Q 19

941 67 1
                                    

KHAMIS. Kaki dihayun ke Management Cube untuk berjumpa dengan cikgu Hairi tapi langkahku terhenti ketika berada di dataran umum.

Kenapa semua orang berhimpun di sini? Ada sesuatu yang aku tak tahu ke? Semua orang mula pandang aku dengan renungan yang aku gagal baca maknanya. Cikgu Hairi yang sedang berucap di pentas turut menoleh pandang aku.

"Ya, Lily meninggal pukul 5:00 pagi tadi. Jadi, esok selepas solat jumaat kita akan adakan bacaan yasin di surau."

Nafas tak teratur. Berita ini terlalu mengejutkan. Betul kea pa yang aku dengar? Lily sudah tiada?

"Hukum dia!" seorang perempuan tampil ke hadapan lalu menuding jarinya ke arah aku. Ada getar dalam nada suaranya. Riakku masih tenang. Tapi perasaan bercampur baur. Kenapa hukum aku atas kematian Lily?

"Kau bukan je conteng arang kat muka bapak kau. Tapi kau conteng arang kat muka kau sendiri! Mula-mula video lucah, sekarang kau jadi pembunuh pulak!?" perempuan itu menyembur aku dengan tidak semena-mena sebelum beredar dengan air mata di pipi.

Aku mengetap rahang dengan begitu ketat. Cikgu Hairi senyum sinis. Guru-guru yang berada di situ mula berbisik sesama sendiri. Hanya Hashry yang aku pandang. Mata kami bersatu. Ash, tolong percaya aku. Aku bukan pembunuh!

"Aku nak laporan siasatan." Pintaku dengan selapis wajah kosong tidak beremosi.

"Kau rasa Tuan Zamzuri akan bangga ke ada anak macam kau? Kau bertahan kat sini sebab kau anak dia je. Tapi kalau dia tahu perangai kau kat sini?" aku diam dan tadah telinga.

"Mesti kau dah cari peguam untuk kematian Lily."

"Dia mati bukan sebab aku." Tegasku keras.

"Kau orang terakhir yang ada dengan Lily sebelum dia keluar dari makmal. Jadi kau boleh sabotaj nyawa dia tanpa sesiapa pun tahu. Kau masih nak berdalih?"

"Rozana yang dukung Lily keluar." Bidasku diekori sengih sinis.

"Kau rasa semua orang percaya ke? Siapa yang kau ada untuk kukuhkan pernyataan kau? Semua benci kau Qayla. Kau tak ada sesiapa."

Kata-kata cikgu Hairi berlegar-legar dalam fikiran. Dia betul. Sekeras mana aku nafikan tuduhan membunuh Lily, orang lain tetap nampak aku sebagai orang yang paling disyaki.

Aku yang redah masuk ke dalam bangunan makmal untuk keluarkan Rozana, Hashry dan Lily. Tiada seorang pun yang ada di situ selian mereka bertiga. Saksi aku hanya mereka bertiga.

Aku perlu buktikan aku tidak bersalah dan tidak bertanggungjawab atas kematian Lily. Aku bukan pembunuh. Aku tak bunuh Lily.

"Puas hati kau lepas kak Lily mati?" kaki berhenti melangkah. Perempuan yang sama tampil semasa perhimpunan tengah hari kelmarin.

"Apa kau merepek ni?"

"Kau bunuh kak Lily sebab cikgu Hashry kan?" tuduhan tak berasas lagi.

"Perlu ke aku bunuh kakak angkat kau tu sebab Hashry? Aku tak bodoh." Angkuh aku berkata-kata.

Bila ego menguasai, aku hanya nak menang. Dia terdiam dan aku pun berlalu dengan jelingan maha tajam. Puas dapat sakitkan hati adik angkat Lily. Ponteng, macam biasa. Kali ini bermotif. Aku terus ke kelas Rozana.

Tuah menyebelahi aku kerana Hashry turut berada di situ sedang mengajar subjek fizik. Kehadiran aku di muka pintu menggamit seisi kelas 5C2. Mereka merenung aku yang pegun tanpa sebarang reaksi.

Nak ke Rozana jadi saksi untuk buktikan aku tak bersalah? Nak ke Hashry ketepikan perasaan dia untuk tegakkan penafian aku? Diriku dibelenggu ragu-ragu. Hilang keyakinan tiba-tiba. Atau perlu aku diam saja dan terima tohmahan yang menyerang untuk puaskan hati mereka semua?

"Yes?" tegur Hashry membunuh lamunan singkatku.

Sejam aku tunggu di roof top akhirnya Rozana dan cikgu Hashry munculkan diri. Posisi aku bertukar dari berdiri ke duduk. Kepala tunduk tenung kasut. Nafas ditarik dan dihembus.

"Aku tak bunuh Lily. Aku takda saksi lain selain korang."

PAPAN kenyataan berdekatan dataran umum menarik perhatian semua pelajar dan guru. Termasuk aku. Tertera notis pemberitahuan mesyuarat tergempar antara pihak pentadbir, pengurusan disiplin, ketua pelajar sekolah dan mangsa kebakaran seminggu lepas.

Aina.

Nama yang tertera pada tanda sulam di kamejanya, aku sempat imbas. Aina juga terlibat sebab dia yang mengetengahkan isu ini sebagai pembela kematian Lily. Mereka semua duduk. Hanya aku yang berdiri seperti seorang pesalah yang nyata.

Setengah jam sepanjang mesyuarat berlangsung, aku diam dan dengar setiap patah kata yang keluar dari anak tekak Aina. Dia begitu defensive terhadap Lily.

"Kak Lily sukakan cikgu Hashry dan dia dah lama tahu pasal video tak senonoh tu. Dia takkan tayang depan orang ramai kalau Qayla tak melampau. Kak Lily cuma tak nak cikgu Hashry jadi mangsa nafsu Qayla." Ini kali yang entah ke berapa aku dilabel begitu.

"Jaga mulut kau!" bentakku lalu menendang meja sehingga terbalik.

Seisi kamar terkejut dan senyap. Mungkin tak menyangka aku akan bersuara selepas lama mendiamkan diri. Mungkin juga takut dengan respons aku yang di luar kawalan.

"So, do you mind to explain the video?" aku senyap semula.

Penjelasan apa yang perlu aku hurai? Joe ialah lelaki simpanan mama? Atau aku ialah tawanan Joe supaya mama selamat? Nafas yang mula berombak cuba untuk diatur tenang.

"Apa kaitan video tu, kematian Lily dan hukuman aku?"

"Obviously related! Sebab kau sengaja bunuh kak Lily! Sebab kau nak Hashry!" aku sengih sinis. Mata pandang Rozana dan Hashry. Isyarat untuk memulakan penafian.

"Saya, Lily dan cikgu Hashry ialah orang terakhir dalam makmal fizik 2. Lily pengsan dan Qayla yang dukung Lily keluar, lepas tu dia suruh saya papah Lily turun sebab api makin marak. Dia kena redah masuk semula ke makmal untuk keluarkan cikgu Hashry. Saya.. saya tersilap langkah dan terjatuh sebab kepala masih pening terhidu bau asap. Waktu tu la.. kepala Lily terhentak bucu dinding."

"Hashry," panggil cikgu Hairi, mahukan penerangan lanjutan.

"Saya tak sedar sepenuhnya, yang saya tahu, saya dah ada kat luar bangunan. Waktu saya sedar, Lily masih pengsan dan Qayla yang dukung dia ke padang." Aku tenung mata Aina sedalam mungkin.

"Kenapa kau tak tunggu ambulans? Kau takda kemahiran untuk first aid."

"Kalau aku tak CPR dia orang, semua dah mati." Mangsa-mangsa kebakaran senyap tidak menafikan kenyataan aku. Itu tandanya mereka bersetuju.

"Kau yakin, kau buat CPR dengan betul?"

"Apa maksud kau?"

"Semua orang tahu, cara CPR yang salah boleh membunuh mangsa. Jadi kau..,"

"Hei sial! Apa yang kau tak puas hati hah!" aku hilang kawalan dan terus mencengkam kolar kameja Aina. Buku lima dihayun naik ke udara.

"Eya, no!" suara seseorang menghalang.

Aku memekung air mata semampu daya. Jasad Aina ditolak sekuat hati sehingga dia jatuh ke lantai. Aku keluar dari bilik mesyuarat dengan perasaan yang bercampur baur.

Jadi inilah penamatnya?

Aku dituduh sebagai penyebab kematian Lily?

QAYLAWhere stories live. Discover now