Pagi ini mereka bertanya diantara mereka.
"Siapa joget zapin masa kita tidur semalam?" Tanya Aina.
Semua terdiam seribu bahasa. Tiada jawapan dan tiada kata.
Nina perasan selepas Puan Murni turun dari asrama, dia nampak kelibat Encik Zulkifli dan PakCik Rosli bersama dan duduk di suatu tempat yang mudah dilihat di tingkap kami.
Dia juga perasan Encik Zulkifli seperti memandang tempat ke asrama kami.
Memandang tepat ke bilik kami. Aku melihat seperti dia sedang senyum kepada aku disebalik sandar di pokok besar itu. Dalam pukul 4 macam itu.
Mata kami menjadi segar selepas peristiwa malam tadi.
Pagi ini semasa mereka bersiap ingin pergi ke kelas Sir Harith untuk subjek Ekonomi Antarabangsa, Aina tertinggal telefon bimbit nya di bilik. Ingin diambil sudah lewat. Dibiarkan sahaja di dalam bilik. Petang nanti baru diambil katanya. Kelas Sir Harith agak menyeronokkan kerana setiap fakta yang keluar dari mulutnya adalah suatu yang baru dan sumbernya adalah dari luar negara. Walaupun agak rumit untuk faham Bahasa Inggeris tapi Sir Harith mudahkan kami dengan diselangi Bahasa Melayu. Dia selalu menberi kerja di dalam kelas dan tidak pernah beri kerja rumah. Selalu menberi kata kata semangat dalam kelas. Mungkin sebab itu dia dipilih untuk mengajar kampus ini. Selalu balik lewat untuk siapkan kerja beliau. Bujang tapi sudah berusia,42-an katanya. Kelas kami habis lewat, dalam pukul 0630 petang macam itu kerana kami semua tidak serta waktu berlaku begitu pantas dari pukul 0400 tadi. Kelas dihabiskan setelah Sir Harith keluar sebentar untuk ke tandas.
"Baiklah semua, Saya harap apa yang kamu belajar hari ini sedikit sebanyak dapat kamu terapkan dalam otak kamu". Kata Sir Harith.
"Baik Sir!!!". Serentak semua disambut oleh kelas.
"Aina, jumpa saya sekejap". Pinta Sir Harith semasa Aina tengah mengemas beg.
Bergegas Aina ke meja Sir Harith seperti patuhnya arahan anak kepada ayahnya.
"Tadi masa saya keluar tandas, Ada pelajar perempuan berikan saya telefon awak ni. Dia kata lain kali jangan tinggalkan telefon di dalam bilik. Kawan kamu agaknya." Kata Sir Harith.
"Tapi kenapa saya rasa macam pernah nampak dia yer?". Tanya Sir Harith kepada Aina.
Semua check kunci bilik masing-masing
"Kunci bilik kami ada dalam beg". Kata Aku dan Aishah.
"Siapa pula yang bagi, takkan kak Shuhada kot. Dia mana kunci bilik lagi." Bisik diantara mereka.
"Terima kasih Sir Harith". Balas Aina.
"Kamu semua jika ada nak bagitahu saya, Kamu semua boleh je jumpa dalam bilik pensyarah". Kata Sir Harith seperti tahu sesuatu.
"Baik Sir". Jawab kami serentak sambil tersenyum.
Semasa di bilik, kami semua cadang serentak untuk pergi mandi seramai 4 orang termasuk Kak Shuhada tapi Kak Shuhada tiada kerana baru maklumkan bahawa dia kelas malam selepas Maghrib.
Kami semua solat bergilir di dalam bilik sahaja.
Bilik air dan tandas asrama kami ada sebaris dengan bilik kami. Juga ada disediakan penapis air sejuk dan panas berdekatan dengan pintu luar tandas. Ada 19 bilik dalam satu tingkat yang dimana setiap satu bilik menempatkan lebih 4 orang dan di kami menpunyai 19 tingkat. Banyak tingkat berbanding asrama lelaki yang hanyalah ada 8 tingkat sahaja yang dimana menpunyai 18 bilik dalam satu tingkat. Bilik air disediakan 10 dan 4 tandas di setiap tingkat. Asrama juga menyediakan tempat untuk sidai baju. Mesin basuh juga disediakan di tingkat yang memudahkan pelajar untuk menbasuh kain mereka. Banyak kemudahan di asrama ini yang menbantu pelajar di kampus ini.
Semua dah siap untuk pergi bilik air.
Semasa mereka mandi kedengaran seperti ada yang masuk bilik air.
Pintu sebelah Aishah dibuka tapi tidak dengar bunyi pili air yang dibuka.
Takut mereka untuk menegur kerana sudah malam. Masing masing bergegas siap mandi.
"Semua dah siap mandi ker?". Tanya aku kepada yang lain.
"Ya dah jom". Jawab Aishah.
"Dah jom". Jawab Aina.
"Kenapa nak cepat mandi?". Suara disahut tapi tidak diketahui siapa.
Terus mereka keluar dan lari ke bilik tanpa toleh ke belakang. Perbuatan mereka dilihat oleh Nina yang duduk sebaris dengan mereka juga. Terus Nina pergi ke bilik mereka tanpa lengah.
"Korang dah kenapa?". Tanya Nina kepada mereka.
Shuhada yang kebetulan sampai pun terkejut dengan tingkah laku mereka.
"Aah korang dah kenapa?" Ditanya soalan yang sama untuk kepastian.
"Kak Shuhada bukan ada kelas malam ker?" Tanya Aina.
"Tak jadi malam ni". Balas Shuhada.
"Tadi kami pergi mandi, bertiga tapi masa kami dah siap saya cuba Tanya dah siap ke semua. Ada orang lain yg menjawab sedangkan bilik air itu Cuma ada kami je". Terang aku dalam takut.
"Kamu pasti kamu bertiga sahaja?"
"Bilik air di bahagian belakang dah tengok?"
"Mungkin kamu tak perasan ada orang di bilik air belakang sebab itu kamu yakin hanya ada kamu bertiga sahaja kan?" Tanya Nina kepada mereka bertiga.
"Mungkin juga". Balas Aishah untuk sedapkan hati.
Bilik menjadi sunyi sedang mereka bersiap siap untuk tidur. Sedangkan semua tengah tidur.
Tapi aku tak dapat. Masih memikirkan perkara. Mengadap laptop sambil melihat di luar jendela.
Pemandangan terus aku dapat melihat kampus di tingkat 1 sahaja. Lampu masih menyala. Mungkin di situ masih ada yang bekerja.
YOU ARE READING
BILIK ASRAMA 302
HorrorCerita mengisahkan tentang sekumpulan gadis yang menghadapi detik menyeramkan semasa duduk di asrama.Gadis ini tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhati dari kecik dan tidak menyedari bahawa dirinya didampingi saka tidak bertuan.