Q 10

1K 77 0
                                    

5 MAC.

Tarikh kelahiran Qayla Zamzuri yang tak pernah orang tahu apatah lagi disambut sejak umurku 14 tahun iaitu ketika tahun pertama aku pindah ke Cliste High School dan hanya kerana kejutan papa di majlis semalam, aku menjadi topik bualan hangat mereka semua.

Aku tak bodoh untuk sedar diriku menjadi tumpuan sejak aku menapak keluar dari kiub tadi sehingga kaki ini berjalan di sepanjang koridor kelas sekarang. Ketika melangkah masuk ke 5C1, berpasang-pasang iris langsung tidak teragak-agak untuk memandang aku sambil membisikkan sesuatu sesama sendiri.

"What's with the commotion?" Hashry melewati koordinatku dan terus mengambil tempat di meja guru.

Belum sempat melabuhkan duduk, aku nampak reaksinya yang agak terkedu ketika mata memandang ke belakang kelas di mana terletaknya mejaku tetapi dia mengawal riak dan berlagak biasa.

"Please take your seat, miss Qayla." Formal.

Aku terus mendapatkan meja yang dipenuhi kotak hadiah, kad ucapan, jambangan bunga dan kek. Perasaan aku? Kosong. Sebaik saja aku duduk semua hadiah itu ditepis dan ditolak jatuh ke lantai sehingga meja kosong semula seperti sediakala. Semua. Kerana satu pun tidak ada makna bagiku.

Mata yang memerhati tidak dipedulikan. Sikit pun tak menggugat perasaan aku. Mata dihala ke hadapan kelas, Hashry juga sedang pandang aku tapi terus mula mengajar supaya kelihatan tidak terkesan.

"Attention, class. Are you with me?"

"Yes sir."

Ulang tahun kelahiran aku kali ini merupakan ulang tahun yang takkan dilupakan. Aku gembira kerana papa datang walaupun sekejap saja sebelum kembali semula ke Singapura bersama abah. Aku ditinggalkan lagi. Entah bila pula aku akan bertemu papa. Bulan depan? Tahun depan? Aku tak tahu dan tiada kuasa untuk menghalang. Cukuplah rindu yang terpendam ini reda sedikit.

Walau bagaimanapun, rasa gembira yang bertunas ini tidak menghalang rasa jengkel yang timbul apabila semua orang asyik membicarakan aku hingga topik King dan Queen tenggelam. Lebih aneh lagi, cikgu Hairi sepertinya sedang bergencat senjata. Senyap. Tiada khabar.

"Cikgu Hashry! Cikgu ada kelas ke? Boleh tolong turunkan banner tu sekejap? Tinggi sangat," oh ya. Tidak lupa juga lelaki ini yang tiba-tiba bersikap aneh. Tidak pula dia minta aku jawab soalan macam selalu di kelas pagi tadi.

Ketika aku ponteng kelas untuk ke QIC pun dia tidak datang mengganggu. Di roof top juga dia tiada. Dia berubah begitu ketara sejak semalam seolah-olah sedang menjaga jarak. Aku tidak terkesan dengan gosip tentang dia dan Lily. Tapi perubahan dia kali ini benar-benar buat aku tak senang duduk. Aku rasa kekurangan sesuatu.

Gang! Bunyi sesuatu jatuh.

"Ya Allah! Tolong!" pelajar yang melewati dewan berlari anak mengerumuni pentas.

"Tolong panggil guru bertugas! Awak, pergi ambil kunci bilik rawatan di meja saya dan sediakan katil dan bawa stretcher ke sini. Awak, tolong telefon ambulans! Cepat!" kedengaran seorang guru wanita memberi arahan kepada tiga orang pelajar dengan sangat pantas. Aku lekas mendekati.

Kaki terpaku melihat jasad yang tidak sedarkan diri di lantai. Lutut rasa longlai. Otak jadi kosong. Hati mendesak untuk bertindak tapi ego menyaingi. Dia bukan sesiapa. Kau hanya perlu diam dan pergi. Jangan peduli atau masuk campur hal orang lain. Itu bukan prinsip kau Qayla. Tidak sama sekali.

"Zain. He's always on call to serve you anytime anywhere. Eya boleh telefon talian kecemasan ni bila-bila masa Eya perlu and he'll be right in front of you in less than minutes." Tiba-tiba aku teringat pada pesanan abah.

Kaki berhenti menapak.

