Aku menelan air liur perit sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik tahanan yang bakal aku huni untuk dua jam.
Ketiga tiga lelaki yang berada di hadapan aku memandang serentak. Aku tersenyum kekok sebelum memandang sekeliling.
Kemudian, aku bergerak ke kerusi yang tersedia di meja bulat yang mereka bertiga duduki itu.
Mereka bertiga mula melakukan kerja mereka semula. Aku melepaskan nafas lega.
Kenapalah aku boleh terpakai gelang emas? Nasib cikgu suruh simpan dalam beg. Kalau cikgu simpan lepas tu hilang, tak ke naya? Aku mengeluh kecil.
Bosan betul. Kalau Syaf ada kan seronok. Boleh kami membawang. Boleh pula dia jadi budak baik hari ni. Kalau tak, mesti dia pun ikut aku masuk bilik ni.
Aku memandang sekeliling. Tiada apa yang dapat aku buat. Lagi lagi bila aku seorang sahaja perempuan dalam bilik ni.
Wajah lelaki lelaki itu aku pandang satu persatu. Yang pertama dari kanan. Junior aku. Pelajar tingkatan 3. Alif Arsyad. Aku tak berapa tahu sangat pasal dia. Dengar cerita, dia tengah jadi salah seorang couple terhangat dekat batch diorang.
Sebelah dia, senior aku. Pelajar tingkatan 5. Wafiy Hilman. Pendiam. Tapi, aku pasti dia ni orang yang suka memerhati sekeliling. Senang kata, dia peka dengan apa yang jadi di sekeliling dia.
Akhir sekali. Batchmate aku. Tingkatan 4. Ammar Hakimi. Aku tak hairan langsung dia masuk bilik ni. Bilik ni pun dah macam rumah ke dua dia. Dia ni lah budak nakal terkenal dekat sekolah.
Adakah aku ni sangat bertuah sampai di kelilingi tiga orang lelaki hensem sekali gus? Macam mana aku tahu nama dia orang? Huh, siapa je tak kenal mereka. Semua terkenal sebab rupa. Ceh, tengok rupa je lebih. Hati belum tahu lagi. Tapi, hanya seorang je yang aku suka. Wafiy Hilman.
Pang!
Dan sekarang, aku terkedu. Sebab apa? Aku terjatuh dari kerusi dan ketiga ketiga mereka memandang aku pelik.
Aku cuba untuk bangun. Tapi, belakang badan aku terlalu sakit untuk bangun dengan sendiri. Tambah lagi dengan di kelilingi ke tiga tiga lelaki itu.
"Aduh. Macam mana nak bangun ni?" Aku mengeluh kuat. Aku memandang sekeliling.
"Kau okay tak?" Aku memandang orang itu lama. Dia tanya aku okay ke tak? Macam tak boleh percaya je.
"Ta-"
"Nah, i don't care." Dia atau patut aku panggil Ammar pergi semula ke tempat duduknya. Aku menjeling dia geram. Lelaki tak guna!
"Ya Allah! Aidan Alisa. Kenapa dengan awak ni?" Aku mengeluh lega apabila melihat guru disiplin perempuan itu datang tepat pada masa.
"Cikgu, sa-"
"Mereka buli awak ye? Dah agak dah. Kamu bertiga ni kenapa suka sa- " Aku memberhentikan percakapan cikgu dengan mengerang kesakitan.
"Cikgu. Belakang saya sakitlah. Saya nak pergi klinik sekolah." Cikgu Suraya mengangkat aku dengan keluhan kasar. Dia tahu yang aku sengaja buat begitu.
"Cikgu. Saya sendiri yang jatuh dari kerusi. Diorang tak salah pun." Aku berkata sebaik sahaja kami keluar dari bilik tahanan.
"Apa yang awak buat sampai boleh sakit sampai macam ni sekali?" Aku hanya tersengih sahaja. Takkanlah aku nak bagitahu yang aku tengah fikir pasal Wafiy kot?
"Cikgu. Diorang buat apa sampai masuk bilik tahanan?" Aku saja bertanya pada Cikgu Suraya. Lagipun, aku ni di kira anak emas cikgu cikgu.
"Ammar macam biasa. Ponteng kelas. Wafiy pukul junior sampai lebam. Arsyad pula bawa telefon ke sekolah." Aku terkejut. Wafiy pukul junior?
YOU ARE READING
Aidan Alisa [C]
Teen Fiction[Teen Fiction X Romance] Our love is complicated. Yet, it feels right. 𝐂𝐚𝐮𝐬𝐞, 𝐭𝐡𝐞𝐲 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐮𝐬. Start: 26 October 2020 End: 23 June 2021