Peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh Syukur. Walaupun abangnya sering menberikan ayat ayat Al Quran untuk dijadikan pendinding tapi beliau sering lupa akan nasihat abangnya.
Pada malam pukul 10 malam, beliau didatangi oleh 4 orang remaja lelaki dan 1 orang gadis. Lagak Syukur yang mesra dan mudah didekati menyebabkan beliau disenangi oleh junior dan senior kampus itu. Walaupun ramai gadis yang ingin mendekatinya tapi beliau mengelak kerana perbezaan dari banyak perkara.
"Syukur, burger ayam 4 biasa". Kata salah seorang diantara 4 lelaki tersebut.
"Baik". Ringkas jawapannya.
Setelah lama khusyuk tengah masak patty ayam di kuali panasnya. Baru dia terperasan di depan nya ada lagi seorang gadis yang senyap tanpa menberitahu pesanannya.
"Adik, kalau kamu senyap dan tak bagitahu apa ordernya. Macam mana saya nak tahu awak nak apa?" Kata Syukur sambil memotong roti burger.
Gadis ini hanya tersenyum dan Syukur hanya menbalas senyuman sinis.
"Burger daging satu". Balas gadis tersebut dengan wangian yang harum semerbak diselangi bau kapur barus.
"Baiklah, Duduk la dulu kat kerusi. Kalau dah siap, saya panggilkan" Balas Syukur sambil memerhatikan gadis yang berjubah putih.
Burger lelaki tadi sudah siap dan mereka pun mengambilnya.
Tetapi bila Syukur ingin siapkan burger gadis tersebut dan dia perasan bahawa dia sedang mengelap air matanya. Pantang lihat gadis yang menangis. Terus ditegur dan membawa burger gadis tersebut yang sudah siap.
"Kenapa nangis tengah malam ni? Burger awak dah siap ni". Tanya dan maklum Syukur.
Gadis tadi pun mengelap air matanya dan menghulurkan wang dan berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang. Hanya mengucapkan ucapan terima kasih dengan nada teresak selepas menangis.
"Bergaduh dengan pakwe kot". Bisik Syukur di dalam hati.
Semasa Syukur hendak masukkan duit yang diberi oleh gadis tadi, beliau ada terperasan bau yang sangat wangi. Bau harum kasturi.
Duit yang Syukur pegang bertukar menjadi daun kemboja putih diselangi dengan suara mengilai seperti bunyi puntianak. Bulu roma naik terus seperti ada renjatan elektrik seluruh badan. Dia merasakan dirinya seperti diperhatikan. Matanya meilhat ke sana sini seperti mencari sesuatu. Di dalam fikiran memikirkan doa yang diberikan oleh abangnya tetapi lupa di saat dirinya ketakutan.
Semasa Syukur dalam ketakutan mengemas gerai burgernya, Beliau ternampak seperti ada benda yang berada melihatnya dari belakang. Seperti gadis yang menangis tadi tapi diendahkannya. Dia tahu jika dipusingkan badannya ke belakang, akan ternampak benda tersebut. Bau wanginya kemboja yang semakin dekat menghampiri belakangnya.
"Jangan kacau aku, aku tak pernah kacau kau pun" Kata Syukur seperti hendak menberitahu hantu itu untuk tidak mengacaunya.
"Keluarga kau pernah kacau aku" Suara lembut menghembus ke telinga kiri Syukur.
Syukur rebah di sisi belakang gerai burger dan dikejutkan oleh pelajar lelaki yang ingin ke surau asrama.
Perihal Syukur diketahui semua penghuni asrama.
YOU ARE READING
BILIK ASRAMA 302
TerrorCerita mengisahkan tentang sekumpulan gadis yang menghadapi detik menyeramkan semasa duduk di asrama.Gadis ini tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhati dari kecik dan tidak menyedari bahawa dirinya didampingi saka tidak bertuan.