Q 15

829 60 0
                                    

SELEPAS Kejohanan Sukan Tahunan Cliste High School, batang hidung Lily aku tak nampak langsung. Dengar cerita dia kurang sihat. Tapi naluri aku kuat mengatakan dia sedang lari daripada aku. Tak apa. Aku akan tunggu.

Sejak video itu ditayangkan, aku mula menjadi buah mulut semua orang. Cacian dan hinaan yang aku terima jangan disoal seteruk apa. Memang kali ini seluruh penghuni Cliste High School benci pada aku.

Saat dan jam berlalu dengan pantas. Siang bertukar malam. Hari bertukar minggu. Di sekolah, belajar bukan lagi fokusku. Aku lebih memilih untuk menghabiskan masa dengan bermain bola keranjang di QIC sepanjang malam. Bangun pada keesokan pagi, aku datang ke sekolah hanya untuk berlegar-legar dan bersendirian.

Teguran cikgu Hairi aku dengar macam angin lalu saja. Kelas – aku ponteng kesemuanya. Hashry – dia bagaikan tak pernah wujud dalam hidup aku. Hanya Tuhan yang tahu betapa jiwa sedang membengkak tapi aku sudah biasa rasa begini. Lambat-laun pasti perasaan sakit ini akan hilang.

Abah semakin sibuk dengan kerja di Singapore. Panggilan aku langsung tak dijawab. Hanya mesej saja dibalas sekali sekala. Papa apatah lagi. Mama? Entah masih dianggap aku anaknya atau tidak.

Hidup aku sekarang terlalu kosong. Sempit. Tiada makna. Aku rasa seperti sedang sesat dalam diriku sendiri. Aku sedang tenggelam.

Kaki berhenti menapak ketika mata bertentang dengan iris Lily. Teman setianya kekal di sisi. Rozana merenungku dengan wajah tak puas hati. Akhirnya, setelah seminggu menanti, perempuan ini muncul juga di depan aku.

"Mana kau dapat video tu?"

"Woi pelacur! Kau nak salahkan Lily pulak? Hei aku pun nampak dengan mata aku sendiri apa yang kau buat dengan driver muda kau tu la! Ergh acah-acah play victim."

"Sebelum tulang kau patah aku belasah, baik kau diam Rozana." Aku tahu dia cuak. Rozana terus tutup mulut selepas menjeling tajam.

Aku pandang Lily menunggu jawapan tetapi dia malah buat bodoh dan cuba berlalu. Tangan lebih pantas menahan bahunya. Rozana kelihatan panas hati dengan perbuatan aku namun tidak berani bertindak apa-apa.

"Aku tak peduli apa kau nak fikir pasal aku. Aku tak kisah kau suka Hashry. Kau hidup ke mati pun aku tak hairan langsung. Soalan aku satu je. Mana kau dapat video tu?"

"Aku tak tahu! Tepilah!" jasadku pula yang dirempuh tak semena-mena.

"Aku tanya kau elok-elok, Lily. Mana kau dapat video tu?" aku mendesak lagi tapi dia tetap berkata dia tak tahu dan masih cuba untuk mengelak daripada bertemu pandang.

Aku jadi curiga. Adakah dia yang merakam video itu dan menayangkannya minggu lepas? Ah apa motif dia? Takkan sebab Hashry semata-mata?

"Kau ni tak faham ke aku cakap aku tak tahu! Lain kali kalau nak menyundal tu tengok ah kiri kanan dulu! Bukan main harung je! Sekarang dah kantoi baru kau reti nak kecoh?!"

Terlalu pahit untuk aku hadam kata-kata penolong ketua pelajar itu. Bagai dirasuk aku terus mencengkam kolar kameja Lily dengan buku lima yang sedia tergenggam di sisi. Hanya menanti masa untuk dilepaskan ke muka dia.

"Qayla!" seinci lagi penumbukku cecah pipi Lily, ada suara yang membantutkan perbuatanku.

Kepala dihala ke arah datangnya suara tadi. Hashry mengisi ruang penglihatan. Air mukanya aku gagal tafsir. Jujur, hati ini masih mengharapkan dia.

Kosong.

Itu yang aku rasa. Hidup aku bagai tiada arah tuju. Fokus aku semakin celaru memikirkan dari mana Lily dapat video aku bersama Joe di dalam kereta. Otak aku tak berhenti teringatkan Hashry. Jiwa aku tak putus rindukan papa dan mama.

I'm feeling lost. I have no shoulder to lean on. I have no lap to cry on. Segalanya terasa sifar. Aku rasa terkurung dalam satu ruang sempit yang dikelilingi tembok tinggi. Sesak dan tak boleh keluar.

Setiap detik aku ternantikan mesej dan panggilan daripada Hashry. Tapi sia-sia. Aku dibenci ketika perasaan sayang mula wujud.

KRINGGGGGGGGG!

Loceng berpanjangan itu menarik perhatian aku. Aku terus turun dari roof top. Niat asal aku ponteng sebab nak kosongkan fikiran yang tengah serabut tapi deringan loceng ini buat aku semakin serabut.

Waktu aku berada di kaki lima Cliste Main Hall, semua pelajar sedang berlari dengan riak cemas. Apa yang berlaku? Aku hayun kaki ke destinasi yang mereka sedang tuju.

Tiba di padang sekolah, boleh dikatakan hampir seluruh pelajar dan guru Cliste High School sudah berkumpul di situ dengan riuh yang teramat. Masing-masing sedang bercerita sesuatu.

Buk! Bahuku dilanggar oleh seorang pelajar perempuan.

"Weh! Korang! Ramai lagi kat dalam! Tolong ah! Cikgu!" termengah-mengah dia bagi laporan dalam keadaan cemas.

"Kau gila ke!? Aku tak nak mati!"

"Call 999 la!"

"Bahaya la Najwa, cikgu dah call, kita tunggu okay?" cikgu Jasmine cuba menenangkan keadaan.

Dari situ aku dah dapat hidu sesuatu yang tak kena. Ada kesan hitam di pipi perempuan itu. Jangan-jangan... argh! Tak mungkin!

Aku buka langkah seribu. Hidung mengesan bau asing. Aku nampak asap di udara datangnya dari blok yang terletak di belakang bangunan kelas tingkatan dua.

Kaki berhenti tepat di hadapan bangunan makmal sains tiga tingkat yang sedang terbakar. Nafas tak teratur. Terkejut. Ada lagi pelajar yang bertempiaran lari.

"Siapa lagi kat dalam?" aku menahan seorang junior.

"Ramai lagi! Cikgu pun ada!" dia terus lari pergi.

Bullshit!

Api belum marak. Tong silinder merah di dinding, aku ambil. Tangga didaki. Aku terus naik ke tingkat tiga yang menempatkan makmal kimia sebab api semakin merebak di situ.

Bahang yang membakar kulit, aku tahan semampu mungkin. Pin ditarik, pemegang hitam ditekan rapat lalu aku menghalakan nozzle ke arah api.

"Fuck!" tak berfungsi!

Aku angkat silinder besi itu dan belek meternya. Rosak! Ergh sial! Alat pemadam api dilempar ke tepi. Kameja sekolah dibuka untuk melindungi muka aku daripada terkena percikan api.

Hanya sehelai baju T putih dan skirt sekolah separas lutut yang membalut tubuhku sekarang.

"Tolong!" aku dengar suara seseorang. Api masih 'jinak' jadi aku terus redah tanpa berfikir panjang.

Makmal kimia sudah terbakar hampir keseluruhan! Alat pemadam api di dinding aku ambil. Digoncang alat itu sekuat hati sehingga jarum meter tunjuk pada warna hijau.

Akhirnya!

Nozzle dihala ke arah api lalu tuas ditekan. Hablur putih mula mengisi ruang mata. Api reda sikit, aku terjah masuk. Semuanya tujuh orang yang tak sedarkan diri.

Aku mula dukung mereka seorang demi seorang dan dibaringkan lima belas meter jauh dari bangunan makmal. Naik tingkat tiga, lalu turun semula. Kudrat yang ada aku gunakan sehabis jimat.

"Ci..cik..gu..," Aisyah – tanda namanya.

"Aisyah! Bangun! Paksa diri kau bangun!" aku tampar pipinya. Tiga pelajar separuh sedar, lagi dua sudah pengsan. Aku terus paksa mereka bangun.

"Korang! Tolong bangun! Bawa dua orang yang pengsan pergi padang! Cepat!" aku bersyukur sebab dia orang paksa diri untuk bangun.

"Ada lagi orang kat makmal fizik!" aku dah cuak tapi riak dikawal. Aku harap bukan Hashry. Tolong. Tolonglah bukan Hashry.

"Cepat pergi padang! Call ambulans!" aku terus redah semula ke dalam bangunan.

Langkah terhenti di tingkat satu. Api merah jingga mengisi penglihatan. Bangunan ini sedang terbakar teruk! Soal selamat atau tak, belakang cerita. Aku kena fikir orang yang mungkin tengah nazak kat dalam sana.

QAYLATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang