BAB 18

186 21 1
                                    

Sudah hampir seminggu Hana menghantar Jimin ke kolej.

Dalam tempoh itu juga Jimin mengubah sikapnya.

Dari seorang yang malu untuk menegur orang kini sudah menjadi kawan kepada ramai orang.

Namun dia masih tidak lupa pada Taehyung dan Yoongi yakni sahabatnya yang banyak membantu.

Jimin kini sudah menjadi pelajar paling popular di kolej itu.

Namun Jimin tidak pernah lupa asal-usul dirinya.

Inalah dunia.

Dimana-mana sahaja pasti ada yang akan menentang kita.
----------------------

"Chim......lepas ni hyung ada kelas lagi...Chim dengan Yoonji pegi lah cafe dulu...ok?"kata Taehyung.

Mereka bertiga telah berjanji akan pergi ke cafe bersama-sama selepas tamat waktu kolej.

"Jangan lupa pulak"kata Yoonji lalu memberikan ciuman sekilas buat Taehyung.

"Iya sayang.....hati-hati tau"kata Taehyung sebelum melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.

Sedang mereka berjalan Jimin terlihat susuk tubuh yang amat dikenalinya berjalan di lorong yang tidak jauh dari mereka bersama dengan Pengetua.

"Noona?"Jimin berhenti berjalan.

"Chim...kenapa ni?"tanya Yoonji selepas menyedari Jimin tidak berjalan disampingnya.

"Oh...ehm...Ji tunggu Chim kat pintu kolej...Chim nak gi tandas jap"alasan Jimin.

"Oh ok...jangan lambat tau"kata Yoonji lalu meninggalkan Jimin disitu.

Jimin dengan segera mengikuti arah dimana dia melihat Hana bersama pengetua yang melalui lorong yang jarang dilalui pelajar.

"Apa noona buat kat sini?"tanya Jimin dalam hati.

Tanpa dia sedari dia telah terlanggar seseorang.

"Maaf saya tak sen-"Jimin berhenti berkata.

"Ha...tak sangka aku boleh terserempak dengan kau kat sini"kata orang itu sambil tersenyum sinis.

Jimin melihat kearah Woonwo dan 3 orang kawannya.

Jimin mengundur kebelakang dan Woowo mara kehadapan.

Malang sekali nasib Jimin tatkala dia mengundur sehingga badannya berakhir bersandar pada dinding.

"Shit"katanya perlahan.

Woonwo meletakkan kedua tangannya disisi Jimin.

"So....sejak seminggu ni aku perasan yang kau makin berubah"kata Woonwo.

"Jadi?"kata Jimin balik.

"Oh....dah pandai cakap balik...dia dah pandai cakap balik lah korang"kata Woonwo kepada kawan-kawannya dan mereka ketawa.

Dengan secara tiba-tiba Woonwo mencengkam kolar baju Jimin lalu berkata.

"Hey...berani kau kan...kau tahu tak apa akibat kalau kau lawan cakap aku?"

Namun tiada langsung riak takut pada wajah Jimin malah dia menepis kedua belah tangan Woonwo lalu tertawa kecil.

"So kau nak buat apa...buli aku?...ha buli lah...kau jangan ingat...bapak kau pengetua kolej ni kau senang-senang je nak buli orang....kau dapat masuk kolej ni pun sebab bapak kau pengetua...sedar diri sikit diri tu...ubah lah diri kau kalau kau tak nak malukan eomma dengan appa kau"ayat sinis yang keluar dari mut Jimin telah membuatkan Woonwo berang.

"Kurang ajar kau budak...ambik ni"kata Woonwo lalu cuba untuk menumbuk Jimin.

Namun sempat ditepis Jimin.

Woonwo mula mengarahkan kawan-kawannya melawan Jimin dan hasilnya mereka sudah terbaring di lantai sedangkan Jimin tidak mempunyai sebarang kesan lebam atau luka padanya.

"Kau kan!!!"Woonwo mula menyerang Jimin.

Jimin kukuh mempertahankan dirinya.

"Haha....yeoja cantik macam dia boleh tertarik dekat kau"perli Woonwo.

"Apa maksud kau?"tanya Jimin.

"Aku yakin...yeoja tu cuma yeoja simpanan kau....oh tak....dia slut"

"Noona bukan slut lah!"tengking Jimin.

Air matanya tak dapat dibendung tatkala orang tercinta dihina.

Jimin menumbuk dan menendang Woonwo sehingga dia terbaring lemah.

Dengan air mata yang mengalir....Jimin hendak menumbuk Woonwo kembali namun....

"CHIM!"

Jimin berhenti lalu menoleh kearah suara tersebut.

"N-noona?"katanya.

"Chim apa kamu buat ni?!"tanya  Hana apabila melihat Woonwo yang sudah cedera teruk dibawah Jimin.

Jimin kembali menoleh kearah Woonwo.

Woonwo pengsan tidak menyedarkan diri.

Jimin menelan air liur tatkala dia dapat rasakan ada aora gelap datang dari Hana.

"Glupp"
----------------------
"Explain now"kata Hana dengan nada tegas.

Kini mereka sudah berada dirumah dan duduk diruang tamu

Hana berdiri dihadapan Jimin sambil menyilangkan tangannya.

Jimin masih menundukkan wajahnya tidak berani menghadap Hana.

"Chim....noona tanya ni"kata Hana dengan nada yang sedikit keras.

"Chim!"tengking Hana.

Jimin mula menangis tatkala mendengar tengkinga Hana.

"N-noona maafkan Chim...Chim tak sengaja...d-dia yang mulakan dulu....dia cakap n-noona slut"kata Jimin masih lagi menangis.

Hana mengeluh lalu dia duduk disamping Jimin yang masih lagi menangis.

"Dah....jangan nangis lagi"kata Hana lalu memusingkan badan Jimin menghadapnya.

Hana menggenggam tangan Jimin.

"Noona tanya...betul ke apa yang Chim buat tu?"tanya Hana dan Jimin menggeleng kepala.

Masih lagi tersengguk-tersengguk.

"Dah tahu salah kenapa Chim buat hm?"tanya Hana Jimin hanya mendiamkan diri.

"Noona tak marah....memang bagus Chim pertahankan diri Chim...tapi bukan dengan cara macam ni....faham?"tanya Hana dan Jimin mengangguk.

Hana menyentuh dahi Jimin lalu ditolaknya keatas supaya dapat dilihat wajah Jimin yang comel itu.

"Dah jangan nangis...nanti tak comel"kata Hana lalu mengesat air mata Jimin.

Jimin memeluk Hana lalu berkata....

"Noona mianhe"

"Takpe...noona maafkan...tapi janji dengan noona Chim tak kan buat lagi...esok jumpa Woonwo mintak maaf....ara?"kata Hana dan Jimin mengangguk.

"Good boy"kata Hana lalu mengusap rambut Jimin.


My Shy BabyWhere stories live. Discover now