KAMEJA yang sama, aku gunakan untuk menutup wajahku daripada disambar api. Aku kena cari alat pemadam api terlebih dulu. Api terlalu marak. Tong silinder biru diambil. Aku goncang alat itu sehingga jarumnya beralih ke warna hijau.
Debu putih bersembur keluar daripada nozzle. Api reda, aku tendang pintu makmal yang sudah terbakar hangus. Memercik apinya ke udara namun sempat aku elak ke belakang. Aku dengar suara orang batuk.
"Kau okay tak!" laungku menandingi deru bahang api.
"Siapa tu? Tolong aku! Tolong kita orang!" aku terus berlari ke arah datangnya suara tadi.
Kaki terpahat. Mataku bertakung air jernih. Buku lima digenggam rapat. Jantungku berdetak maha kuat. Dada berombak tinggi. Nafas hilang aturan. Sejukur jasad milik Hashry yang terbaring lemah betul-betul telah menjentik jiwa halusku.
"Qayla! Tolong aku! Lily!" Rozana. Aku lihat Lily langsung tak sedarkan diri. Lengannya berdarah.
"Kau keluar cepat!"
"Tapi dia orang...,"
"Aku cakap keluar sekarang! Kau nak mati ke!? Fire extinguisher lain dah takda! Cepat!"
Rozana menangis lalu terus keluar dari makmal fizik. Memandangkan Hashry tak cedera, mungkin pengsan kerana terhidu asap, aku dukung Lily keluar dari makmal terlebih dulu.
"Papah dia sampai bawah! Cepat sebelum api merebak lagi!" Rozana hanya menurut tanpa bantahan.
Aku bergegas mendapatkan Hashry di dalam. Aku belek seluruh tubuhnya, lega sebab tiada cedera teruk. Hanya luka kecil.
"Ash tolong bangun! Bangun sayang.. tolong..," aku tampar halus pipinya berkali-kali sambil menahan air mata yang sedang menunggu masa saja untuk gugur. Akhirnya. Ada respons.
"Ash sayang.. help yourself.. orang tak cukup kuat nak angkat Ash. Come to your sense. Please."
Dia terbatuk kecil. Mata terkedip-kedip. Aku terus angkat lengannya ke belakang tengkuk, manakala tangan kanan menyokong pinggang dia. Sampai di pintu, api meletus kecil menyebabkan sebatang kayu jatuh.
Pantas aku menolak jasad Hashry ke depan, keluar dari makmal, lalu menepis kayu itu dengan tangan. Aku memapahnya sampai di tangga. Rozana masih di situ.
"Apa kau tunggu lagi!"
"Kepala aku pening..," dari kerut wajahnya pun aku boleh baca.
Bukan saja dia, kepala aku pun sudah mula rasa berat tapi aku tak tahu kekuatan dari mana yang beri aku ketahanan sehingga mampu menyelamatkan mangsa-mangsa tadi.
Nasib baik tidak ramai lelaki yang terperangkap. Hanya dua orang termasuk Hashry. Lebih kurang lima belas meter jauh dari bangunan, aku baringkan Hashry yang kembali pengsan di lantai.
"Ash bangun. Ash!" tiada sahutan. Aku menekan sternum Hashry tiga puluh kali namun tiada respons. Kepala didongakkan. Hidung dipicit.
"Apa kau nak buat!?" mulutku dan mulut Hashry bersatu. Dengan kudrat yang ada, aku hembus nafas melalui mulut sekuat hati. Masih tiada respons.
"Sayang please!" tak lagi aku peduli dengan siapa yang ada di situ. Yang penting aku mahu Hashry sedarkan diri.
Air mata menunggu masa nak jatuh. Tak! Aku takkan menangis di depan Rozana atau Lily atau Hashry sekali pun. Dadanya aku tekan lagi tiga puluh kali lalu diikuti dengan dua hembusan CPR. Seminit kemudian, Hashry terbatuk.
Ah.. akhirnya. Kedengaran aku menghela nafas lega.
"Cepat! Pergi padang!" walaupun kebingungan mereka tetap menuruti arahanku. Lily didukung dengan langkah terburu-buru. Sempat aku pandang sekilas bangunan makmal yang sudah terbakar sepenuhnya.
Jasad Lily dibaringkan di atas permukaan padang. Semua pandang dengan riak cemas. Mangsa lain pula ada yang masih pengsan, ada juga yang sudah sedar.
Suasana kembali bingit. Ergh sumpah merimaskan. Tiba-tiba cikgu Hairi muncul. Dia belek figura Lily yang tidak sedarkan diri.
