HARI sukan sekolah – semua pelajar berbaju mengikut warna rumah sukan masing-masing. Macam biasa, aku masih menjadi penonton, kekal sebagai golongan minor yang tak terlibat dengan mana-mana acara walaupun kakiku gatal nak turut serta.
Aku suka bersukan sejak diberi denda joging lima puluh pusingan padang. Yeap, itu denda pertama aku semasa tingkatan dua sebab aku tak bawa modul latihan sejarah.
Sejak hari itu, aku sering diberi denda dalam bentuk aktiviti fizikal seperti tekan tubi, bangkit tubi, plank, dan pelbagai lagi sampai abdomen aku pun sudah membentuk empat ketul.
Sebab itu aku bermain bola keranjang setiap hari untuk mengekalkan stamina dan tak pernah merungut kalau didenda kerana denda itu aku anggap macam latihan untuk kekalkan fitness badan.
"Hai babygirl," bisikan Hashry menyedarkan aku ke dunia nyata. Dia menghulurkan air yang dibeli di gerai jualan.
Selalunya AJK kelab dan persatuan akan ambil peluang untuk membuka gerai jualan pada hari sukan. Keuntungan yang mereka peroleh akan digunakan untuk keperluan kelab dan persatuan masing-masing contohnya bagi menganjurkan pertandingan atau menampung perbelanjaan lawatan.
"Sayang tengok je ke?" sengaja betul memprovok.
"Ash ni dah takda kerja sangat ke asyik kacau orang? Rumah sukan Ash tak perlukan cikgu?" sindirku lalu menyedut laici ais di tangan. Hashry rumah ungu, aku rumah merah.
"Eh kenapa saya rumah ungu ek? Kenapa bukan rumah merah?" rengeknya persis kanak-kanak. Menjengkelkan tapi aku tidak keberatan untuk mengaku dia memang nampak comel. Spontan aku tersengih nipis.
Telefon diperiksa, masih tiada sebarang panggilan atau mesej daripada papa. Selepas rehat nanti, VIP akan datang untuk tengok acara kemuncak sekali gus merasmikan penutupan hari sukan tapi aku tahu hanya mama yang akan datang. Air laici disedut beberapa teguk sebelum diberi semula kepada Hashry.
"Eh sayang nak pergi mana?" dia bertanya ketika aku mahu beredar.
"I hate noisy place, remember?"
"Okay, kalau lapar ke dahaga nanti call saya tau? Saya hantar makanan. Majlis penutupan nanti datang la tengok rumah ungu julang piala." Ada nada riak di situ. Jujur, aku memang malas nak pergi sebab tak mahu bersemuka dengan mama.
Waku rehat sudah lama berlalu. 11:30 pagi, mesti mama sudah sampai.
Aku keluar dari QIC dengan nafas yang termengah-mengah kerana penat bermain bola keranjang. Dari jauh aku nampak figura Hashry sedang berdiri di barisan paling depan sekali bersama ahli rumah sukan ungu.
Aku sengaja ambil tempat di belakang sekali. Apabila dia perasan keberadaanku, Hashry mengenyitkan sebelah matanya dan aku tersengih. Tak penat betul kalau bab mengusik aku.
"Hari ni Puan Syarina tak dapat hadir bersama kita sebab kesihatan yang tak mengizinkan..."
Mama sakit? Kenapa aku tak tahu? Selalunya Joe akan mesej aku tapi kenapa langsung tak ada khabar pun? Atau mama sengaja tak nak datang sebab benci tengok muka aku?
Ah entahlah.
Malas nak fikir.
Video yang dimainkan di skrin layar lebar memaparkan kemeriahan hari sukan pada tahun-tahun lepas. Sejak tahun pertama sekolah ini dirasmikan hanya rumah sukan biru dan ungu yang pernah menjulang piala juara pusingan sebanyak tiga kali berturut-turut.
Perhatianku terganggu ketika namaku disebut-sebut. Sebaik saja aku mengangkat pandang, mata terarah pada skrin besar. Video di skrin itu benar-benar buat nafas aku sesak.
Bullshit!
Mereka toleh pandang aku. Bibir tak berhenti kumat-kamit membicarakan tentang video tadi. Mata aku mencari Hashry tanpa aku tahu kenapa. Ternyata dia sudah lama merenung aku.
Wajahnya kosong. Kejung. Telinga semakin berdesing dengan bisikan asing yang menghina maruahku. Irisku dibawa semula menghadap video di skrin layar lebar. Jelas dan nyata figura aku dan Joe di dalam kereta.
Tengkukku dicium. Jasadku dipeluk. Pipiku dibelai. Aku dalam video itu pula terlihat seolah-olah merelakan perbuatan Joe.
