"I miss you." luahan jijik itu menyelusuri corong pendengaran.
Joe membawa tanganku ke bibirnya lalu dicium lama. Tak cukup dengan itu Joe menarik wajah aku mendekatinya lalu pipi pula yang menjadi mangsa ciuman. Aku terus keluar dari kereta tanpa berkata apa-apa tapi air mata yang bertakung sudah cukup untuk mengungkapkan perasaan asing dalam hati ini.
Aku tak tahu sampai bila kerelaan ini akan berterusan. Ketiadaan papa mengubah hampir seluruh hidup aku. Sekolah dan rumah tiada beza. Aku rasa terkapai-kapai dalam diriku sendiri. Aku pelik silapnya di mana. Apa yang tak kena sampai semuanya jadi begini?
Abah selalu sibuk dengan kerja di ofis dan kesibukannya menjadi alasan kenapa Joe ambil alih tugas sebagai pemandu aku dan mama. Aku kira Joe boleh jadi seorang yang bersifat melindungi terhadap kami berdua tapi lain pula yang jadi.
Hari ini genap sembilan bulan papa tak balik sejak Jun tahun lepas.
Jangankan panggilan, mesej pun tak ada. Pelik. Busy sangat ke papa kat sana? Dulu papa akan balik sekali dalam sebulan. Ya hanya sekali. Tak apa, aku sudah lebih daripada gembira. Namun sejak bulan Jun papa tak balik ke rumah tanpa khabar. Hanya salam dikirim melalui abah saja yang aku terima.
Tipu kalau aku cakap tak rindu dan risau. Sunyi apatah lagi. Kalau abah pun terpaksa pergi atas arahan papa, sunyi aku berganda.
Bam!
Meja yang ditampar mengejutkan aku. Terpacul muka seseorang tepat di depan muka. Apa yang Hashry buat dalam kelas 5C1?
"Kawan korang ni memang senyap ke?" dia yang sedang pandang aku sekarang, mengajukan soalan kepada isi kelas.
"The silent rules breaker."
"Dia mana pernah sembang dengan kita orang cikgu."
"Dia selalu ponteng."
"Budak biadap." Hashry senyap sebelum kembali ke meja guru dan melipat lengan kamejanya. Tali leher dilonggarkan.
"Korang tahu kan cikgu Saniah pindah? Jadi saya akan ganti cikgu Saniah ajar korang fizik." Jauh betul aku dengan dunia nyata sampaikan cikgu sendiri pindah pun aku tak tahu. Tapi semua itu tak ada kaitan dengan hidupku. Kenapa perlu aku peduli?
Pintu QIC dibuka.
Walaupun gelap, aku sudah hafal kedudukan suisnya maka tak susah untuk aku raba dinding, petik suis dan blink! Satu lampu pendarfluor putih menyala di tengah-tengah gelanggang. Bola dilepaskan ke lantai. Air dari botol Adidasku diteguk rakus.
Sweater kelabu dilucut lalu aku mula bermain secara solo. Kakiku lincah berlari merentasi setiap garisan putih pada lantai gelanggang dan menjaringkan mata. Aku terus bermain tanpa henti. Badan mula basah dengan peluh. Mujur aku hanya memakai jersi tidak berlengan serta seluar separas lutut, kurang sikit rasa berlengas.
Dentuman bola kedengaran bergema di seluruh penjuru. Aku menggelecek bola dari jauh sehingga kaki mendekati garis tiga poin. Objek sfera digenggam sehingga mendapat pegangan yang selesa. Ketika lutut dibengkokkan untuk mendapatkan daya maksimum, bola dilepaskan ke udara.
Dub!
Bola menghentam halus papan keranjang dan mengenai gelang besi lalu masuk ke dalam jaring.
"Impressive! Berapa lama awak berlatih untuk buat spot shot at 3-poin line?" Aku mencari empunya suara yang datangnya dari belakang.
"You're quite good, so what about a really quick game?"
"Hah?" tanpa sempat aku jawab apa-apa lelaki itu terlebih dulu merampas bola dari peganganku.
Ajakannya buatku terpinga-pinga seketika namun aku pantas merampas semula bola oren daripada Hashry dan berlari menuju ke papan keranjang. Bola dilontar ke arah jaring. Debukan papan keranjang kedengaran.
Aku pandang Hashry dengan pandangan yang bermaksud – 2 points for Qayla.
Dia senyum saja sebelum permainan diteruskan. Bola digelecek ke sisi gelanggang dengan begitu pantas. Aku kejar tapi tak berjaya merampas bola daripada kawalannya. Tak sedar bila kami telah berada di garis tiga poin, tiba-tiba besi jaring keranjang berdecing.