"Apa kau buat kat dia? Kau bunuh dia!?"
"Kau diam!" lantang aku pekik di tengah-tengah padang di depan semua orang, memarahi cikgu Hairi alias pengetua Cliste High School.
Tak lagi aku peduli akan pangkat atau umurnya. Mahu dikata aku tak tahu erti hormat? Silakan. Aku tidak hidup untuk memuaskan hati sesiapa. Nak cari gaduh pun salah waktu. Ugh.
"Lily! Lily! Bangun Lily!" pipinya aku tampar halus. Tiada respons. Lengannya berdarah teruk. Kameja yang tak dibutang, aku tanggalkan dari tubuh lalu mengikat lengannya untuk menghentikan pendarahan. Dadanya aku tekan 30 kali diselangi dua hembus CPR. Tiada respons.
"Kenapa Lily tak bangun!?" Rozana mula emosi. Argh mana ambulans ni?
"Hei! Apa-apa jadi pada Lily, kau bertanggungjawab!" aku ketap rahang.
Aku meramas rambut sambil menahan rasa marah pada cikgu Hairi. Apa yang patut aku buat? Macam mana kalau Lily mati? Adakah aku dipersalahkan sebab lambat bantu dia keluar?
Aku terpandang sesuatu.
"Kenapa kepala dia berdarah?"
"Masa aku dukung dia, kaki aku tersadung lepas tu kami jatuh."
"Bodoh! Kenapa tak bagitahu aku!" mata meliar cari sesuatu. Terpandang seorang junior lelaki.
Aku terus buka baju T sukannya di situ. Baju digumpal lalu aku tekan pada punca pendarahan. Lembab juga otak aku sekejap sebelum bertindak begitu. Aku toleh ke sisi. Hashry memandangku.
"Pegang." Dia menurut. Aku periksa nadi di leher Lily dengan dua jari. Denyutnya terasa. Aku ambil pen yang sedia terselit pada baju Hashry. Hujung pen diputar. Menyala satu lampu. Aku suluh ke dalam mata Lily. Lampu ditutup semula.
"Hei apa yang kau buat tu? Jangan buat-buat tahulah!" Pen tadi aku tekan pada kawasan lunula di ibu jari Lily. Masih tiada respons.
"Call ambulans dan bomba!"
"Aku dah call." Jawab salah seorang pelajar.
Aku buntu. Tak tahu nak bantu macam mana lagi. Aku takut tersalah pegang, nanti lain pula yang jadi. Terpandang mangsa lain yang masih pengsan, aku terus bangun.
"Kenapa tak cuba sedarkan dia orang!?" aku pandang mereka. Diam. Aku terus mendapatkan empat orang pelajar dan seorang guru yang tidak sedarkan diri. Aku seru nama mereka seorang demi seorang tapi tiada sebarang sahutan.
"Apa yang kau orang tercegat lagi! Cepat cari air!" lambat-lambat lelaki yang aku ambil bajunya tadi bersama dua orang temannya berlari ke koperasi.
Aku aplikasikan lagi bantuan cardiopulmunory resuscitation (CPR). Tiga puluh kali tekanan di dada diselangi dua hembus bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Lelaki tadi datang dengan beberapa botol mineral.
"Tolong aku sedarkan dia orang," mereka bertiga menurut.
Aku beralih ke arah guru perempuan. Cikgu Airin yang juga mengajar subjek kimia di kelasku. Nadi diperiksa. Lega, dia masih bernyawa. Aku seru namanya berkali-kali. Tiada respons. Bantuan CPR sekali lagi aku beri.
Selang dua minit, cikgu Airin terbatuk. Aku hembus nafas lega. Pandang sekeliling, mereka hanya berdiri dan tengok.
"Bodoh sangat ke korang ni? Cepat la cari first aid!" gesaku lagi dalam suasana tegang.
"Aku pergi ambil kat bilik guru."
Lelaki yang sama berlari untuk mengambilnya. Aku mendapatkan Lily semula. Baju T di kepala sudah penuh dengan darah. Wajah Lily pusat lesi. Aku betul-betul panik. Ambulans. Tolong datang cepat.
YOU ARE READING
QAYLA
Teen Fiction[High School Series] #1 Aku tak bergaul dengan orang, selalu menyendiri, tidak banyak bercakap dan tak ada kawan. Tapi itu tak menghalang aku daripada menjadi tumpuan di Cliste High School. Oleh kerana aku selalu berperangai seperti sekolah itu bapa...