Q 20

1.5K 89 10
                                    

MESYUARAT petang kelmarin bubar begitu saja. Tuduhan sebagai pembunuh Lily ialah suatu kenyataan yang amat perit untuk aku telan. Cikgu Hairi betul. Seteguh apa penafian yang cuba aku bangkitkan, aku tak ada sesiapa di belakang.

Orang yang percaya aku - sifar.

Ting! Notifikasi.

Abah : hey heroin! Papa is coming home to surprise your mom on their wedding anniversary. But I stay in SG for a week to replace him

Papa.

Dia sentiasa datang tepat pada waktunya. Aku menyeka air mata yang menitis di hujung mata. Terlalu gembira sebab papa akhirnya akan balik untuk seminggu. Niatku untuk ke QIC terbatal. Aku nak balik jumpa papa.

"Cukup Zam!" jeritan mama bergema di seluruh penjuru banglo dua tingkat. Langkah aku turut terpaku di sebalik pintu. Belum sempat kaki memijak lantai ruang tamu, pertikaman lidah mereka memberhentikanku.

"I balik untuk anniversary kita, tapi ini yang you balas pada I?" papa kedengaran sangat kecewa. Tangisan mama mula mengisi suasana. Hening seketika sebelum papa menyambung kata.

"Jadi inilah yang you buat belakang I selama I tak ada? Who am I to you Syarina?" dari situ aku dapat teka pasti papa sudah tehu tentang hubungan mama dan Joe.

"Jangan tunjuk suci depan I Zamzuri. Jijik. You pertikaikan apa yang I buat tapi you sedar tak apa yang you buat? You tinggalkan I macam I takda perasaan! You pentingkan kerja daripada isteri you sendiri! Anak dengan bapak sama je!"

"Jangan libatkan Eya!"

"Kenapa? You tak tahu ke? Sejak you tak balik Eya langsung tak bercakap dengan I! And she even moved out!"

"What? Rina! Apa you buat pada Eya! Dia masih budak! You tak fikir ke perasaan dia!?" bidas papa menyebelahiku.

Tak sangka selama ini mama tersinggung kerana aku tak bercakap dengannya. Bukannya aku sengaja sisihkan mama tapi aku diam sebab Joe. Tindakan mama curang yang buat aku marah.

Anak mana yang tak bengang kalau nampak mama curang depan mata? Aku diam sebab aku tahu kalau aku marah pasti mama akan lebih tersinggung. Kata-kata pedasku hanya akan buat mama sakit hati dua kali ganda.

"Jadi I je la yang kena fikir perasaan semua orang? Habis tu you fikir tak perasaan I bila you kahwin dengan perempuan tu kat Singapore!?"

Dum!

Tempikan mama betul-betul mengejutkan aku. Lutut rasa longlai. Fikiran kosong. Tangan bergetar. Badan mengeras. Tubuh bagai tidak berfungsi semua anggota.

Hati aku yang sudah pecah berderai, kini hancur menjadi serpihan debu. Papa kahwin? Betul ke apa yang aku dengar ni?

"You jangan tuduh I kalau tak tahu cerita sebenar!"

"I boleh terima kalau you lebihkan kerja daripada I. I cuba faham kesibukan you. I tak nak you rasa I terlalu kongkong you. I sabar dan I diam sebab I tunggu you beri penjelasan tapi apa yang I dapat? You datang untuk birthday anak kita and smiled like nothing ever happened kemudian you terus balik Singapore because of her. Kalau you boleh buat, kenapa I tak boleh?" cabar mama berani, tak mahu kalah pada ego suaminya.

"Syarina! I ceraikan you talak satu!"

Bagai guruh yang menyabung, lafaz keramat itu bergema lantang di corong telinga. Cerai. Papa ceraikan mama. Mama ditalakkan depan mata aku sendiri. Air mata mengalir laju. Sama laju dengan kaki yang berlari meninggalkan rumah.

FIKIRAN aku hanya terisi dengan pertengkaran papa dan mama hingga rohku bukan lagi di alam nyata. Terkadang aku dirempuh dan jatuh. Terkadang aku berdiri di hanya satu tempat dan termenung. Terkadang aku duduk memeluk lutut dan mengelamun.

Otakku terlalu serabut. Kenapa jadi begini? Apa salah aku? Berkali-kali aku tanya, tapi tiada jawapannya.

"Abah betul-betul dah melampau!" aku berhenti tepat di Discipline Cube kerana suara Tania berjaya kembalikan aku ke dunia realiti.

"Abah suruh Joe menggatal dengan isteri Tuan Zamzuri, Nia diam. Abah suruh Nia rakam video Joe dengan Qayla, Nia buat! Abah suruh Nia bakar bangunan makmal tu sebab abah nak bunuh Qayla, Nia ikut cakap abah! Tapi abah tuduh dia bunuh Lily.. abah dah melampau! Abah betul-betul melampau!"

Cukup.

Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Aku tak mampu. Fikiran terlalu sarat. Hati terlalu sakit. Kaki semakin lebar membuka langkah. Tiba di Qayzam Indoor Court, aku rebah ke lantai.

Setelah sekian lama aku empang air jernih ini daripada mengotorkan pipi, hari ini, gelanggang menjadi saksi tangisan aku. Sudah cukup selama ini aku diam dan bertahan. Sudah cukup maruah aku dipijak.

Aku langsung tak mengerti hujung dan pangkal. Aku tak mahu faham. Aku takut jika hati ini tak mampu tanggung lagi.

"Argh!" suara meraung lantang, bagai diluahkan semua yang aku tahan selama tiga tahun.

Tanpa aku tahu salah apa pada cikgu Hairi, apa hak dia untuk rosakkan pertalian keluarga aku? Kenapa dia terlalu ingin melihat kehancuran keluarga aku? Tiga tahun aku bersabar dengan sikap semua orang di sekelilingku.

Air mata mencurah-curah keluar. Esakan tak dibendung lagi. Aku biar tangisan ini berhenti sendiri walaupun aku tahu ia takkan berhenti dalam masa yang singkat. Terlalu lama aku pendam rasa sakit ini. Saat ini, aku hanya ingin menangis dan menangis. Biarkan air mata berkata-kata kerana lidahku tak mampu lagi menyimpulkan sebarang tutur.

Wajahku yang basah lencun ditekup dengan tapak tangan. Aku menangis lagi. Tuduhan Aina, luahan mama, lafaz cerai papa, kata-kata Tania semuanya terngiang kambali di hujung cuping. Perlahan bagai angin. Namun cukup tajam dan memedihkan.

Ketika aku megah berfikir bahawa mental dan fizikal sudah kebal, aku lupa akan emosi yang tak pernah kebal dan tak akan kebal. Itu natural seseorang manusia tercipta. Punya perasaan dan emosi.

Hari ini, aku kalah dengan emosi yang telah koyak parah.

"Eya."

"Keluar!" lantang aku menengking dalam tangisan yang begitu lebat. Hashry mengatur nafasnya yang mengah.

"Saya dah dengar semuanya di DC. Saya minta maaf," malangnya maaf itu tak cukup untuk meredakan perasaan aku yang sudah hancur.

"Sayang, I'm truly, deeply, sorry. Saya terlalu ikutkan ego." Aku masih menangis. Sedih yang aku rasa sekarang terlalu pedih dan dalam. Aku penat. Aku letih.

"Pergi!" aku tolak jasad Hashry. Kepala diramas.

"Sayang, saya minta maaf," Hashry memujuk lagi dengan kata maaf.

Dia terus menarikku ke dalam pangkuannya. Ubun-ubun dielus lembut. Badan belakang diusap perlahan. Perhatian yang sudah lama aku dahagakan, baru hari ini aku dapat? Perlu ke aku harung tiga tahun lagi untuk dapatkan perhatian papa dan mama pula?

Tangisan masih lebat seperti tadi. Mengingatkan papa dan mama yang sudah berpisah, menambahkan lagi duka di hati. Pernyataan mama tentang perkahwinan kedua papa benar-benar buat aku kecewa.

"Please stop crying sayang, I cant stand seeing you like this. Saya tak pernah nampak awak selemah ni. Where is my tough Eya?" pujukannya malah melebatkan lagi tangisan aku. Entah kenapa air mata terlalu murah.

"Tolong maafkan saya. Saya sayang awak Qayla."

"Masih? Lepas kau menyesal sayang aku?" provokku mencabar ego lelakinya.

"Sayang, dengar. Saya tak pernah menyesal kenal awak. Saya tak pernah menyesal sayang awak. I love you with all flaws you have. Ego took over me and I never meant the words I said to you."

Aku juga sayang kau Hashry. Sayang yang terlalu. Sehingga aku takut kalau kau pergi dari aku lagi. Kenapa perasaan ini wujud dalam diri aku? Aku takut.

"I'm a slut. Lust is my thirst. I killed Lily. Jadi takda sebab untuk kau sayang aku kan?" aku meleraikan pelukan dan menahan air mata daripada terus mengalir.

Aku perlu tamatkan semuanya. Jika pemergian aku dari sini ialah pengakhiran yang mereka mahu, untuk apa lagi aku mempertahankan sesuatu yang tidak pasti dan menunggu kebahagiaan di sini?

"Sayang! No! You're not going anywhere!"

Diam dan pergi.

Hanya itu yang aku mampu lakukan sekarang.

QAYLATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang