannya. Pernah bekerja di kampus sama dengan aku semasa kampus dibuka lagi. Menjual nasi lemak kepada pelajar dengan harga serendah rm1.Ramai pelajar menyukai nasi lemak beliau kerana sambalnya yang merah menyala. Ramai yang tidak mengetahui kenapa beliau tidak lagi menjual walaupun prosedur kampus menbenarkan jualan sehingga pukul 0800 malam. Mungkin kerana faktor usia. Hal keluarga dia masih misteri bagi penduduk kampung Setanggi Malam.Tidak pernah sesiapa pun nampak beliau bersama suami apatah lagi anak.

"Ini lauknya nak" Kata makcik Rokiah atau lebih mesra dipanggil Makcik Kiah pada di kampus.

"Berapa harganya?" Tanya aku sambil mengeluarkan dompet dari sebelah sisi kananku.

"Rm 7 sahaja nak". Jawabnya ringkas.

Aku hulurkan Rm 10 dan menghalalkan baki kepada Makcik Kiah.Beliau hanya menunduk menerima. Aku pun berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang.

Sampai di rumah aku disambut mak dan adik perempuan aku. Aku pun hulurkan lauk kepada adik perempuan dan terus masuk ke bilik setelah bersalam dengan ibuku.

Setelah siap mandi, aku terus ke dapur untuk menjamah lauk yang baru aku beli dari Makcik Kiah tadi.

"Hmmm.sedap ayam ni"

"Abang beli dekat mana?" Tanya adik perempuan yang berusia 20 tahun. Belajar sama dengan kampus.

"Beli dekat Makcik Rokiah hujung simpang jalan". Jawab aku sambil memasukkan nasi ke dalam mulut.

Pang.

Bunyi pinggan kaca pecah.

Ibuku seakan terkejut mendengar jawapan aku.

"Harith, kamu pasti kamu beli dengan makcik Rokiah ker?" Tanya ibuku yang seakan tidak percaya jawapan aku tadi.

"Iya ibu, simpang hujung jalan tu makcik Rokiah sahaja yang menjualnya" Jawab aku.

"Tapi makcik Rokiah dah meninggal tahun lepas" Jawab ibuku sambil mengeletar tangannya.

"Ya Allah, dengan siapa aku beli tadi?" Bisik aku di dalam hati.

Lauk yang aku beli tadi jadi berulat. Busuk sebusuknya.

Dibuang terus adikku ke tong sampah sambil menbasuh mulutnya.

Esok pagi aku ceritakan semula kepada Pakcik Rusli dan pelajar bertiga ini.

"Jadi jika ada apa yang aku hendak ceritakan kepada saya, kamu boleh kongsikan dengan saya dan warden perempuan kamu di asrama" Jelas Sir Harith.

"Baik Sir, Cuma malam itu saya tak pasti sama ada benda itu ada ataupun hanya fikiran saya sahaja". Balas aku.

BILIK ASRAMA 302Where stories live. Discover now