Q 03

1.5K 104 2
                                    

PELUH mengalir di sepanjang tulang pipi. Nafas tidak teratur. Aku dengar suara-suara asing yang berbisik sedang mengelilingi tapi seinci pun aku tak mendongak. Kasut kulit hitam berhenti tepat di sisi kanan. Dia mencangkung untuk menyamakan aras penglihatan. Terbit senyum puas di bibir cikgu Hairi.

"Kalau kau bukan anak Zamzuri, dah lama aku buang kau." Perlahan dia berbisik di tepi telinga.

Aku sengih sinis. Dia takkan mampu singkirkan aku dari sekolah ini melainkan sebaliknya.

"Korang tercegat apa lagi? Balik ke kelas!" Masing-masing beransur meninggalkan dataran umum iaitu tempat perhimpunan setiap pagi yang aku tak pernah hadiri.

"Cikgu? Ada apa ni?"

"Kau tak ingat budak samseng yang pukul kau semalam? Inilah makan dia."

"Tapi cikgu Hairi.. tak rasa melampau sangat ke? Takkan push up? Bawah terik panas pulak tu. Berat sangat ni."

"Berat sangat? Kau belum kenal dia." Cikgu Hairi sengih sarkastik sebelum beredar.

"Awak. Bangunlah.. cikgu Hairi dah takda kat sini," suruhnya ketika dia mencangkung di depanku.

Aku meneruskan dendaan tekan tubi tanpa mempedulikan Hashry. Tamat kiraan terakhir, aku bangun dari posisi tekan tubi dan membetulkan ikatan rambut. Butang kameja sekolah dibuka satu per satu. Hanya baju T putih yang basah lencun dan skirt sekolah separas lutut membalut tubuhku sekarang.

"Jom pergi kafe. Saya belikan air, nanti awak boleh pengsan sebab dehydrated." Tanganku laju disambar.

"Lepas!" Aku terus genggam dan melipat tangan Hashry ke lehernya, manakala tangan kiriku pantas menekan tengkuk belakangnya sebagai langkah berjaga-jaga.

"Nice move." Perutku tiba-tiba disiku dengan tangan kiri Hashry. Spontan tanganku memegang perut. Dia mengambil peluang untuk menolak tanganku secara bersilang merapati dadaku sendiri. Pergerakan terkunci.

Satu kotak putih diletakkan di atas meja – first aid kit.

Sangatlah bukan aku untuk mengikut kehendak orang lain tanpa kerelaan sendiri. Beradanya aku di makmal fizik saat ini adalah kerana aku tewas dengan paksaannya. Aku memerhatikan pergerakan Hashry yang mengeluarkan beberapa objek dari kotak bantuan kecemasan. Setelah cecair antiseptik dituang pada kapas, Hashry pandang aku.

"Awak jauh sangat, sini dekat sikit." Kakiku malah menapak ke belakang dan tersadung kerusi.

Baru saja aku cuba memaut pada meja dia terlebih dulu merangkul belakang tengkuk. Tubuh aku kaku. Mata rasa berair. Sumpah aku rasa nak menangis. Rangkulan janggal ini mengingatkanku pada sesuatu yang begitu menjijikkan dan menyakitkan hati.

"Kan saya cakap datang dekat sikit? Kenapa nak lari? It's okay. Saya takkan buat apa-apa kat awak," bisiknya perlahan sebelum meleraikan rangkulan.

Ia kembali lagi.

Wajah itu. Ruang itu. Kata-kata itu. Bayangan itu. Semua kembali terlintas dalam ingatan ketika aku benar-benar ingin membuangnya. Kenapa perlu aku dihantar semula ke memori buruk itu?

"Auch!" pipi terasa pedih tiba-tiba.

"Sorry. Did I hurt you?" soalannya dibiarkan tidak berjawab.

Siapa dia yang tiba-tiba muncul dan buat baik pada aku? Dan kenapa? Mata pandang Hashry yang khusyuk mencolet antiseptik pada pipi. Teliti dan lembut. Itu yang aku boleh takrifkan dengan kata-kata.

"Terima kasih." Dia berterima kasih? Aku bingung.

"Awak sengaja tolak Lily sebab nak elak daripada kena langgar dengan kereta yang laju tu. Dan awak debik saya supaya benda tu tak terkena saya. Stapler yang cikgu Hairi lempar tu kena pipi awak."

Jadi objek itu ialah stapler.

