HARI ORIENTASI

597 17 0
                                    

Semua pelajar baru diminta untuk mendaftar.

Aku datang seorang tanpa ditemani oleh bapaku. Ibu sudah tiada sejak aku lahir lagi. Matinya tidak pernah dikongsi oleh ayahku. Cuma yang diulang "Ibumu seorang yang baik" kata ayahku.

Aku mendaftar dan kami diminta untuk masuk ke aspuri (panggilan asrama wanita) untuk meletakkan beg masing-masing dan bertukar baju sukan untuk aktiviti orientasi.

Bilik aku ada 4 orang dengan 2 katil 2 tingkat. Aku memilih untuk tidur di bawah kerana itu sahaja ruang yang masih kosong.

Rasa janggal untuk kenalkan diri semasa ibu bapa masih ada.

Tapi bila sudah tiada, baru kami kenalkan diri masing.

Aishah

Aina

Suraya

Siapa sangka kami ambik kos yang sama iaitu Pengurusan Perniagaan.Kami berharap kami dapat kelas bersama.

Aktiviti petang diteruskan tanpa berlengah sehingga pukul 6 petang.

Kami bersiap untuk solat di bawah.

Semasa mandi aku perasan bahawa aku, Aishah, Aina mandi untuk menyegarkan badan tetapi Suraya tinggal di bilik untuk beristirehat seketika.

Tapi semasa kami mandi dan sempat berborak di antara satu sama lain. Kami terdengar suara seakan Suraya menyanyi di sebelah bilik mandi kami.

Kami endahkan. Mungkin itu benar Suraya.

Setelah selesai, Kami lihat bilik mandi Suraya sudah terbuka dan tiada beliau waktu itu. Jam dah masuk Maghrib.

"Suraya, Cepat kau keluar dari bilik air". Tegur Aina yang sedang mengeringkan rambutnya dengan kain tuala kecil yang diambil di almari.

Aishah yang sudah bersiap berbaju disarung pula dengan telekung putih.

"Aku mana ada mandi lagi, baru nak capai kain tuala". Senyum Suraya yang pergi ke almari miliknya.

"Mungkin kita salah orang tadi". Kata Aishah memberitahu Aina dan aku.

Hati aku dah mula rasa semacam.

Lagu yang pernah aku dengar dan selalu dengar 10 tahun lalu.

Tapi aku tidak mahu takutkan kawan aku dengan perkara itu.

Kami selesai solat berjemaah bersama di surau yang berada tengah asrama lelaki dan wanita. Boleh muat 150 orang sahaja. Maghrib dan Isyak dan diselangi dengan ceramah dari senior yang dari bahagian Akademi Agama Islam di Kolej tersebut.

Salah satu ayat yang aku ingat.

"Jangan mudah terpedaya dengan mainan syaitan". Kata senior yang ceramah.

"Esok kita akan berkumpul semula waktu sembahyang Subuh, siapa lewat kena denda". Kata salah seorang senior orientasi kami.

Jam sudah menunjukkan pukul 11, Mata kami tidak mampu pejam kerana masih segar dengan suasana diluar kawalan ibu bapa.

Kami susun barang di dalam beg kami di dalam almari masing-masing.

"Uish bau apa ni?" Ujar Suraya setelah menbuka almari miliknya.

"Mana ada bau apa apa". Balas Aishah dan Aina.

Memang kosong. Tiada apa apa.

Kami endahkan sahaja kerana mungkin bau sampah diluar yang menhinggap ke hidung Suraya sewaktu beliau buka pintu almarinya.

Kami borak seperti biasa tapi Suraya diam seperti masih memikirkan perkara tadi, Kami hanya fikir bahawa beliau mungkin penat dengan aktiviti petang tadi.

BILIK ASRAMA 302Where stories live. Discover now