Q 13

959 58 0
                                    

Kisah aku dan Hashry bermula.

Secara teknikalnya aku tidak menerima. Menolak juga tidak. Neutral. Hashry yang teruja mengganggap dirinya diterima jadi aku hanya ikut rentak saja.

Saat bertukar minit. Minit bertukar jam. Jam bertukar hari. Layanan dia terhadap aku di dalam kelas dan di luar kelas sangat berbeza. Di kelas sebagai pelajar yang terasing. Di luar sebagai kekasih yang dijaga bagai puteri.

Setiap hari aku akan terima mesej dan panggilan kemudian ditanya dengan soalan yang sama. Awak kat mana? Dah makan? Latihan fizik dah buat ke belum? Malam nanti awak pergi QIC tak?

Soalan yang tak pernah dilupakan – awak sayang saya tak? Namun aku tak pernah jawab soalan itu. Sekali pun tidak.

Kebiasaan hidup seorang diri buat aku rasa rimas dan janggal dengan layanan ekstra clingy sebegitu. Tak selesa. Jangan tanya berapa kali aku tak balas mesej atau jawab panggilan dia. Terlalu banyak kali.

Aku faham sebenarnya dia sedang cuba untuk membuktikan perasaan sayangnya. Entahlah. Aku masih keliru adakah aku suka dia atau Hashry sekadar singgahan seperti Tania. Jika Tania yang aku mula anggap sebagai kawan boleh tinggalkan aku dalam sekelip mata apatah lagi Hashry yang aku tak kenal latar belakangnya sebab itulah aku sangat berhati-hati.

Aku tak mahu orang sebarangan masuk ke dalam kisah hidup aku. Cukup aku kecewa dengan papa, mama dan Tania. Aku takkan benarkan orang lain muncul dalam hidup aku sesuka hati kemudian buat aku rasa sunyi.

"I was wrong and too confident."

"About?"

"You." Aku diam menanti penjelasan.

"I have to put more efforts to have you as my girl. Tak penat ke jual mahal?" aku sengih menampakkan lesung pipit dan Hashry terus mencubit pipiku.

Aku tahu itu kelemahan dia. Kadang-kadang aku rasa bersalah melihat kesungguhan dia tapi reaksi yang diterima hanya riak kosong. Bukan aku sengaja bersikap begitu.

Aku sudah terbiasa. Terlalu lama aku hidup sendirian. Untuk menerima kehadiran seorang asing bukan hal yang mudah. Kadang-kadang aku meragui perasaan dia.

"Sayang habiskan ni, saya kena pergi. Ada kelas. Jangan ponteng eh! I love you!" mata menghantar dia pergi menuruni tangga setor.

Sayang.

Selain babygirl dia lebih suka memanggilku dengan panggilan itu. Pada mulanya aku marah kerana rasa janggal dan pelik tapi bila setiap hari dipanggil begitu kini aku jadi terbiasa. Dia pernah meminta aku memanggilnya begitu tapi aku tak layan.

Oh ya tak lupa juga pesanan supaya tidak ponteng. Dia takkan pernah lupa untuk berpesan supaya jaga kelakuan dan tidak ponteng kelas. Walaupun aku tidak akur Hashry tidak pula memarahiku secara membuta-tuli. Dia tenang saja. Aku nampak usahanya untuk mengubah aku perlahan-lahan.

Bola dilantun ke lantai gelanggang.

Langkah pantas merentas garis putih. Ligat tubuhku bergerak ke kiri dan ke kanan gelanggang. Tiba di kawasan tiga poin, aku melantunkan bola sebanyak tiga kali sebelum jasad dilayang ke udara dan bola dilepaskan dari tangan.

Dum!

Dentuman bola dengan papan keranjang belum mampu lunturkan perasaan asing dalam hati aku sekarang. Hari ini aku ponteng kelas seharian sebab Joe datang ke sekolah untuk menuntut hadiah hari lahirnya.

Ya – ciuman.

Satu perkara yang orang mungkin tak tahu tentang Joe. Dia tak pernah main-main dengan kata-katanya. Dia nak, dia dapat. Walaupun dengan cara yang kasar. Aku menyembunyikan diri di serata tempat dan akhirnya bermain bola keranjang di sini selepas dia balik ke rumah kerana tidak berjaya menemuiku.

"Babygirl!" di tangannya ada sebotol air mineral yang jelas sekali memang untukku.

"Tak rasa bersalah ke hah ponteng seharian? Bila nak insaf ni?" macam biasa dia akan tarbiah aku dengan ketawa kecilnya.

Aku buat tak tahu saja sambil meneguk air separuh botol. Penat. Fizikal dan mental kedua-duanya. Kalau aku tak ponteng pasti Hashry akan nampak layanan Joe yang dua kali ganda clingy terhadap aku. Itu yang aku cuba elak.

Mereka berdua tak boleh bertemu. Aku juga tak tahu kenapa. Mungkin kerana aku cuba menjaga perasaan Hashry? Mungkin aku takut Joe tahu tentang hubungan aku dan Hashry yang semakin rapat? Entahlah, terlalu banyak kemungkinan yang boleh berlaku.

"Satu hari ni awak main basketball je?" aku angguk.

"Jom keluar malam ni? Saya belanja makan. Nak?"

"Tadi tarbiah orang, sekarang ajak keluar hostel pulak." Dia ketawa halus.

"Rindu mana boleh kompromi."

Malam itu kami keluar ke sebuah restoran yang menurut Hashry makanannya boleh tahan sedap. Setelah memesan makanan masing-masing, aku berlalu ke tandas sekejap.

Aku pandang Qayla yang sedang senyum dalam cermin. Dia gembira. Adakah Qayla sudah mula menerima lelaki itu dalam hidupnya? Aku senyum lagi sebelum keluar dari tandas dan mendapatkan Hashry di meja yang sedang berbual dengan.. perempuan?

Serta merta senyum aku mati.

Macam ni ke rasanya bila cemburu?

"Sayang!" dengan riak terkejut Hashry menoleh ke arah aku yang sedang mengukir senyum paling manis dalam sejarah. Tangan tanpa segan silu terus memaut lengan dia.

"Siapa ni Ash?" eh soalan dia.. jelas-jelas aku panggil sayang tadi tak dengar ke?

"Hai, saya Qayla girlfriend Ash." Salam perkenalan disambut mesra dengan segaris senyum. Perempuan itu memperkenalkan diri sebagai kawan Hashry sewaktu di universiti.

"Sayang tak nak ajak dia makan dengan kita?" soalku sengaja memprovok.

"Buat apa ajak orang kacau dinner date kita? Hahaha eh tunang you sihat? Nanti dah kahwin jangan lupa jemput I okay?"

"Ish mestilah I jemput! Nanti you bawa girlfriend you sekali. Insyaallah hujung tahun ni."

Tunang? Kahwin?

Oh my god Qayla did you just get jealous over someone's fiancé? Crap! Cemburu salah waktu ugh. Aku terus senyap dan membiarkan mereka berbual sementara aku melayani dunia sendiri. Kembali ke raut kosong yang asal.

"Girlfriend eh? Jadi.. saya dah diktiraflah ni?" dia mengusik setelah kawannya beredar tapi aku balas dengan muka kejung macam biasa.

"Suka betul buat muka poker tu. Tadi bukan main panggil sayang. Itu kali pertama awak panggil saya macam tu tau! Ish tak sempat pulak nak rakam, kalau tak boleh la dengar setiap malam sebelum tidur." Dia ketawa.

"Girlfriend saya ni cemburu ke tadi?" dia menopang dagu sambil memandang aku.

"Sayang jawab la soalan boyfriend awak yang kacak ni."

"Eii Ash.. tak penat ke usik orang?" aku cubit lembut lengannya tapi Hashry hanya ketawa. Ah ya sebelum terlupa, aku memang diminta untuk tidak memanggilnya cikgu. Tak sesuai kata dia.

"Hahaha jangan risau. Saya sayang awak je." Aku masih diam dengan pengakuan itu.

"Awak tak percaya saya ke?" bercakap tentang percaya terus aku teringatkan video yang Lily pernah tunjuk dulu. Aku tertanya-tanya kalau dia tengok video itu yang mana dia akan percaya? Aku atau video? Aku akhirnya mengukir senyum hambar.

"Banyak benda Ash tak tahu pasal orang. Kalau orang hancurkan kepercayaan Ash macam mana? Ash sayang orang lagi ke? Nanti menyesal pulak."

Sengaja aku uji dengan ayat itu. Pada masa yang sama, aku cuba tahan perasaan pelik ini daripada terus merebak. Aku cuba untuk jaga hubungan guru-pelajar dan kekalkan status itu tapi nampaknya kami berdua sudah ke peringkat yang lain.

"Itu ke yang awak takut? Awak takut saya menyesal sayang awak?"

"Tak langsung," aku tak tipu. Memang aku tak pernah risau jika dia hilang percaya terhadap aku. Memang aku tak pernah takut jika dia menyesal sayang aku.

"Memang tak la.. sebab awak taksayang saya. Hm."

QAYLAWhere stories live. Discover now