Q 09

1K 80 3
                                    

9:30 P.M.

Bermakna sudah satu jam waktu aku habis di gelanggang ini dan selama itu juga majlis berlangsung. Aku mengemas barang kerana ingin kembali ke hostel untuk mandi dan tidur. Telefon bimbit dalam kantung baju hangat diperiksa.

8 missed calls from Abah

"Dah agak. Mesti awak kat sini," dia muncul dengan nafas tidak teratur. Pasti dia curi-curi berlari ke sini.

Penampilannya agak berbeza. Kemas dan kacak. Bau maskulinnya menerobos ke rongga hidung. Baju hangat dipakai ke tubuh lalu aku berjalan keluar dari QIC dengan hud yang tersarung di kepala. Terbatal niat nak hubungi abah tadi.

"Awak tak nak pergi ke? Masih belum lambat untuk bersiap, sebab VIP belum sampai. Jomlah.. kalau awak takda siapa nak jadi Queen saya nanti?"

"Lily." Nama itu terbit dari bibirku tenang tanpa sebarang nada. Hanya sebutan spontan.

"Saya tak nak dia. Saya nak awak." Langkah kaki terpaku. Hashry turut berhenti berjalan.

"Saya suka awak."

Aku terkedu. Jantung kurasa berdebar maha hebat. Buat pertama kali aku merasakan diri ini diingini. Aku rasa macam diperlukan. Aku rasa disayangi.

Ketika aku pandang Hashry di sisi, dia menguntum senyuman paling manis pernah aku lihat seolah-olah ikhlas datang dari hatinya. Aku tersengih nipis tiba-tiba.

"Oh my God this thing kills me," dia sentuh lekuk yang terbentuk di pipiku.

Sengih bukan kerana suka. Sengih bukan kerana terharu. Sengih kerana aku rasa kelakar dengan pengakuan tadi. Dia baru datang ke sini sebulan lepas tanpa kenal diri aku yang sebenar, semudah itu dia meluahkan suka.

Telefon berdering. Abah lagi?

"My heroin! Where have you been?"

"Tempat biasa."

"Patutlah.. abah dah sampai depan hostel. Quick." Talian terus dimatikan. Bukan ke abah sepatutnya ada di Singapura? Aku melirik Hashry sejenak sebelum meninggalkan dia terpinga-pinga. Aku meluru masuk ke tempat duduk sebelah pemandu. Abah senyum.

"Should I pack my things?" soalku sambil menutup pintu kereta.

"What for?"

"We're not going home?"

"Who said so?"

"Wait.. you're supposed to be in Singapore aren't you?" aku tertanya-tanya.

Muzik latar bergema di segenap penjuru Cliste Main Hall.

Aku memandang gaun putih yang tersarung pada tubuh sendiri. Tiada manik, tiada labuci. Hanya lace dress biasa bercorak floral yang ringkas tapi sangat cantik. Senyum melebar ketika memandang lelaki di sebelah. Pegangan tangan dieratkan.

"Announcing the arrival of our guest of honor, let's put our hands together and give a loud applause for Tuan Zamzuri Mohd Khir!" suara pengacara disahut dengan tepukan gemuruh oleh warga dewan.

Aku dan papa berkongsi rentak langkah yang sama di atas karpet merah yang dibentang hingga ke tangga pentas. Abah setia mengekor dari belakang bersama dua orang pengawal peribadi. Kami dijemput untuk menikmati hidangan yang tersedia terlebih dahulu. Papa dan mama sempat berpelukan sambil senyum lebar.

Entah nyata, entah palsu. Lampu putih kamera memancar menandakan beberapa keping gambar telah diambil. Sepanjang majlis berlangsung aku tidak meninggalkan meja langsung. Tetamu VIP menerima layanan yang cukup memuaskan. Rimas tapi aku juga gembira dan sedih pada masa yang sama.

Inilah kali pertama kami makan bersama setelah sekian lama papa tidak pulang. Kejutan ini sangat dan terlalu bermakna.

"Ladies and gentlemen, reaching the climax of Cliste's Anniversary, I believe everyone is impatiently waiting to know who will be announced as King and Queen of the night." Pengacara majlis menggamit perhatian warga dewan. Tepukan gemuruh dan sorakan mengisi suasana. Uh bising.

"Tuan, pihak majlis minta VIP naik ke pentas untuk pengumuman King dan Queen," beritahu abah selaku orang kanan papa. Oh, sila tahu bahawa sebarang komunikasi wajib melalui abah atau pengawal peribadi terlebih dahulu sebelum sampai ke telinga Tuan Zamzuri sendiri. Tiada komunikasi secara langsung.

"Eya, can you do me a favor?" hampir tersedak aku dibuatnya.

"What? Me? Why?" aku pandang abah tapi dia tak dapat berbuat apa-apa walaupun dia tahu aku tak suka suasana bising begini.

"You'll know soon," lalu aku diiring ke tepi pentas oleh guru bertugas. Jelas sekali mereka keberatan. Cikgu Hairi hanya menjeling.

"With all due respect, I'd like to call upon Miss Qayla representing Tuan Zamzuri to crown the King and Queen of the night." Tepukan gemuruh bergema ketika aku menaiki pentas.

Taburan orang berpakaian serba putih-hitam mengikut tema mengisi ruang retina. Ketika mata bertemu papa, dia memberi isyarat supaya aku senyum.

"Who are you willing to be announced as King and Queen!?" bermacam-macam nama disebut hingga bingit telinga aku dibuatnya.

King and Queen of the night dijadikan klimaks kerana itu satu-satunya acara yang mampu menarik minat pelajar untuk datang ke majlis ini. Nama-nama calon King dan Queen akan ditulis di atas kertas undian kemudian dimasukkan ke dalam dua buah kotak yang bertanda K untuk calon King, manakala kotak bertanda Q untuk calon Queen.

Pihak urusetia akan mengira jumlah nama yang paling banyak dicalonkan sebelum diumumkan sebagai King and Queen of the night pada jam 12:00 tengah malam. Gambar King dan Queen yang memakai mahkota dan tiara akan dipaparkan dalam majalah tahunan dan portal rasmi Cliste High School.

Yeap, hanya itu dan aku tak faham kenapa gelaran bodoh ini menjadi rebutan.

"King and Queen of Cliste's 10th Anniversary would be crowned to..," bunyi dram menjadi muzik latar.

"Hashry Zulkarnain and Lily Natasya!"

Mereka berdua sama-sama naik ke pentas diiringi tepukan dan sorakan warga Cliste High School. Cahaya kamera memancar dari serata sudut. Aku cuba senyum walaupun kekok. Hashry dan Lily berdiri di hadapan aku menunggu saat untuk dimahkotakan.

"Tahniah." Ucapku pendek setelah sesi bergambar di atas pentas selesai.

"Thank you to Miss Qayla and congratulation to our King and Queen. Towards the end of..," skrip pengacara terjeda kerana dewan yang tiba-tiba gelap gelita.

"Guards in position!" suara tegas abah memberi arahan kepada pengawal peribadi menenggelamkan suara pengacara yang cuba menenangkan suasana. Arahan ini. Setahu aku arahan ini hanya dikeluarkan jika keselamatan papa sedang terancam. Takkan..

"No. No way.. papa!" jeritan maha lantang aku bergema serentak itu lampu dewan menyala semula.

Semua mata terarah pada aku yang sedang berlari menuruni pentas menuju ke meja VIP tetapi semua tiada di situ. Meja itu kosong. Aku tak nampak kelibat papa, mama atau abah langsung. Seisi dewan memandang aneh. Air mata hampir jatuh tapi aku tahan sekuat-kuatnya.

"Happy birthday to you.. happy birthday to Qayla.. happy birthday to you." Mereka keluar dari belakang pentas dengan kek berlilin sambil menyanyikan lagu ulang tahun.

Kemudian seorang urusetia menolak troli yang terletak sebuah kek tiga tingkat di atasnya ke tengah dewan. Lagu ulang tahun dimainkan melalui pembesar suara lalu seisi dewan ikut menyanyi atas permintaan papa. Aku senyum nipis.

Happy 17th birthday, Qayla.

QAYLATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang