Q 11

1K 69 0
                                    

DUA hari tidak ke sekolah sangkaku mereka sudah berhenti menjadikan aku bahan bualan dan berhenti mengirimkan hadiah. Ternyata tidak. Tak sangka hanya kerana majlis Cliste's Anniversary aku tiba-tiba menjadi perhatian orang hanya dalam sekelip mata.

Aku turun dari roof top apabila menyedari waktu rehat sudah tamat. Baru saja kaki cecah lantai kelas aku terpandang Hashry yang kelihatannya baru saja sampai. Tanpa mempedulikannya aku berjalan ke meja yang sudah dikosongkan pagi tadi tapi kini penuh semula dengan barang yang sama.

Argh aku rimas dengan surat-surat dan hadiah-hadiah yang datangnya entah dari siapa. Seduduknya aku di kerusi, semua hadiah itu ditepis ke sisi. Bertaburan barang-barang itu mencium lantai.

"Hei Qayla, kau ni tak reti berterima kasih ke? Aku tahu kau lebih daripada mampu nak beli apa je yang kau nak tapi sekurang-kurangnya hargai pemberian orang tak boleh ke?" tegur seorang pelajar perempuan dengan nada tak puas hati.

Tania di sebelahnya sempat melirik dengan ekor mata sebelum pandang semula ke hadapan. Tak perlu aku ragui lagi keengganan dia untuk berkawan atau rapat dengan aku. Terang lagi bersuluh dia memang tak mahu dan tak sudi jadi tak perlu aku ambil kisah tentang dia.

"Sebab dia mampu la dia sampahkan je semua barang tu."

"Kalau tak nak sekalipun, bagilah orang lain."

"No fighting in my class," sampuk Hashry cuba meredakan keadaan.

Tiba-tiba seorang pelajar lelaki muncul di pintu kelas menyatakan hasratnya ingin berempat mata dengan aku. Setelah diizinkan, dia terus masuk dan berjalan ke mejaku dengan sesuatu di tangannya.

Hadiah lagi. Dia menghulurkan kotak yang cantik berbalut itu kepadaku namun aku pandang sepi dengan riak kosong. Persis dengan apa yang aku rasa sekarang. Kosong.

"Berambus," sepatah saja aku menyemburnya.

"Tapi ambillah dulu hadiah ni." Dia senyum.

"Oi kau tak nampak ke kat lantai tu? Kalau kau tak nak hadiah kau jadi mangsa seterusnya, baik kau blah je." Lelaki yang pernah merendahkan aku dulu tiba-tiba bersuara tapi si pemberi masih tecegat di situ.

Hulurannya aku sambut. Tertera namanya pada kad yang tertampal pada kotak tersebut. Rizal senyum semakin lebar tetapi senyumannya mati ketika aku bangun lalu mencampakkan hadiah pemberiannya ke dalam tong sampah di hujung sudut kelas.

Bingo!

Tepat pada sasaran. Bukan dia saja, semua orang yang menyaksikan drama sebabak ini turut melopong terkedu. Aku terus keluar dari kelas tanpa menoleh ke belakang lagi.

LENGAN ditarik oleh seseorang ketika aku baru saja mahu keluar dari tandas. Agak mengejutkan. Tertanya-tanya juga kenapa tiba-tiba penolong ketua pelajar datang bertemuku seorang diri. Tak pula dibawa temannya si Rozana yang bermulut celopar itu.

"Sejak bila kau peduli pasal orang lain?" dia masih berkias dalam kata-kata.

"Kenapa kau sibuk nak jadi heroin waktu cikgu Hashry jatuh dari tangga hari tu? Kau sengaja kan? Ini taktik kau nak dekat dengan dia sebab kau nak jadikan dia stok pemuas nafsu kan?" ini melampau.

"Jaga mulut kau."

"Of course I will. Only if you stay away from him." Oh wow sekarang aku diugut?

"Aku tak peduli kau nak main dengan jantan mana sekalipun asalkan bukan cikgu Hashry."

Bukan aku tak tahu dia sedang menyimpan perasaan terhadap guru fizik kelasku. Kalau ya sekalipun aku tak ada kaitan langsung. Tak cukup lagi ke hidup aku serabut dengan kiriman hadiah dan surat yang diterima hampir setiap hari?

QAYLAWhere stories live. Discover now