"J-jimin k-kami mintak m-maaf"
Jimin,Taehyung dan Yoonji memandang kearah 3 orang pelajar itu dengan tidak percaya.
Bukan mereka sahaja...pelajar yang turut berada di kantin kolej itu turut melihat pelajar itu dengan tidak percaya.
Jimin berdiri lalu memeluk mereka bertiga.
Taehyung hampir tersedak makanan melihat Jimin yang ingin berbaik dengan mereka.
"Aku pon mintak maaf sebab tumbuk kau semalam...maafkan aku ye...korang?"kata Jimin dan secara tiba-tiba mereka bertiga berlutut dan menangis sambil memegang tangan dan kaki Jimin.
"Huwarghhh....baiknya kah Jim"
"Kenapa kau baik sangat dengan kami sedangkan kami banyak buat salah dengan kau"Kata 2 orang pelajar yakni kawan kepada Woonwo.
"Kenapa kau tak balas balik ha?!"kata Woonwo pula.
"Korang jangan lah camni...malulah orang tengok"kata Jimin lalu membantu mereka bertiga berdiri semula.
"Aku dah lama maafkan korang....walaupun korang selalu buli aku...korang tetap manusia ada buat silap....buat apa aku nak berdendam kalau aku boleh tolong kau berubah"kata Jimin sambil tersenyum kearah mereka.
"Chim jom"ajak Yoonji kepada Jimin.
Taehyung dan Yoonji sudah berjalan dahulu.
Jimin memandang kearah mereka buat kali terakhir sebelum meninggalkan kantin dan berkata....
"Ubah lah diri kalau nak berjaya"
----------------------Memandangkan esok adalah hari minggu jadi Keluar Park dan Keluarga Kim memutuskan untuk makan malam bersama.
Taehyung menceritakan segalanya yang terjadi ketika di kantin kolej tadi.
"Serius lah Chim cakap macam tu?!"tanya Chanyeol dengan tidak percayanya.
"Iya apa Chan...tak tipu...serius Tae cakap Chim nampak macho time tu"kata Taehyung.
Jimin sudah semestinya merona kerana malu.
"Bagus lah kalau Chim dah berubah"puji Seokjin.
"Tak sangka...anak eomma dah besar"kata Baekhyun sambil mengelap air mata palsunya.
Hana pula hanya fokus pada makanannya.
Semua orang pandangannya dengan pandangan hairan.
"Err....noona?"panggil Taehyung.
"Hm?"jawab Hana singkat sambil menatap adik lelakinya itu.
"Noona tak suka perubahan Chim?"tanya Jimin pula.
Hana menoleh kearah Jimin lalu memberi senyuman."Suka...tapi...jangan sampai lupa diri chim yang asal ada?"kata Hana.
Jimin tersenyum dan mengangguk kepalanya.
Hana mengusutkan rambut Jimin dan Jimin hanya tertawa.
"Ehm...semoga dorang boleh kekal macam ni sampai bila-bila"desis hati Seokjin, Baekhyun,Chanyeol dan Namjoon.
----------------------
HANA POV2:30 pagi
Aku terjaga dari tidur ku kerana bunyi mesej yang bertalu-talu masuk.
Aku mengerengkan badan ku menghadap Jimin.
Aku lihat Jimin yang tidur lena disamping ku.
Aku tatap wajahnya yang suci itu.
Aku mengambil telefon ku dan melihat mangkuk mana yang kacau aku nak tidur ni.
Unknown number
Hey babe
Miss me~?Hana☠️
Kau siapa?
Mana kau dapat nombor aku?Unknown number
Who me?
Someone yang pernah jadi seorang istimewa bagi youIstimewa bagi aku?
Hana☠️
Jangan buat lawak boleh tak
Aku takde masa nak layan orang macam kau pagi² buta niUnknown number
Haha....dari dulu sampai sekarang sama je garang.
Tapi i suka
I yakin suami you pun suka dekat you atas sebab yang sama.Suami...J-jimin?!
Mana dia tahu?!
Sedang sebok aku berfikir dia menghantar lagi mesej.
Unknown number
Ok lah....i pegi dulu ye.
Nanti i akan jumpa you sendiri.
Siap² kan diri you
Bye😉Ok....dia gila
"Noona?"
Aku menoleh ke sisi aku.
"Chim...bila...Chim bangun?"tanya ku.
Jimin menggosok matanya sambil menukar posisi kepada duduk lalu berkata....
"Ehm...baru je...noona kenapa tak tido lagi?"
Aigoo comelnya dia ni.
Dia mendekatkan dirinya dengan ku lalu dia meletakkan kepalanya di perut ku dan mukanya menghadap ku.
Aku mengusap rambutnya.
"Noona....noona tak kan tinggalkan Chim kan?"tanyanya matanya ditutup rapat.
"Kenapa Chim tanya macam tu?"tanya ku.
Dia membuka matanya lalu duduk disisi sambil menghadap ku.
"Tah lah...Chim cuma tanya apa yang Chim rasa...tapi... betulkan noona tak kan tinggalkan Chim?"tanyanya lagi sambil menatap wajah ku dan bermain-main dengan tangan comelnya itu.
Aku tersenyum menghadapnya.
Wajahnya aku dakap dan diusap pipi lembutnya.
"Chim dengar......walau apa sekalipun terjadi diantara kita....noona janji noona tak kan tinggalkan Chim"kata ku dan dia mengangguk kepala lalu memeluk ku.
Aku membalas pelukannya dan mengusap rambutnya.
Tapi.....
Mampukah aku pertahankan kalau satu hari nanti betul-betul terjadi?
END HANA POV
YOU ARE READING
My Shy Baby
FanfictionMengisahkan seorang gadis berumur 25 tahun bernama Kim Hana pemegamg syarikat terbesar di Korea terpaksa berkahwin dengan menantu pilihan eomma dan appanya iaitu Park Jimin. Hana yang seorang yang tegas tetapi baik hati terpaksa berkahwin dengan Jim...