BERLIMA

366 11 1
                                    

Disebabkan penjelasan itu, Nina juga ingin menemani mereka sambil bincang tentang tugas yang diberikan oleh Madam Kas pagi tadi.

Malam yang riuh oleh asrama lelaki. Asrama tidak jauh. Hanya dipisahkan oleh surau yang berada ditengah. Segala tingkah laku kami boleh dilihat oleh budak lelaki jika tidak memakai jendela di cermin. Berhadapan dengan meja belajar. Kedengaran suara Pakcik Guard memberi amaran jika masih tidak diamkan diri kepada asrama lelaki. Apa yang dibisingnya pun kami tidak pasti. Disuluh lampu suluh ke bilik kami dan mungkin bilik perempuan yang lain.

Bila kami berlima, perasaan takut menjadi kurang kerana Nina dan Kak Shuhada adalah orang yang kuat semangat berbanding kami bertiga.

Jam sudah menujukkan pukul 0100 pagi.

"Elok kita tidur sekarang, esok nak bangun awal". Kata Aishah.

Semua angguk bersetuju untuk tidur. Setiap bilik diberikan tilam dan bantal tambahan. Disapunya lantai dan disusunnya tilam dan diberikan bantal untuk Nina. Mungkin sudah lewat untuk ke bilik asalnya. Riuhnya asrama lelaki masih lagi tidak reda sehingga pukul 0210 pagi.

Tuk Tuk Tuk

Tuk Tuk Tuk

Pintu diketuk dengan kuat sekali. Kedengaran seperti Puan Murni, Penjaga ASPURI ataupun warden asrama perempuan. Dicapai tombol pintu setelah menjawab salam dari Puan Murni.

"Kenapa kamu masih tidak tidur lagi? Kamu semua jangan pura pura tidur." Tanya Puan Murni.

"Saya dapat aduan dari Encik Zulkifli bahawa pelajar lelaki melihat perempuan menari zapin di depan cermin kamu". Jelasnya lagi.

"Kami semua sudah tidur masa pukul 0100 pagi tadi. Kami memang ada dengar suara riuh asrama lelaki tetapi bukan kami yang melakukan perkara yang tidak senonoh tu". Jelas aku.

Suara Puan Murni yang kuat itu didengari oleh semua budak bilik dan mereka pun bangun.

"Shuhada, kamu sepatutnya menujukkan contoh yang baik kepada Junior kamu bukannya mengajarkan mereka menari zapin di tengah malam". Ujar Puan Murni.

"Tapi Puan Murni, Betul apa yang diberitahu oleh Nia.Kami memang dah tidur sejak pukul 0100 tadi ". Tegas Shuhada.

Perkara tadi menbuat Puan Murni terfikir bahawa sekarang beliau berada di bilik 302, bilik yang mempunyai banyak cerita mistik selain cerita Sophea.Bilik yang dimana pernah Puan Murni nampak seperti ada nenek tua yang masuk ke bilik tersebut dan pernah dapat kelibat seperti budak perempuan berkain putih yang memegang plastik didalam isinya burger semasa pemantauannya di waktu malam semasa pintu bilik tidak tertutup rapat.

Puan Murni pun beredar setelah memaklumkan bahawa perkara ini akan dibincangkan pada masa akan datang dengan Warden asrama lelaki. Berlalu dengan bermacam soalan di benak fikiran.

Tempat Puan Murni hanyalah berdepan dengan Lif asrama perempuan. Setiap yang keluar di depan lif mesti melalui mata besarnya dahulu. Disebabkan beliau merupakan pekerja lama, lamanya sama seperti Warden lelaki. Mereka diberikan tugas untuk menjaga shift malam.

Malam itu sunyi seperti tiada apa yang berlaku, Asrama lelaki pun sudah mulainya senyap.

Terlihat kelibat Encik Zulkifli menbuat ronda di sekitar kampus dengan lampu suluhnya.

Ditemani dengan Pakcik Guard setelah mereka menutup pintu utama kolej di bahagian depan.

Kampus hanya dijaga oleh mereka bertiga di waktu malam sejak adanya kampus ini. Dah 20 tahun agaknya. Sejak dari tahun 2000 lagi. Asalnya ini adalah tapak hospital sakit jiwa, dirobohkan dan dibangunkan kampus kerana keluasan yang agak luas. Khabar angina mengatakan, dirobohkan setelah ada pembunuhan keluarga seramai 4 orang termasuk seorang nenek tua, seorang remaja perempuan, anak kepada pasangan suami isteri yang terbunuh juga. Tapi hanyalah cerita dari mulut ke mulut orang zaman dulu. Sejak dari tahun 2000, bermacam macam peristiwa yang dilalui oleh mereka bertiga. Tapi kebalnya mereka seperti sudah menjadi makanan mereka. Diendahkan untuk kebaikan semua. Perkara malam tadi diberitahu kepada Encik Zulkifli dan Pakcik Rosli.

BILIK ASRAMA 302Where stories live. Discover now