Murah! Pelacur! Geli! Jijik!
Semua kata itu menyusup ke lubang pendengaranku. Bingit! Aku bencikan bunyi bising ini. Tanpa berfikir panjang, aku terus angkat kaki dari koordinatku. Sempat aku imbas riak cikgu Hairi yang sedang senyum kepuasan.
•
KELAS fizik hari ini senyap. Nama aku tak dipanggil. Mood Hashry ke laut. Dia tak banyak cakap macam selalu. Waktu rehat dia tiada di roof top. QIC juga tak dikunjungi. Warung tempat kebiasaan kami makan juga tak nampak batang hidungnya.
Aku merasakan satu kehilangan yang besar. Aku sudah hilang perhatian papa dan abah. Aku hilang kasih sayang mama. Aku hilang Tania. Sekarang.. aku hilang Hashry yang baru saja jejak masuk dalam hidup aku. Ini satu sumpahan ke untuk aku?
"Cikgu!" mata-mata yang memerhati langsung aku tak peduli. Dalam otakku sekarang hanya Hashry. Dia patut dengar penjelasan aku sebelum membuat andaian sendiri.
"Cikgu Hashry!" tiada sahutan.
"Ash!" masih tidak dijawab.
"Sayang!" bagai disentak kakinya terus berhenti ketika panggilan itu bergema di kaki lima Cliste Main Hall. Aku yakin dia tahu bahawa aku sedang serius.
"Saya ada kelas." Aku hafal jadualnya dan aku tahu dia menipu.
"Ash.. orang nak cakap dengan Ash sekejap. Please." Aku merayu buat pertama kali.
Lokasi berubah ke roof top. Satu-satunya tempat yang selesa untuk aku berbual dengannya. Hanya ada kami berdua. Aku dan Hashry.
"Orang call, Ash tak jawab. Orang mesej, Ash tak balas. Orang tunggu, Ash tak datang. Kenapa Ash buat orang macam ni?"
"Saya buat apa? Apa yang saya buat pada cik Qayla?" ugh I hate honorific!
"Sayang, dengar dulu!"
"Enough with your sayang. I don't need it." Dia menyampuk dengan nada menyampah. Sumpah. Aku tersinggung sangat. Bukan ke selama ini dia yang mahu aku panggil dia begitu?
"Ash kena tahu..," omonganku serta merta dicantas.
"Apa yang saya patut tahu? Pasal awak dengan lelaki tu? Ya saya dah tahu, tahniah sebab awak dah berjaya buka mata saya. Terima kasih sebab awak dah sedarkan saya, siapa saya dalam hidup awak. Saya ni cuma pemuas nafsu awak!"
Boom!
Sedas ayat-ayatnya menghentam aku. Mata mula hangat. Aku tahu air mata mahu gugur.
"Betul kata awak. Banyak benda pasal awak yang saya tak tahu. Tahniah sebab hancurkan kepercayaan saya dan perasaan saya. Terima kasih." Hashry mengetap rahang sebelum pergi. Dia betul-betul marah.
Aku tak takut jika kepercayaan Hashry pada aku hancur. Aku tak takut jika sayangnya pada aku terus lupus. Aku tak takut jika dia tak lagi sudi nak berkawan dengan aku. Aku tak takut jika layanan baiknya bertukar biadab. Aku tak takut jika hubungan kami terus retak lalu pecah berderai.
Aku hanya takutkan satu perkara – jatuh kasih pada lelaki itu – dan itulah yang akhirnya terjadi.
Aku tak tahu bila, di mana dan macam mana. Yang pasti aku rasa sangat terkilan apabila dia memilih untuk percaya video itu tanpa mendengar penjelasan aku terlebih dulu. Itu sudah memadai untuk aku yakin dengan perasaan ini. Perasaan sayang Qayla kepada Hashry.
Aku sudah terbiasa bersendirian. Bila Hashry muncul aku mula bergantung padanya. Aku selalu mahu dia ada supaya hari-hari aku tak suram lagi.
Aku cuba pinjam rasa bahagia yang dia kongsi dengan aku. Aku hargai kehadiran dia, kata-kata manis dia, ucapan sayang dia. Aku memang dahagakan perhatian sebegitu sekian lama.
Hanya dalam sekelip mata semua itu lesap. Aku kembali ke hakikat yang sama.
Aku sendirian.
Lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
QAYLA
Teen Fiction[High School Series] #1 Aku tak bergaul dengan orang, selalu menyendiri, tidak banyak bercakap dan tak ada kawan. Tapi itu tak menghalang aku daripada menjadi tumpuan di Cliste High School. Oleh kerana aku selalu berperangai seperti sekolah itu bapa...