WAKTU berlalu seperti angin. Terlalu cepat dan tak disedari. Balik ke rumah – waktu yang sangat aku benci. Aku tak nak bersemuka dengan Joe. Aku tak nak jumpa mama. Aku tak tahu nak ke mana. Aku buntu. Kaki dihayun ke Cliste Main Hall, dewan utama di sekolah ini. Sebuah tangga di belakang stor aku daki satu per satu.
Roof top – satu lagi lokasi yang selalu aku kunjungi untuk menghabiskan waktu. Aku berjalan mendekati tebing bangunan dan berdiri di situ sambil menikmati pemandangan yang variasi dari pelbagai sudut. Tembok separas dada membataskan pandangan pelajar dari bawah jadi tak ada sesiapa yang nampak keberadaan aku di sini. Potensi untuk aku jatuh ke bawah juga sangat rendah melainkan tembok itu aku panjat.
"Another hideout – unlocked." Aku menoleh. Guru fizik kelas 5C1 sedang berdiri dengan tangan yang tersembunyi di sebalik poket seluar. Tanpa dijemput kejadian kami jatuh tergolek di lantai gelanggang bola keranjang sabtu lepas bermain di ingatan. Pandangan dilarikan ke tempat lain. Tak sanggup bertentang mata. Aku tak terkejut bagaimana dia tahu aku ada di sini.
"Saya asyik ikut awak macam stalker je hahaha," seperti yang disangka.
"Eya, tunggu!" halangnya ketika aku mahu beredar dari situ.
"Don't call me Eya," kerana panggilan itu hanya untuk orang terdekat. Kecuali Joe.
Jumaat.
Waktu sekolah baru saja tamat. Aku perlu berkemas untuk ke kelas tutor di PTC tapi masih buntu nak lari ke mana selepas itu. Aku tak mahu dan tak akan balik ke rumah selagi Joe ada di sana. Sedang aku berjalan di sepanjang koridor sambil memikirkan solusi, perbualan tiga pelajar perempuan yang entah bila ada di depanku mencuri perhatian.
"Cikgu Hashry dengan Lily tu sesuatu sangat kan?"
"Weh.. aku dah perasan sejak minggu pertama dia mengajar tau! Korang je lembab."
"Tak peliklah. Dia handsome. Lily tu cantik. Sepadan."
"Baik dengan aku, lagi sepadan! Hahaha dia ajar kelas aku. Hah ada peluang aku nak mengorat kan? Korang gigit jari je la."
"Eleh eleh ratu berangan ni, kau mengarut apa? Jawapan terang lagi bersuluh ada depan mata. Of course dia pilih Lily, pilih kau buat apa?"
Aku terus menukar arah. Muak dengar benda yang sama. Kebelakangan ini hubungan rapat mereka asyik menjadi bualan di mana-mana. Lebih-lebih lagi sekarang mereka sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis tahunan yang akan dilangsungkan tidak lama lagi. Naik rimas aku nak tepis gosip murah yang sangat tak penting itu. Aku berjalan ke hostel sambil menelefon seseorang tapi seperti yang aku jangka. Panggilan tak berjawab. Kecewa.
Pon! Bunyi hon dari belakang menarik perhatian. Dia. Kaki selesa berjalan pergi tetapi langkah terhenti apabila terfikirkan sesuatu. Aku toleh memandangnya yang masih belum menaikkan cermin pintu kereta seolah-olah tahu aku ingin berkata sesuatu.
Patut ke aku..
"She's just a student. Nothing more. Nothing less." Hashry senyum. Aku tahu dia sedang bercakap tentang Lily tetapi bukan itu yang terlintas di fikiranku tadi. Aneh. Kenapa aku rasa lega setelah mendengar pengakuan dari dia sendiri?
"Curiousity – unlocked," dia menyambung kata sebelum aku berlalu dengan riak kosong.
OTAK suruh pergi tapi hati larang jangan. Kerana itu aku masih setia berdiri di sebalik dinding setelah terdengar esakan halus seseorang. Aku kenal suara yang menangis itu. Tania.
"Takda sesiapa yang boleh log masuk selain aku dan Qayla. Mesti kau yang suruh dia!"