Masa seakan terhenti.
Aku terpaku dengan pandangan tak percaya.
"Ash got 3 points."
Terselit nada angkuh dalam kata-katanya. Sedang aku leka mematung, dia ambil kesempatan untuk melantun bola melepasi koordinat aku berdiri. Pantas aku buka langkah dan mengejar tapi cubaan untuk menguis bola tak berjaya. Sekelip mata saja tubuhnya dilayangkan ke udara sebelum melepaskan bola.
"My second shot is it?" aku tahu dia sengaja memprovok.
•
"SENANG betul jadi kau kan? Keluar masuk sekolah macam hotel." Mukadimahnya sudah cukup untuk aku tahu denda hari ini adalah sebab aku keluar dari hostel semalam.
Jangan tanya siapa yang jadi tukang lapor kerana sampai bila-bila pun aku takkan tahu. Aku tak mahu tahu. Aku tak perlu tahu. Malas.
"Bukan setakat cikgu disiplin, warden pun dah muak hadap muka kau!" Aku tahu dia sengaja seru aku ke dataran umum pada waktu rehat sebab nak tarik perhatian pelajar lain. Dia sengaja nak malukan aku. Mungkin dia fikir dengan cara itu dia mampu ubah cara hidup aku?
"Mentang-mentang sekolah ni bapak kau punya, semua benda kau buat ikut suka hati kau je kan? Hei kau sedar diri sikit! Ni sekolah bapak kau! Bukan sekolah kau! Perempuan jenis apa kau ni? Perangai mengalahkan lelaki! Kau ni perempuan ke betina!"
Memetir suara cikgu Hairi di dataran umum sekali gus memeranjatkan aku yang sejak tadi beriak tenang.
Pang!
Pipiku terteleng ke sisi akibat tamparan kuatnya. Pelajar mula mengelilingi aku dan cikgu Hairi. Mungkin semua ini satu pertunjukan bagi mereka.
"Kau plank sekarang. Jangan bangun sampai habis waktu sekolah!" gertaknya seraya menolakku ke lantai.
Aku terus meletakkan lengan di atas tar dengan hujung jari kaki yang dipacak – posisi plank. Cikgu Hairi yang beredar tadi kembali semula dengan beberapa buah buku teks tebal. Buku-buku itu kemudiannya diletakkan ke atas badan belakangku dengan begitu kasar.
Bisikan-bisikan berbaur ejekan, sindiran dan hinaan mula memenuhi corong telinga namun satu pun tak terkesan pada aku. Tiga tahun hidupku dipenuhi dengan dendaan yang bermacam. Fizikal dan mentalku sudah cukup kebal.
•
PETANG itu aku berkemas untuk balik ke rumah kerana warden menerima panggilan daripada mama. Aku tak tahu atas urusan apa aku disuruh balik serta merta. Papa balik ke? Hati kecilku berharap.
Ketika kereta putih berhenti di hadapan halaman hostel dada jadi sesak tiba-tiba. Joe. Dia sengaja naik kereta yang hanya ada dua tempat duduk. Aku masuk ke dalam kereta tanpa banyak bunyi lalu menutup pintu rapat.
Tiba-tiba tubuh aku ditarik ke dalam dakapannya dan dia memelukku sangat erat. Aku tak mampu bertindak apa-apa selain dari hanya diam membatu. Tidak cukup dengan itu leher pula menjadi mangsa ciuman.
"Lepas," aku menahan air mata yang hanya menunggu saat untuk gugur.
"Just a little longer sayang," dia memeluk semakin erat dan mencium batang leherku berkali-kali sebelum bibirnya berubah posisi ke pipi aku pula.
Hanya beberapa saat selepas itu baru dia lepaskan aku. Liur ditelan seraya aku buang pandang ke tingkap. Untuk ke sekian kalinya, rasa benci dalam diri aku membengkak lagi. Semakin teruk dan parah.
Aku terpaksa buat semua ini demi mama dan diri aku sendiri. Tanpa dijemput, memori tiga tahun lalu datang menjengah ruang ingatan. Memori hitam yang berjaya mengubah aku menjadi Qayla yang lain.

ANDA SEDANG MEMBACA
QAYLA
Novela Juvenil[High School Series] #1 Aku tak bergaul dengan orang, selalu menyendiri, tidak banyak bercakap dan tak ada kawan. Tapi itu tak menghalang aku daripada menjadi tumpuan di Cliste High School. Oleh kerana aku selalu berperangai seperti sekolah itu bapa...