MALAM.
Aku duduk di pondok mini yang terletak di hujung kolam renang. Pancaindera aku dijamah dengan muzik rancak dan gerak badan manusia yang sedang menari. Mereka nampak gembira. Tapi tidak aku.
"Hey sayang," Joe datang menerkamku dengan ciuman di pipi. Ketika aku berharap semua ini hanya mimpi, aku sepatutnya tahu harapan itu menyakitkan dan sedar bahawa semua ini nyata. Semua ini realiti. Air mata yang bergenang aku empang semampu mungkin.
"Joe you kat sini?" emosi mama bertunas.
"Ya sayang. I sengaja teman Eya sebab dia macam takda mood. Cheer up little girl, it's your mom's birthday." Mama mengoyak senyum setelah terpedaya dengan tipu helah Joe. Ya. Aku disuruh balik petang kelmarin hanya sebab sambutan hari lahir yang bodoh ini.
"Eya okay tak ni? Eya sakit?"
"Ya! Memang Eya sakit! Eya sakit hati dengan perangai mama!" tengkingku tidak disimpan lagi.
Panas hati dengan perangainya yang semakin menjadi-jadi. Tiga tahun aku sabar dan diam walaupun hati ini rasa macam disiat-siat tapi hubungan mama dan Joe betul-betul cabar kesabaran aku. Aku cuba untuk pejam mata dan telan setiap perbuatan mama tapi aku tak boleh. Aku rasa macam khianat pada papa.
"Kurang ajar! Have some respect Qayla!" nama timangan tidak lagi kedengaran.
"Oh.. Eya kurang ajar? Look at yourself mama! Mama sedar tak apa yang mama buat ni?! Mama rasa apa yang mama buat belakang papa ni tak kurang ajar ke hah? How do you expect me to respect a cheater!?"
Priang!!
Gelas kaca yang mama pegang pecah berderai setelah dihempas ke lantai. Joe menerpa ke arah mama untuk menenangkannya. Aku tahu mama naik angin dengan herdikan aku tadi.
"Watch your words Qayla! Sedar sikit dengan siapa kau bercakap!"
"Ya Eya sedar! Eya bercakap dengan isteri Tuan Zamzuri!"
Pang!
Aku tertunduk. Mata berpinar. Pipi membahang pedih. Kaki terus menuju ke kamar tanpa memandang wajah mama lagi. Tamparannya betul-betul meninggalkan kesan kerana itulah kali pertama mama naik tangan.
Itulah kali pertama mama berkasar. Dan semuanya kerana Joe. Aku duduk memeluk lutut di atas katil sambil menahan air mata. Aku tak nak menangis. Aku tak nak nampak lembik.
"Sayang?" Joe menjengul kepalanya setelah pintu dikuak.
"Keluar."
"You tak sihat ke? Nak I hantar pergi klinik?" Joe memujuk lembut namun pujukannya hanya sampah yang menjijikkan pada pendengaranku. Tiba-tiba dia menolakku rebah ke atas katil dan mencium batang leher.
"You need a therapy," saat itu aku tahu apa yang berada dalam fikiran Joe. Cubaannya untuk meragut maruah aku pada tiga tahun lalu mula bermain-main dalam fikiran.
"No! Lepas Joe! Kau dah janji dengan aku!" aku marah dengan suara bergetar kerana menahan takut dan tangisan serentak.
"You know promises are meant to be broken right?"
Dia terus menyambar bibirku dengan penuh nafsu. Aku cuba tolak bahunya dengan kudrat yang ada tapi tubuhnya langsung tak berganjak. Tidak berputus asa, aku menendang perut Joe dan cuba lari namun dia berjaya merentapku lalu aku direbahkan ke katil semula.
Bibir menjadi sasaran lagi. Tenaga aku habis kerana penat meronta. Ciumannya rakus. Aku hanyut. Aku hilang kewarasan. Apabila bisikan syaitan berjaya menghasut, aku membalas ciuman Joe perlahan-lahan. Pelukan semakin erat. Jika tadi aku berasa rimas kini aku berasa selesa. Dua ulas bibir bersatu lama dan aku tak sedar bila posisi kami bertukar.

ANDA SEDANG MEMBACA
QAYLA
Teen Fiction[High School Series] #1 Aku tak bergaul dengan orang, selalu menyendiri, tidak banyak bercakap dan tak ada kawan. Tapi itu tak menghalang aku daripada menjadi tumpuan di Cliste High School. Oleh kerana aku selalu berperangai seperti sekolah itu bapa...