"Saya memang dah tak jumpa dia! Cikgu tolonglah jangan sekat biasiswa saya.. saya perlu duit tu. Saya merayu."
"Hei kalau mak kau mati pun, semuanya salah kau! Kau degil!"
"Sampai hati cikgu.. sedar tak cikgu tengah bercakap tentang isteri cikgu sendiri!"
Lontaran suara yang naik seoktaf itu betul-betul mengejutkan aku. Kaki perlahan-lahan menapak ke belakang tapi langkah terhenti kerana terlanggar seseorang.
"Eya? Awak..," cepat-cepat aku tekup mulut Hashry lalu menarik tangannya pergi.
"Awak okay tak?" tak menjawab soalannya, aku fokus mengatur nafas yang sedang laju kerana berlari tadi.
Perbualan yang tanpa sengaja aku curi dengar terngiang semula dalam corong telinga. Perbualan yang sangat pelik. Mak Tania ialah isteri cikgu Hairi? Jika pertalian mereka ialah bapa dan anak kenapa cikgu Hairi menggantung biasiswa anaknya sendiri? Tapi nama Tania tidak berbintikan cikgu Hairi.
"Mind to let go of my hand, babygirl?" tangan Hashry dilepas dengan kasar sebelum aku meninggalkannya sendirian di koridor. Fikiran terganggu lagi dengan hal yang sama. Tania dan cikgu Hairi. Aku salah dengar ke?
Tiada panggilan, tiada mesej.
Mungkin mama memang bencikan aku setelah kejadian pada malam sambutan ulang tahun kelahirannya. Masih segar herdikan mama yang menyatakan rasa bencinya padaku. Sejak itu kami tidak lagi berhubung, langsung. Selepas sesi tutor pada minggu lepas aku membuat keputusan untuk bermalam di hotel.
Entah sampai bila aku akan jadi pelarian begini. Lari dari Joe supaya dia tak mengheretku kembali ke rumah untuk bersemuka dengan mama. Ikatan rambut dibetulkan. Semasa aku berjalan di sepanjang kaki lima Cliste Main Hall, dewan besar itu sedang dihias oleh guru-guru dan pelajar yang terlibat untuk majlis tahunan yang akan berlangsung kurang dari dua minggu lagi.
"Aku rasa gosip tu betullah weh.. cuba kau tengok tu," dan aku pun bodoh kerana ikut pandang ke arah yang dimaksudkan. Lily dan Hashry sedang bergelak ketawa.
"Naluri aku mengatakan dia orang akan jadi King and Queen."
"Oh no! My King!"
Uh mejengkelkan. Aku menaiki tangga di belakang stor dan berdiri di tebing roof top sambil merenung pemandangan yang terhidang di depan mata.
"Awak dah ada baju untuk Cliste Anniversary?" ya itulah majlis tahunan yang aku maksudkan.
4 Mac merupakan tarikh rasmi pembukaan Cliste High School dan disambut pada setiap tahun dalam satu majlis yang akan dihadiri oleh VIP iaitu pemilik sekolah ini sendiri. Baju? Aku tak perlukan baju. Aku tak pernah pergi ke majlis ulang tahun Cliste High School selama aku belajar di sini kerana papa tak pernah datang.
"Perlu ke?" apa gunanya aku pergi ke majlis itu kalau hanya mama yang akan datang? Lagi pun mama sudah bencikan aku. Tiada alasan untuk aku pergi ke majlis itu.
"Wait.. did you just answer me?" dia bertanya tak percaya sebelum menyambung kata.
"Semua orang teruja nak ke majlis tu termasuklah saya hahaha sebab saya teringin nak jumpa Tuan Zamzuri. Kenapa awak macam takda perasaan je?" kerana mereka hanya mengejar gelaran King dan Queen of the night pada kemuncak majlis nanti. Gelaran bodoh itu bukan kehendakku. Papa. Dia yang aku mahu.

ANDA SEDANG MEMBACA
QAYLA
Teen Fiction[High School Series] #1 Aku tak bergaul dengan orang, selalu menyendiri, tidak banyak bercakap dan tak ada kawan. Tapi itu tak menghalang aku daripada menjadi tumpuan di Cliste High School. Oleh kerana aku selalu berperangai seperti sekolah itu bapa...