SEDANG menunggu Qisha Qaisara membancuh air, tangan Qaliff Yusuf pantas mencapai beg galas Qisha Qaisara. Niatnya hanya mahu mengambil buku teks Bahasa Malaysia, namun perhatiannya tertancap pada sebuah buku nota saiz A5 berkulit keras dan berwarna putih corak bunga halus.Buku apa ni? Diari ke? Sudah 17 tahun pun masih ada diari? Kutuk Qaliff Yusuf dengan tawa kecil lantas helaian pertama diselak perlahan.
I wish I could tell you what my heart is feeling
But I lost my words, everytime
My tongue became numb and my mind goes blank
Everytime you're around, I hide my true self
I act nothing so that awkwardness won't fill the air
And the only thing that keeps me happy is that you always there
No matter what you see me as...
- 12/3/2017 -Berkerut seribu dahi Qaliff Yusuf membaca bait aksara yang terlakar. Bercintakah Qisha Qaisara? Tapi dengan siapa? Kenapa dia tidak pernah tahu-menahu?
Qaliff Yusuf semakin diasak pelbagai persoalan. Helaian seterusnya diselak lagi untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapa yang dimaksudkan oleh Qisha Qaisara dalam diari itu.
I admire your laugh in silent
I like the way you tease
I love it when you fill my day with laughter
I love when...Ralit meneruskan bacaan, bahu Qaliff Yusuf sedikit terhenjut dengan sergahan dari Qisha Qaisara. Dia tidak sedar pula bila masa gadis itu naik.
"Qaliff! Kau buat apa?!" Terjerit kecil Qisha Qaisara setelah meletakkan dulang di atas meja. Matanya membulat apabila melihat diarinya yang sedang berada di tangan Qaliff Yusuf. Laju dia menerpa dan kembali merampasnya.
Qaliff Yusuf tercengang. Terkebil-kebil dia melihat Qisha Qaisara yang memekik padanya. Apa yang hendak dimarahkan sangat pun dia tidak faham.
"Kenapa kau kacau barang aku?!" Soal Qisha Qaisara bengang.
"Janganlah marah, aku nak ambil buku teks Sejarah je pun tadi."
"Habis tu, yang kau pergi usik buku lain tu dah kenapa?!" Qisha Qaisara masih lagi dengan ton amukannya.
Mana dia tidak mengamuk, buku itu amat rahsia baginya. Yang Qaliff Yusuf pandai-pandai ganggu privasi dia kenapa? Kan angin puting beliungnya sudah keluar menunjukkan rupa.
"Alaa... sorrylah Sara, aku tak sengaja. Selalunya kau tak marah macam ni pun." Kata Qaliff Yusuf serba salah.
"Sara, Qaliff, kenapa ni?" Tegur Puan Humaira dengan telekung yang masih tersarung. Dia yang baru sudah menunaikan kewajipan bergegas keluar kerana mendengar pergaduhan yang agak kuat di ruang tamu. Sampai ke dalam biliknya terdengar, itu yang dia keluar mahu melihat apa yang telah terjadi.
"Sara dahlah tu, aku dah minta maaf kan?" Pinta Qaliff Yusuf mengharap apabila wajah gadis itu masih lagi tegang. Pertanyaan uminya dibiarkan sepi.
"Qaliff buat apa ni sampai Sara marah?" Kenal benar dengan perangai anak terunanya seorang ini, kuat menyakat.
Qisha Qaisara yang melihat kerisauan terserlah di wajah wanita berumur itu, lantas menjawab. "Tak ada apa aunty, sorry kacau aunty solat."
Helaan nafas dihembus kasar. Hati yang sedang bercempera segala rasa cuba dikawal sebaik mungkin. Disebabkan enggan membuat onar dan bergaduh di hadapan Puan Humaira, Qisha Qaisara tegarkan hati menghabiskan sesi ulang kaji kendatipun rasa janggal mula menghuni diri.
Entah sampai mana Qaliff Yusuf sempat membaca isi di dalam diarinya dan entah apa yang ada di fikiran lelaki itu. Ah! Persetankan, dia tak mahu tahu.
YOU ARE READING
Penantian Yang Bersisa
RomanceBerkawan tak semestinya bercinta, rapat tak bermakna saling suka. Begitu jugalah ceritera Qisha Qaisara dalam menyembunyikan sebuah rasa. Bagi dirinya, cukup mencintai si dia dalam diam tanpa ada orang yang tahu selain aku dan Tuhan. Jika ini adalah...