Q 07

1.1K 78 0
                                    

KEDUDUKAN paling belakang di dalam kelas sudah cukup untuk mengghaibkan kewujudan aku. Walaupun terpinggir begini, aku masih lagi dikenali. Popular. Hebat sungguh menjadi anak Tuan Zamzuri. Mungkin aku akan selamat daripada dikenali ramai jika aku bukan anak tunggal.

Ah lantaklah. Aku tak pernah kisah siapa yang nak pinggirkan aku atau siapa yang nak menyibuk hal aku sebab hakikatnya tak ada orang yang pernah peduli pun tentang aku. Aku ada atau tidak bukan satu kepentingan bagi mereka.

"Sleeping beauty over there. Qayla is it? Wake up," kecuali dia. Suara itu menyeru namaku dengan nada yang mendatar tenang. Ketika kepala dipanggung, semua kepala menoleh ke arah aku. Figura Hashry terbentuk pada retina mata. Dia sengih.

I miss your voice babygirl.

Ayat keramat Hashry melantun dalam balang fikiran. Kenapa mesti sekarang aku ingat pada kata-kata itu, ugh.

"Ada tips tak macam mana nak kekal cantik waktu tidur macam awak?" dia senyum nakal disusuli ketawa seisi kelas.

"Mind to explain what is sound waves?" dia menyoal. Aku tahu dia sengaja nak aku bercakap. Seperti yang dia beritahu pada aku semalam sebelum aku tertidur. Dia rindu suara aku. Seingatku boleh dikira dengan jari saja berapa kali aku bersuara jika kami bertemu. Pun dia boleh rindu? Menjengkelkan.

"Cikgu tanya salah orang tu. Kaki tidur macam dia mana tahu apa-apa. Tajuk bulan lepas pun entah dia tahu ke tak, biar saya jawab eh cikgu?" Seorang lelaki menyampuk ketika aku jeda agak lama.

"Tu la! Kerja dia kalau bukan tidur dalam kelas, mesti buat masalah."

Senarai hitam aku bertambah dua hari ini. Hashry masih menunggu. Dia memang mahu aku yang jawab soalan itu. Dia mahu aku bercakap.

Aku bangun. Bunyi seretan kerusi yang bergesel dengan lantai mengisi segenap kelas. Aku berjalan ke arah Hashry dan merampas whiteboard marker yang berada di tangannya.

"Sound – a form of energy propagated as waves that vibrate your eardrums, so basically sound waves are caused by vibrating objects. Sound waves are longitudinal waves. Chapter 1.1 – a longitudinal wave is a wave which the vibration of particles in the medium is parallel to the direction of propagation of the wave."

Aku menulis beberapa fakta penting pada papan putih. Ringkas dan padat sebab aku tak suka nota panjang. Aku berdiri menghadap kelas semula. Hashry sedang membaca catatan ringkas pada papan putih.

"How and why?" Aku berjalan ke arah lelaki kedua yang mengkritikku tadi.

Ada set bekalan makanan tersangkut pada kerusinya. Garfu besi yang terselit di situ, aku ambil kemudian diketuk kuat pada bucu meja. Ting! Decingan halus kedengaran.

"Fork vibrates causing the air molecules around it to vibrate. Layers of air is propagated through the air around it in the form of waves." Aku pegang semula garfu untuk menghentikan getaran. Garfu diketuk lagi pada bucu meja. Ting! Ia berdecing lagi.

"Forwards and backwards movement of fork – forwards means the air is compressed, backwards means the air is pulled apart and cause a rarefaction. A series of compression and rarefaction will produce sound." Aku kembali ke papan putih untuk melukis satu rajah yang terdiri daripada tuning fork dan garis-garis yang mewakili compression dan rarefaction. Aku menyudahkan lukisan dengan melabelkan rajah tersebut sebelum kembali ke meja.

"Suprisingly impressive. I bet you know I skipped a few subtopics?" komentarnya aku tak endah.

Aku mengemas beg dan berjalan keluar dari kelas tetapi langkah jeda saat mata kami bertemu. Senyumannya mengingatkan aku pada panggilan itu. Babygirl. Entah kenapa aku jadi tak senang duduk ketika dia memanggilku begitu. Aku terganggu.

"Awak nak ke mana? Nak kirim teh ais boleh? Ikat tepi." Dia berseloroh namun sedikit pun tak kedengaran kelakar bagiku lebih-lebih lagi apabila satu kelas ikut ketawa. Aku diam dan pergi. Aku tak nak tengok muka dia. Bukan marah, aku tak tahu tapi aku tak nak bertentang mata dengan Hashry.

SABTU – minggu outing. Setiap minggu outing, bilik tayangan akan padat macam tin sardin dipenuhi oleh kaki wayang yang malas keluar. Ada pula yang menggunakan waktu cuti hari ini untuk mengemas kiub dan barang-barang. Ulat buku sudah pasti ke bilik prep atau pusat sumber untuk belajar. Orang kaya sudah semestinya keluar menghabiskan duit.

Aku?

Dum! Hentaman papan keranjang bergema. Bola oren melantun ke tepi gelanggang. Yeap. Bola keranjang dan Qayla berpisah tiada. Deringan telefon bimbit menggamit perhatian. Aku berhenti bermain untuk menjawab panggilan.

"Helo heroin." Heroin. Panggilan yang sentiasa membuatku senyum. Aku duduk sambil mengelap peluh di muka dengan kain tuala kecil.

"Tak nak keluar? Abah boleh teman," itu tandanya abah sedang tak sibuk.

"Hm malaslah. Eya kat QIC ni."

"Betul ni? Tak nak beli jersi baru? Waktu abah sibuk nanti, tak dapat teman Eya tau." Sekali lagi aku tersengih nipis. Aku faham abah nak luangkan masa dengan aku sebab dia jarang ada masa lapang.

"Tak nak. Abah datang sini boleh? Belikan ais batu campur. Dah sampai nanti abah call okay?" Talian diputuskan.

"Dah agak, mesti awak kat sini. Hobby and passion – unlocked." Dia lagi.

"Eya? Keluarga awak panggil awak dengan nama Eya ke? Comel. Nickname – unlocked." Aku buat tak endah kehadiran Hashry dengan harapan dia akan pergi selepas aku tidak mempedulikannya. Botol dicapai lalu aku teguk airnya bagi menggantikan air yang hilang melalui peluh sewaktu aku bermain tadi.

"Should I call you hantu Adidas instead? Dari baju, seluar, kasut, botol air, tuala, beg semua jenama yang sama, hahaha. Favourite brand – unlocked."

"Awak tak nak keluar ke? Hari lain awak keluar suka hati je, waktu cuti macam ni awak tak nak keluar pulak?" Hashry terus mendesak aku dengan soalan.

Bibir yang basah aku lap dengan belakang tangan. Objek sfera di sisi aku ambil. Langkah aku mula laju merentas garis pada lantai gelanggang. Aku berlari ke arah tiang jaring sambil melantun bola. Aku melepaskan bola ketika badan dilayangkan di udara.

Dum! Debukan papan keranjang bergema semasa kaki aku mendarat di lantai. Jasad aku terlanggar sesuatu. Badan melayang tak seimbang lalu aku jatuh mencium lantai.

Tak.

Bukan lantai.

Aku.. aku memaut pada bahu Hashry. Nafas tak teratur. Denyut jantung kuat dan laju. Aku tak selesa. Jarak kami yang terlalu dekat mengingatkanku pada Joe. Tangan aku refleks menolak dadanya dan pautan kami pun terlerai tapi kaki aku tanpa sengaja tersadung kaki Hashry dan aku terjatuh lagi.

Wangian maskulinnya menusuk rongga hidung. Mata hazelnya menjadi tatapan. Dalam hati aku memuji cantik. Mata dia memang tak dinafikan sangat cantik. Aku hanyut dalam tatapan redupnya.

Wake me up inside! Wake me up inside!

Lagu Bring Me To Life menyedarkanku. Terima kasih telefon sebab berbunyi. Terima kasih abah sebab datang tepat pada waktu. Aku terus bangun dan mengemas barang lalu keluar dari QIC untuk berjumpa abah, tanpa menoleh ke belakang lagi.

QAYLATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang