"so....hari dah malam.....Chim pegi naik atas.....mandi-mandi.....noona siapkan makanan.....ok?"kata Hana.
Jimin hanya mengangguk kepala dan segera naik keatas membawa begnya.
Memandangkan mansion ni sebenarnya rumah bercuti Hana jadi dia dah ada pakaian.
"Errrr.....noona"panggil Jimin yang berdiri di anak tangga.
"Hm?"kata Hana.
"Bilik yang mana satu?"tanya Jimin takut-takut
"Oh.....bilik yang pintu warna coklat"katanya dan Jimin pun meminta diri.
Hana berjalan menuju ke dapur.
"Apa nak masak eh?"katanya.
Dia mula membelek apa yang ada dalam peti ais.
"Masak spaghetti Carbonara je lah"katanya lalu mula memasak.
Selepas hampir 15 minit dia sudah selesai memasak.
"Noona"
"Oh.....Chim dah siap....jom kita makan"kata Hana selepas melihat Jimin yang kelihatan gembira.
Mereka pun mula makan bersama-sama.
"So.....Chim suka?"tanya Hana dan Jimin mengangguk kepala dengan laju.
Jimin tersenyum kearah Hana.
"Terima kasih noona masakkan untuk Chim"katanya.
Hana terlihat ada kesan kuah di bawah bibir Jimin.
"Chim kedepan sikit"kata Hana dan Jimin hanya mengikut sahaja kehendak Hana.
"Ihhhh.....makan comot-comot.....nanti dah tak comel lah"kata Hana lagi sambil membersihkan kesan kuah itu.
Muka Jimin mula merona kerana malu.
Hana perasan yang muka Jimin mula merona dan dia tertawa.
"Tak kan lah noona tolong bersihkan kesan kuah pun malu"kata Hana dan Jimin hanya tersenyum malu.
"Dah....cepat habiskan makan"kata Hana.
-------------------------------
Selepas selesai makan mereka menonton tv di ruang tamu bersama.Tapi Hana rasa macam ada yang tak kene.
Jimin.....dia nampak gelisah.
"Chim ok?"kata Hana.
Jimin hanya mengangguk.
Tapi Hana tahu yang sebenarnya dia tak ok.
Mana taknya dari tadi dia ambik bantal kecik tu dia peluk.
Pastu taruk tapi balik.
Pastu ambik balik.
Taruk balik.
Ketara sangat Chim oi~
"Chim.....nak cudle?"tanya Hana.
Jimin menoleh kearahnya dan mengangguk kepalanya perlahan-lahan.
"Lah....kenapa tak cakap awal-awal......meh sini"kata Hana dan perlahan-lahan Jimin menghampiri Hana.
Jimin duduk diantara Hana dan bersandar pada badan Hana.
Hana pula menyandarkan dirinya pada sofa dan tangannya tidak tidak tinggal mengusap rambut Jimin.
"Selalunya eomma yang buat macam ni"kata Jimin perlahan tapi masih boleh didengari Hana.
"Chim suka?"tanya Hana.
"S-suka"katanya gagap.
"Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi.....sudah....."desis hati Jimin.
YOU ARE READING
My Shy Baby
FanfictionMengisahkan seorang gadis berumur 25 tahun bernama Kim Hana pemegamg syarikat terbesar di Korea terpaksa berkahwin dengan menantu pilihan eomma dan appanya iaitu Park Jimin. Hana yang seorang yang tegas tetapi baik hati terpaksa berkahwin dengan Jim...