Q 12

984 65 0
                                    

LANGKAH diatur laju merentasi garisan putih bersama bola yang digelecek dari sisi gelanggang. Si ketua berada dekat dengan jaring, maka aku membuat lontaran tinggi ke arahnya. Seperti yang dirancang, bola telah disambut kemas.

Dia melantunkan bola beberapa kali sebelum melompat ke udara namun cubaannya untuk menjaringkan gol berjaya dihalang oleh pemain pihak lawan. Permainan dikawal oleh kelas 5C2 untuk beberapa ketika.

Aku mengejar langkah pihak lawan yang sedang menggelecek bola ke arah garis tiga poin. Ketika tubuh dilayang ke udara untuk dijaringkan, aku bertindak pantas menepis bola lalu merampasnya. Larian dibuka luas dan laju.

Let's try this out.

Bola dibawa ke bahagian kanan gelanggang.

Menghampiri garis putih berbentuk lengkung, aku mencari sudut yang selesa dan jelas sebelum membengkokkan lutut dan melonjakkan badan ke udara. Apabila pegangan bola selesa, objek sfera itu dilontar ke arah jaring.

Dum!

Debukan halus papan keranjang berbunyi sebelum mata menyaksikan bola menelusuri jaring.

Preett!

Wisel ditiup sebelum perlawanan tamat.

"Damn! Spot shot! Weh 3 points kot!" kata-kata seorang lelaki berbaur pujian itu sedikit sebanyak buat aku puas.

"Kelas 5C1 menang dengan mata 18 - 3."

"Cakap macam hebat sangat," aku sengih sarkastik sebelum mencampakkan bola ke arah si ketua yang beria-ia tak mahu aku bermain dengan pasukannya tadi.

Setelah membetulkan ikatan rambut, aku berjalan keluar dari kotak gelanggang namun tangan direntap dari belakang.

"Kau sengaja kan?" bisik Lily dengan nada tidak berpuas hati.

"Lepas."

"Aku dah cakap jangan dekat dengan dia! Kau tak faham ke? Tak reti cari orang lain?" pegangannya semakin ketat dan menyakitkan kerana geseran aksesori dengan kulit.

"Aku cakap lepas, Lily."

"Sekali lagi aku nampak, siap kau." Lily menggenggam pergelanganku dengan sangat kuat sebelum menghempas dengan begitu kasar. Aksesori yang terpakai di tangan, putus kemudian jatuh ke lantai.

"Kutip balik." Arahku dengan kuat sambil menuding jari pada objek yang jaraknya tak kurang daripada satu meter dengan koordinatku.

Lily menoleh untuk beberapa saat saja kemudian berpura-pura nak cepat tetapi kakiku lebih pantas menyaingi langkah dia lalu mencekak kolar baju tanpa banyak bicara.

"Kau tak dengar ke aku suruh kau kutip balik!" sekali lafaz herdikan Qayla Zamzuri bergema di segenap penjuru Qayzam Indoor Court.

Semua senyap.

Aku tak kisah dia nak ugut atau marah tapi aku tak boleh diam sebab dia rosakkan barang aku. Tanpa meminta maaf? Itu tempah maut.

"Kau ni kenapa? Ish lepas ah!" buku lima yang sudah lama bergetar di sini akhirnya diangkat ke udara.

"Eya! No!" seinci saja lagi tumbukan cecah wajah Lily, perbuatanku jeda. Hanya dia yang berani panggilku begitu. Hanya Hashry. Cengkaman kolar dilepas kasar sebelum aku pergi.

DUA hari berturut-turut aku hadir kelas pagi saja. Selepas waktu rehat, aku ponteng kesemua subjek dan melepak di tempat biasa kerana tak mahu berselisih dengan yang namanya Lily Natasya. Daripada amarah aku mencanak tinggi dan penumbuk cecah muka cantik dia, baik aku elakkan diri daripada bertembung dengan penolong ketua pelajar itu.

I demand a present for my birthday tomorrow. A kiss would be enough.

Mesej itu hanya dibaca tanpa aku balas. Gila. Joe memang hilang akal. Aku tak tahu sampai bila boleh bertahan dengan sikap miang dia tapi.. sanggup ke aku biar Joe buat sesuatu pada mama demi kepentingan diri sendiri? Ah entahlah mungkin ya mungkin juga tidak. Aku tak tahu. Aku keliru.

Dum!

Papan keranjang berbunyi kuat dan bola melantun semula ke arahku. Nafas berombak tidak sekata. Bungkam pada Joe semakin bergunung, ditambah pula dengan rasa marah terhadap Lily. Dua kali ganda emosiku bercelaru saat ini. Lebih mengecewakan apabila aku datang kembali untuk mengutip aksesoriku yang putus kerana direntap tempoh hari, ia sudah tiada. Hilang.

"Tak takut cikgu Hairi denda lagi ke?" dia mengisi kekosongan bangku di sebelah.

Cakap tentang si pengetua itu sudah lama rasanya aku tak diseru ke ruang disiplin, ke kamarnya atau ke dataran umum untuk didenda. Dia masih bertekak dengan Tania tentang biasiswa ke? Perhatian beralih kepada Hashry yang tiba-tiba ketawa halus lalu mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

Gelang silver.

"Cik Qayla nak tumbuk muka dia sebab ni ke?" dia sengih terhibur lalu memakaikan gelang tersebut di pergelangan kanan. Aksesori yang hilang itu ada pada dia? Jauh di sudut hati aku berasa lega kerana pemberiannya tidak hilang malah dia yang menyimpannya.

Tapi.. bukan ke dah putus?

"Saya ingat cik Qayla buang hadiah tak seberapa saya ni, macam cik Qayla buang semua hadiah yang cik Qayla dapat tu."

"Terima kasih." Dua kata itu diucap ikhlas bersama segaris senyum nipis yang kelihatan sangat hambar.

Sekilas pandang mungkin orang tak tahu bahawa aku sedang senyum. Hashry pamer riak terkejut seolah-olah tidak percaya aku baru saja bersuara. Rupa-rupanya selama ini dia anggap aku sudah buang hadiahnya.

"Boleh saya tanya cik Qayla sesuatu?"

"Drop the honorific. I hate it." Ujarku dengan nada mendatar dan riak kosong. Suruhan tanpa emosi.

Aku memang tak gemar dengan panggilan berunsurkan penghormatan sebegitu. Tak selesa. Hanya dengan pengawal peribadi suruhan papa saja aku rela dipanggil dengan salutasi tersebut. Profesional.

"Kenapa awak buang semua hadiah yang awak dapat dalam kelas tapi tak buang hadiah saya?"

"I don't throw away sincerity."

"Kenapa awak tak banyak cakap?"

"I have nothing good to say."

"Qayla..," panggilan itu seolah-olah menyuruh aku agar memandangnya dan kepala pun spontan diteleng ke sisi.

"Saya suka awak."

Jantung melangkau satu denyut ketika luahan itu meniti di bibirnya. Roma meremang tegak. Dada separa sesak kerana mengatur nafas yang tidak sekata. Otak menganalisis kata-kata dia satu per satu. Darah yang terpam ke seluruh badan tiba-tiba jadi ekstra laju. Lidah kelu. Jasad keras mematung.

Mata merenung iris hazel Hashry tanpa berkelip. Ketika dia cuba menyentuh bahu, aku refleks mengelak. Roda ingatan tanpa dipinta terus memutarkan ingatan ke malam itu.

Desahan bernafsu. Senyum jengkel. Genggaman kejap. Tolakan paksa. Semua yang Joe pernah cuba buat pada aku terulang semula bagai satu tayangan. Tubir mata rasa panas tapi aku tahan air mata agar tidak gugur.

Setiap kali ada orang yang cuba mendekat pasti bayangan Joe bermain-main dalam ruang mata. Aku jadi takut.

"My feelings towards you are sincere ever since I first met you. I worry and I care about you. My gut keeps telling me to protect you, to look over you. I can't take my eyes off you. I want to keep you, Qayla. I want you." Aku tak tahu sejauh mana kebenaran kata-kata ini, yang pasti Hashry memang seseorang yang lain. Aku nampak itu. Dia berbeza dengan caranya tersendiri.

"Trust me. I promise."

Janji.

Aku terlalu fobia dengan yang namanya janji. Patut ke aku percaya pada janji lelaki ini? Aku tak tahu. Aku tak pasti. Lagi pun, bukan perasaan sayang dia yang aku mahu dan aku takutkan. Ada satu hal yang lebih aku takutkan.

"Should I take your silence as anacceptance?" aku pandang Hashry dengan raut kosong.

Sejujurnya aku tak tahu reaksi apa yang wajar aku beri.

QAYLAWhere stories live. Discover now