BAB 21

187 21 0
                                    

FLASH BACK 4 TAHUN YANG LALU

HANA POV

Aku kini sedang menunggu kekasih ku.

Siapa lagi kalau bukan Mark.

Kami telah bercinta dari sekolah menengah lagi.

Dan tahun ni kami dah berumur 21 tahun.

Dia janji dengan aku dia nak ajak aku kahwin.

Haha sukanya.

Pada hari itu dia ajak jumpa dekat taman yang selalu kami luangkan masa bersama.

Aku tenung nama aku dengan nama dia yang kami pahat dekat pokok ni.

Hari pulak dah mendung sejuk je tempat ni.

Ha...akhirnya.

Dari jauh aku dapat tengok dia datang.

Aku berlari kearahnya lalu memeluknya tatkala dia sudah berada di hadapan pokok itu.

"Hm....rindunya awak"kata ku.

Tapi....dia tak balas pelukan aku.

Mungkin sebab dia terkejut.

Aku tersenyum menghadapnya.

"Saya nak cakap"kata kami serentak.

Dia melihat ku aku melihatnya.

"Awak cakap dulu"katanya.

"Takpa lah...awak cakap dulu"aku menolak pelawaan nya.

Well aku nak bagi tahu yang eomma dengan appa dah terima dia sebagai menantu jadi dorang nak kami bertunang secepatnya.

"Saya mintak maaf....kita putus"

Dua patah perkataan diakhir ayatnya sudah cukup mematahkan hati ku.

Aku terkedu.

"P-putus...awak main-main j-je kan?"kata ku dalam nada yang cuba digembirakan.

"Tak...kita putus"katanya tanpa rasa bersalah.

Mata ku sudah mulai berkaca-kaca.

"Oh....m-maksudnya....b-betul lah apa kata Tae y-"

"Ish...kau nak tak bahasa ke....aku cakap kita putus...putus lah....ye memang apa yang adik tak guna tu nampak...memang aku ke-"dia memotong ayat ku namun aku memotong ayatnya dengan tamparan kuat.

"Jangan berani kau kutuk adik aku!"kata ku tegas.

Dengan itu dia pergi meninggalkan ku.

Air mata tidak dapat lagi ku bendung.

Aku menangis sambil duduk memeluk tubuh ku didalam hujan.

"Sampai hati kau"

"Aku sumpah aku tak kan terima kau"

"Aku tak kan kawin atau bercinta sampai aku jumpa orang yang betul"

Dan sejak hari itu....hampir 4 tahun aku hidup membujang.

Eomma dengan appa tahu pasal bende ni.

Tae cuba cari Mark tapi dia dah larikan diri entah kemana.

Hampir empat tahun aku tak jumpa dia.

Hati ku benar-benar remuk.

END HANA POV
----------------------
Hana kini sedang membancuh kopi buat dirinya dan Jimin.

Memandangkan pekerjaannya semua diberi cuti.

Jadi terpaksa lah dia sediakan sarapan buat mereka berdua.

"Moorning noona"

Kata seseorang lalu memeluk Hana dari belakang.

Hana cuba untuk memberi senyuman.

"Chim....jangan lah peluk noona macam ni....dah jom kita sarapan pastu gerak"kata Hana lalu mereka bersarapan bersama.

Selepas bersarapan Hana menghantar Jimin ke kolej dan terus ke tempat kerja.
----------------------
JIMIN SIDE

Jimin duduk berseorangan di rooftop.

Dia sedang berfikir.

Apa yang sebenarnya Hana rahsiakan dari dia.

"Woi Jim!"

Jimin terkejut dan menoleh kearah suara itu.

"Oh.....Woonwo"Jimin tersenyum kearah Woonwo yang berjalan dan duduk disampingnya.

"Asal muka kau macam roti yang berkulat je...masam semacam"tanya Woonwo lalu meletakkan tangannya di bahu Jimin.

"Takde apa lah"kata Jimin matanya tertumpu pada langit.

"Ehm....ha...ni mesti pasal awek kau kan?"teka Woonwo.

Jimin tergelak.

"Haha....awek celah mana lak... merepek je kau ni"kata-kata Jimin membuatkan Woonwo hairan.

"Habis...yeoja yang haritu sape?"tanya Woonwo sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Noona tu isteri aku"jawab Jimin sambil tersenyum.

Woonwo be like:😮

"Serius lah kau dah kawin!"kata Woonwo dalam nada sedikit kuat hampir sahaja menarik perhatian pelajar lain.

"Ish kau ni...perlahan lah sikit...ye memang aku dah kawin...tapi yang tuhu cuma kau...TaeTae hyung dengan Yoonji je"kata Jimin selepas menepuk peha Woonwoo.

"Macam tak percaya aku kau dah kawin...so maksudnya kau tengah fikir pasal noona tu lah?"tanya Woonwo dan Jimin mengangguk.

"Lah....pasal tu relex lah....yeoja ni kan kita tak boleh paksa.....kau bagi dia ruang...bila dah sedia baru lah kau on"kata Woonwo sambil mengangkat-angkat keningnya.

"Kau cakap pasal apa ni?"tanya Jimin dengan wajah inoncent nya.

"Ala...kau fikir pasal malam pertama korang kan?"tanya Woonwo tanpa rasa bersalah.

"M-ma-mana ada!"tergagap-gagap Jimin dibuatnya.

Habis mukanya merona.

"Habis tu?"

"Noona....aku dapat rasa macam ada bende yang dia rahsiakan dari aku"

My Shy BabyWhere stories live. Discover now