Selepas solat Isyak di surau, kami bergerak ke ruang kampus untuk study group bersama dengan rakan kelas lain yang dimana duduk di asrama. Ada yang tidak memohon asrama kerana rumah yang dekat. Tetapi hanya dibenarkan berada di asrama sehingga pukul 10 sahaja bagi bukan penghuni asrama. Untuk ke jalan ke ruang kampus, kami perlu melalui ruang kedai buku dan lif kampus di bawah kampus.
Jam dah menujukkan pukul 11. Kami semua bersiap untuk pulang ke asrama. Kami pun lalu ke depan ruang lif. Aku perasan lif terbuka dan ada orang di dalamnya. Berbaju hitam serba serbi. Dan paling tidak aku lupa, orang itu adalah aku.
Terus rebah aku di perjalanan. Kakiku seperti terus lumpuh.
"Kenapa Nia?" Tanya Aishah yang ada di belakang aku pada masa itu.
"Aku nampak diri aku dalam lif tadi" Sambil jari telunjuk menujukkan lif tengah.
Pucat muka aku.
"Dah dah jom kita balik asrama" Pinta Aina yang menjadi takut atas kenyataan aku tadi.
Aku dipapah oleh mereka sehingga ke asrama. Sampai kami di bawah lif asrama, kami ditegur Puan Murni yang berjaga di bawah.
"Kenapa ni?" Tanya Puan Murni sambil mengira jumlah kami yang akan naik lif. Kami hanya bertiga sahaja.
"Tak ada pakpe Puan, Nia penat". Balas Aishah yang tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Kami pun masuk ke dalam lif. Semasa Aina tekan butang lif, kami perasan muka Puan Murni jadi pucat dan menujukkan isyarat tangan ke lif yang kami naik.
Kami pun masuk ke bilik kami dan Kak Shuhada pun sudah ada di dalam bilik sambil mengadap laptop menyiapkan kerja rumahnya.
Tuk Tuk Tuk
Bilik kami diketuk.
Puan Murni berada di depan kami.
"Kamu naik tadi berapa orang?" Tanya Puan Murni seperti tidak puas hati dengan kami.
"Kami bertiga Puan Murni" Balas Aishah.
"Baiklah". Jawab Puan Murni seperti masih tidak berpuas hati dengan jawapan Aishah dan beliau pun berlalu pergi.
Seperti ada yang tidak kena. Tidak pernah Puan Murni naik sehingga ke bilik kecuali ada perkara kecemasan sahaja. Seperti peristiwa Sephia dahulu. Puan Murni salah satu orang yang ada bersama semasa kejadian Sephia dirasuk.
Malam itu aku tidur awal. Masih lemah dengan kejadian tadi. Mata seakan buka dan tutup. Sayup kedengaran suara mereka berborak diantara mereka.
Keesokkannya, disebabkan rasa ingin tahu yang amat kuat setelah kami semua selesai kelas petang. Terus aku berjumpa dengan Puan untuk mengetahui kisah sebenarnya.
"Puan Murni, boleh saya tahu kenapa semalam Puan naik ke bilik kami? Kami ada buat salah ker?". Tanya aku.
"Tidak, semalam Puan Murni yakin kamu naik berempat sebab masa dalam lif ada nampak macam lagi seorang yang bersama kamu dan Puan Murni yakin orang itu Puan Murni kenal raut mukanya dan sebab itu Puan Murni naik dan pergi ke bilik kamu untuk kepastian. Puan Murni orang itu menyerupai kamu Nia". Balas Puan Murni atas soalan aku tadi.
"Puan Murni rasa kamu kena jumpa Ustaz Syaheed". Kata Puan Murni yang seakan risau dengan apa yang terjadi dengan kami.
"Nanti Puan Murni maklumkan kepada Syukur Penjual Burger untuk maklumkan kepada Abang beliau, Ustaz Syaheed". Sambung Puan Murni.
"Terima kasih Puan Murni". Kata aku sambil menundukkan kepala seperti hormatnya gaya Jepun.
YOU ARE READING
BILIK ASRAMA 302
HorrorCerita mengisahkan tentang sekumpulan gadis yang menghadapi detik menyeramkan semasa duduk di asrama.Gadis ini tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhati dari kecik dan tidak menyedari bahawa dirinya didampingi saka tidak bertuan.