Oh. Pipi aku luka sebab terkena stapler maksudnya? Kenapa aku tak rasa apa-apa?

Dia membuka sekeping plaster lalu menampalnya pada bahagian pipiku yang terasa pedih tadi. Aku melihat pantulan wajahku dalam pandangan redup mata hazelnya. Aku tak tahu perasaan apa yang datang dalam diri aku sekarang.

qTakut, pelik dan tenang bercampur tetapi aku hanya diam dari tadi. Ketika kami berdua senyap seketika, dia menghulurkan sebotol air mineral.

"Let me make it clear that I'm doing this so that I won't be blamed for anything. You helped me yesterday. Debt paid. We're even." Hashry senyum sambil mengemas kotak bantuan kecemasan.

Bagai tahu apa yang aku fikirkan, dia terlebih dulu memberitahu atas alasan apa dia berbuat baik. Entah kenapa hati ini tak dapat terima alasannya. Firasat aku kuat mengatakan dia buat baik atas sebab lain. Separuh hati merasakan dia menyembunyikan sesuatu, separuh lagi merasakan dia ikhlas.

Oh.

Kau lupa ke siapa diri kau dan apa status kau di sini? Kau tak ingat ke berapa ramai orang yang pernah cuba dekati kau pada awal kemasukan kau ke sini?

Kau ialah Qayla. Kau anak Tuan Zamzuri.

AKU meluru ke arah sebuah kereta hitam dan masuk ke pintu bahagian sebelah pemandu. Lelaki itu senyum manis pada aku.

"Eya my heroin! Rindu abah tak?"

"Abah je tak rindu Eya. Sama macam papa.. Eya je rindu dia tapi dia ingat Eya ke tidak tak tahulah."

Eya – nama timangan yang hanya dipanggil oleh ahli keluarga saja. Abah ialah orang kanan papa yang juga sudah aku anggap sebagai keluarga sendiri. Sebab itu layanan aku terhadap abah berbeza dengan layanan aku terhadap orang lain. Aku kenal abah sejak kecil. Aku membesar dengan adanya abah bersama papa jadi dari situ aku tahu betapa besar kepercayaan papa pada abah.

Selepas singgah makan, abah menghantarku ke PTC – Private Tutor Centre yang telah aku hadiri sejak tahun lepas. Tenaga pengajar di sini dibayar khas oleh papa untuk mengajar hanya aku seorang. Ya. Hanya aku satu-satunya pelajar di sini. Menurut apa yang abah beritahu, mereka telah menandatangai kontrak yang menyetujui untuk tidak menerima pelajar lain sehingga aku tamat persekolahan.

"Eya my honey." Langkah aku terhenti apabila disapa lelaki berambut perang.

Tolong cakap semua ini hanya mimpi. Dia hanya bayangan kan? Figura yang aku sedang lihat ini bukan nyata kan? Mata mula berkaca ketika wanita berkulit cerah sedang menuruni tangga dengan senyuman di bibir.

"Mama.. apa dia buat kat sini? Sekarang dah malam kan?"

"Eya cakap apa ni? Kan Joe memang selalu datang jenguk kita? Dia cuma buat kerja dia."

Hanya Tuhan yang tahu betapa aku rasa nak lari keluar dari rumah yang terasa macam neraka ini. Tapi dalam situasi begini aku tak mampu diam dan pergi. Aku tetap kena hadap walaupun aku tak suka.

Mama dan Joe berkongsi senyuman manakala aku hanya mampu memerhati tanpa berbuat apa-apa. Belum sempat mama meneruskan kata, aku terus naik ke bilik.

Dulu, balik ke rumah adalah waktu yang paling aku tunggu. Sekarang, balik ke rumah adalah waktu yang aku harap takkan pernah tiba. Aku dibelenggu tanda tanya, kenapa hidup aku berubah drastik?

Pada siapa kesalahan ini perlu ditudingkan? Aku? Mama? Papa? Joe? Atau perlu aku pertikaikan aturan takdir yang sangat tidak adil?

Semua orang berkongsi anggapan tentang kebanggaan aku menjadi Qayla Zamzuri. Hakikatnya, aku sendiri tak pernah tahu apa yang patut aku rasa apabila aku perlu hidup sebagai Qayla Zamzuri.

Bangga atau kecewa? Gembira atau sedih? Sedang aku keliru di sini, orang lain sudah pun membuat pilihan untuk aku.

QAYLAWhere stories live. Discover now