BAB 19

88 5 0
                                    


"SARA, makanlah. Ingat dengan termenung tu, makanan boleh masuk sendiri dalam mulut ke?" Tegur Ariyani apabila melihat makanan Qisha Qaisara masih belum berusik. Gadis itu asyik termenung dari tadi. Entah apa masalah dunia yang difikirkan, dia juga tidak tahu.

"Sara? Dengar tak ni?" Nada Ariyani dinaikkan sedikit sambil tangannya melambai-lambaikan di depan muka Qisha Qaisara apabila dilihat gadis itu masih hilang dalam dunianya sendiri.

Disebabkan tiada sahutan, Ariyani menepuk meja kuat. "Hoi!"

"Oi! Oi mak hang kelabu!" Latah Qisha Qaisara akibat disergah secara tiba-tiba.

Beberapa pasang mata yang memandang ke arahnya sudah galak mentertawakan. Dan kerana rasa malu yang hadir, Qisha Qaisara mempamer sengih janggal sebelum wajahnya ditunduk segan. Lengan Ariyani dipukul lembut, geram dengan gadis itu yang kelihatan seperti sengaja terkejutkannya

"Sara kata mak Yani kelabu?" Ariyani pura-pura menyoal dengan tawa yang tertahan.

"Tak... hish! Yani lah ni, buat Sara terkejut je." Qisha Qaisara mencebik. Mi di dalam mangkuknya yang masih tidak berusik, digaul dengan penyepit kayu.

"Sara tu, berangan je kerja. Yani panggil puluh kali pun tak menyahut, itulah makan dia" Balas Ariyani tanpa riak bersalah kerana telah menyergah rakan sepejabatnya itu.

"Ermm... Yani, Sara nak tanya sikit boleh?"

"Tanya apa tu?"

"Yani kan dah lama kerja sini? I mean, boleh tahanlah kalau nak dibandingkan dengan Sara yang baru beberapa bulan ni."

"Okay... why?"

"Selama Yani kerja dekat sini, pernah tak nampak bos kita dengan mana-mana perempuan?" Risik Qisha Qaisara cuba mengorek rahsia.

"Selalu je, kenapa?"

Qisha Qaisara menelan air liur yang terasa payau. Selalu? Amboi... sejak bila Muhammad Qaliff Yusuf bin Hilman ni pandai jadi kasanova? Sudah hilangkah 'title' setia dalam namanya? Tapi apa yang mahu diherankan, sejak mereka di bangku sekolah lagi Qaliff Yusuf memang sudah digilai ramai. Sampai kadang-kala dia turut terbabit sama dalam menjadi mangsa amukan gadis-gadis.

"But mostly Yani rasa tu semua kawan-kawan dia. Kawan-kawan masa dia belajar dululah kut. Tapi kan... kawan-kawan perempuan dia semua, fuhh letups mat! Dari hujung rambut sampai hujung kaki." Cerita Ariyani dengan ekspresi berlebihan.

Qisha Qaisara tergelak kecil melihat gaya bercerita Ariyani yang seakan makcik bawang. Beria betul dia kalau bab begini. Dah macam Deeja pula perangainya, memang dua kali limalah mereka berdua.

Kelakar, kelakar juga. Tapi tak dinafikan apa yang diperkatakan oleh Ariyani itu, dia juga setuju. Lihat sajalah penampilan gadis yang datang tadi, persis model pun ada.

Nampaknya makin jauhlah nama Qisha Qaisara merudum dalam mendapatkan sekeping hati milik Qaliff Yusuf. Ini kalau ada markah seperti dalam ujian peperiksaan, mungkin dia di antara yang tercorot. Haih...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 12 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Penantian Yang BersisaWhere stories live. Discover now