This is so not you, Qayla. You crossed your comfort zone. Aku terus mendail talian kecemasan yang disimpan dalam kenalan telefon dan kurang dari dua minit dua buah Mercedes hitam yang tiba di ruang parkir Cliste Main Hall menarik perhatian semua orang. Tiga orang lelaki berkameja dan berslek hitam bergegas ke arahku.

"Cik Qayla."

"Him. To hospital now."

"Baik, cik."

ZAIN berdiri menghadapku dengan tangan yang setia di belakang sambil mendengar perbualan aku dengan seseorang di talian. Dua orang lagi berada di luar pintu. Aku mematikan telefon bimbit lalu alat peranti itu disimpan semula di dalam beg. Nafas dihembus nipis.

"Do you know what wrong have you done?"

"Yes miss. I apologise."

"Next time it's a big no, Mr Zain. Bear in mind." Mendatar nadaku memberi amaran.

Sudah aku pesan supaya hal ini tidak sampai ke telinga papa dan abah. Eh, tak semena-mena aku terima panggilan daripada abah baru saja beberapa minit yang lepas. Aku faham sebenarnya abah risau sebab inilah kali pertama aku menggunakan talian kecemasan itu. Cuma aku malas panjangkan cerita. Sempat aku berpesan pada abah supaya merahsiakan hal ini daripada pengetahuan papa.

"Yes miss." Zain akur.

"Cik Qayla," aku menoleh ke arah suara itu sebelum menyuruh Zain memanggilkan doktor untuk periksa keadaan Hashry. Menurut diagnosis doktor dia tidak mengalami apa-apa kecederaan luaran atau dalaman yang serius. Dia hanya pengsan kerana terkejut.

"Zain, beli makanan." Beberapa helai wang kertas dihulurkan kepada lelaki itu.

"Baik cik. Cik nak apa-apa ke?" aku geleng.

"Encik nak apa-apa ke?" juga gelengan yang diterima.

Zain meminta diri sebelum keluar dari bilik pemerhatian meninggalkanku bersama Hashry. Lelaki itu senyap membuatkan suasana jadi janggal apatah lagi bagi aku yang telah bertindak luar dari normal hari ini.

Tak pasti perasaan asing apa yang menyerbu ketika aku lihat jasad dia kaku tadi tapi yang aku tahu aku mesti bertindak sesuatu untuk selamatkan dia. Hatiku yang mendesak begitu.

"Terima kasih, cik Qayla." Masih formal. Aku diam tidak memberikan sebarang respons namun mata setia memerhatikan gerak gerinya yang cuba mengambil sesuatu dari poket seluar. Kotak kecil dihulurkan kepadaku.

"Happy birthday, cik Qayla. Saya.. nak bagi tadi pagi tapi bila cik buang semua hadiah waktu kelas saya, saya ragu-ragu." Aku menyambut hulurannya lalu membuka kotak itu. Seutas gelang berwarna silver yang sangat cantik.

"Kalau tak kena dengan citarasa cik Qayla, cik Qayla boleh buang je. Lagi pun..," aku kembalikan semula kotak berisi gelang itu kepada Hashry dengan riak kejung tiada perasaan. Wajahnya kelat tapi jelas sekali dia cuba mengawal riak dengan sebaris senyum nipis.

"Er.. takpa saya faham. Gelang macam ni cik Qayla pun boleh beli sendiri kan?" aku buat tak tahu dengan kata-kata berbaur kecewa itu. Aku mengeluarkan telefon bimbit lalu menyambungkan earphone untuk mendengar lagu.

"Yus!" Lelaki berbaju hitam masuk ke bilik setelah pintu diketuk sebanyak tiga kali.

Aku menggerakkan kepala ke arah Hashry sambil memandang kotak yang dipegangnya. Faham dengan arahan itu, Yus meminta agar kotak itu diberi kepadanya. Aku merebahkan badan ke sofa sebelum earphone disumbat ke telinga. Aku nak tidur. Kedengaran daun pintu ditutup menandakan Yus sudah keluar.

"You were gorgeous that night, babygirl. Amazingly stunning. I didn't have the chance to say this so let me tell you how beautiful you were. With the smile you wear on your face, I could only see perfection. I'm sorry about my sudden confession and for mistreating you without knowing you're his daughter. I know where exactly I stand and that would be far lower from where you are. It's okay. Just so you know I'll be here to push you higher and be ready to catch you when you're about to fall so that you won't ever meet the ground. Thank you for existing. Thank you for coming into my life."

Luahnya dengan nada yang begitu lembut dan perlahan sekali, mungkin enggan ganggu aku yang disangkanya sedang tidur.

QAYLATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang