"AMBIL stretcher. Orang hantar dia."
Lima minit telah berlalu dan aku nekad. Hashry terus bangun lalu berlari ke stor untuk mendapatkan stretcher manakala aku berlari mendapatkan Lancer, kereta hadiah daripada papa yang diletakkan di Management Cube.
Larianku berhenti separuh jalan apabila siren ambulans kedengaran. Tak lama kemudian, bomba pun sampai. Nafas panjang dihembus. Akhirnya. Aku dan Hashry kembali mendekati Lily.
"Medic! Tolong!" mereka usung stretcher.
"Dia pengsan dalam kebakaran dan terjatuh waktu didukung keluar. Bleeding kat kepala. Loss of consciousness, CPR no response. Pupils dilation besar tapi saya tak tahu berapa mm, peripheral stimulus pun no response. I guess brain injury," terangku ringkas kepada doktor lelaki yang sedang memeriksa keadaan Lily pandang aku dengan riak aneh.
"Awak doktor ke?"
"Do I look like one?" sarkastik aku bertanya semula.
"Er. Good diagnose. Tolong angkat dia," pujinya sambil tarik sengih nipis sebelum mengarah paramedik untuk mengusung jasad Lily masuk ke dalam ambulans.
"Yang lain macam mana?"
"Enam orang selamat, lima orang minor injury, bleeding stopped but not properly get treated. Semua fully aware of surrounding. Saya boleh bawa dia orang ke hospital, saya ikut belakang ambulans." Aku menawarkan diri memandangkan ambulans lain belum tiba.
"Good. Thanks," aku berlari mendapatkan Lancer.
Cikgu Airin dan empat pelajar tadi dipapah masuk ke dalam keretaku. Semua pelajar balik awal dan diberi cuti selama dua hari atas arahan cikgu Hairi.
Ambulans bergerak, aku menyusul dari belakang. Telefon dalam kocek skirt diambil. Nombor papa didail berkali-kali sehingga papa jawab.
"Papa.. I'll make it really short. Bangunan makmal terbakar. Dua belas orang terlibat termasuk dua orang cikgu. Enam selamat, lima lagi minor injury, sorang lagi Lily, PKP sekolah, dia loss consciousness. I'm totally fine so don't worry, sekarang on the way ke hospital."
"Ya Allah! Are you okay? Papa suruh abah balik KL."
"I'm good, and no thanks. Setakat ni Lily paling teruk sebab dia jatuh dan kepala terhantuk. Takut brain injury. Oh ya, tolong inform pihak hospital untuk claim insurans boleh pa?"
"Will do it very soon."
"Tengah drive ni, apa-apa Eya update kat abah atau Zain." Talian putus.
Ah Zain.
Fikiran aku terlalu serabut sehingga aku lupa tentang talian kecemasan itu. Khidmatnya pun aku guna baru sekali. Sepatutnya aku dail talian Zain sewaktu ambulans datang lewat tadi.
Nafas dihembus berat. Sempat aku lirik empat orang pelajar melalui cermin pandang belakang dan cikgu Airin di sebelah. Mereka berlima nampak lemah dan penat.
Satu jam.
Cikgu Airin dan empat pelajar lain telah selesai mendapatkan rawatan. Hanya Lily yang belum aku tahu statusnya sekarang. Beberapa cikgu lain turut berada di ruang menunggu kerana menyusul ambulans dari belakang.
Cikgu Wiyah alias guru disiplin diarahkan oleh cikgu Hairi untuk menyusul ke hospital, warden pula ada di sini kerana empat pelajar tadi adalah penghuni hostel. Hashry? Mungkin sebab Lily.
Klak!
Pintu wad kecemasan ditolak dari dalam.
"Doktor! Macam mana dengan Lily?" desak cikgu Wiyah.
"Alhamdulillah, dia dah melepasi paras kritikal cuma belum sedarkan diri. We have to thank her. Awak yang hentikan bleeding kat kepala dia kan? Awak jugak yang perform CPR? Betul?" doktor tanya aku. Cikgu Wiyah, warden dan Hashry terus memandangku serentak.
Lily tak mati – itu saja perkara penting yang aku patut tahu. Aku pandang doktor lelaki yang sedang senyum itu dengan selapis riak kosong. Poker tanpa sebarang emosi.
"Settle up the insurance. Bills are on me. Any matters do call me straight away. I'm leaving." Aku hulurkan sekeping kertas yang tertulis nombor telefonku. Seperti biasa, aku berdiam diri dan pergi.
[p/s : sorry for any wrong information in medical terms written, im not a medic expert ;)]
•
LANCER di ruang parkir, aku tuju. Ada Mazda silver metalik di sebelahnya juga seorang lelaki berkameja putih dan berslek hitam.
"Minta maaf, cik. Tuan Zamzuri arahkan saya tengokkan cik." Kalau dia tak bagitahu pun aku memang dah agak. Papa punya over protective memang tak boleh bawa bincang. Macam aku tengah nazak. Padahal aku yang bawa dia orang pergi hospital. Kunci kereta dihulur.
"Drive Lancer, bawa saya pergi hospital lain." Pakcik Ferdi terus menekan punat pada kunci kereta dan membukakan pintu penumpang untukku. Kepala disandar lemah. Aku betul-betul penat hari ini. Mengantuk. Baru saja mata nak lelap, telefon berbunyi.
"Helo."
"Hai Qayla. Saya ni, doktor tadi."
"Oh, the bills will be paid..,"
"Eh no it's not about the bill. Saya nak remind awak, saya perasan tangan awak pun cedera kan? Jangan biar terdedah macam tu, nanti boleh dijangkiti kuman."
"Okay."
"Eh takkan nak letak dah? Awak tak nak tahu condition kawan awak?" aku tak tahu naluri aku ini betul atau aku yang perasan lebih. Is he trying to flirt on me?
"Calls are only allowed for urgent matters. Thank you."
"Kad sim yang baru. Private number. By tomorrow." Arahku bagai permaisuri. Ah, memang itu skop kerja dia. Turutkan arahan aku. Bukan aku suruh robohkan KLCC pun.
"Baik cik Qayla."
•
EMPAT hari berlalu.
Dua hari aku ponteng sekolah sebab badan aku rasa tak bermaya sangat, tak tahu kenapa, tapi hari ini aku tetap memandu sendiri ke sekolah untuk godek perkembangan tentang kebakaran bangunan makmal. Aku perlu beritahu abah untuk disampaikan kepada papa.
Cikgu Hairi memang ditugaskan untuk menguruskan semua hal ini tapi papa sudah amanahkan aku untuk tengokkan Cliste High School semasa ketiadaan dia, pada hari pertama aku jejak sekolah ini lagi. Jadi aku tak boleh lepas tangan macam itu saja.
Ya. Itu juga sebabnya aku tak pindah ke sekolah lain.
"Kalau dia boleh tumbuk Lily publicly, tak mustahil dia boleh buat lagi teruk dari tu."
"Takkan dia sejahat tu?"
"Aku syak dia sengaja nak bunuh Lily."
"Woi kau biar betul!"
Dan bermacam lagi cakap-cakap mereka yang berselisih dengan aku. Jadi aku dituduh penyebab Lily kritikal? Wow. Baru dua hari aku tak ada. Hebat betul spekulasi dia orang.
Kaki terus menapak ke Management Cube. Pintu lutsinar memudahkan cikgu Hairi untuk sedar akan kemunculan aku jadi tak perlu lagi nak ketuk pintu segala.
"Aku nak tahu hasil siasatan." Dia tersengih. Sinis. Terpaksa juga aku hadap sebab memang dia saja yang tahu perkembangannya.
Nombor telefon pihak bomba atau pihak polis yang terlibat, pasti dia saja yang tahu. Selama dua hari aku tiada, mesti pihak berkuasa ada datang untuk buat siasatan lanjut.
"Perlu ke kau tahu? Kau balik je la bersihkan nama mak bapak kau yang dah kotor sebab video lucah kau tu." Ringan mulutnya menyebut perihal yang sudah berlalu dua minggu lepas.
"I said I want it, simply means I don't need your permission."

ANDA SEDANG MEMBACA
QAYLA
Teen Fiction[High School Series] #1 Aku tak bergaul dengan orang, selalu menyendiri, tidak banyak bercakap dan tak ada kawan. Tapi itu tak menghalang aku daripada menjadi tumpuan di Cliste High School. Oleh kerana aku selalu berperangai seperti sekolah itu bapa...