BAB 2

80 6 0
                                    


BUNYI loceng bergema menandakan waktu rehat telah tamat. Seusai mengisi perut, Qisha Qaisara dan Yasmin Rania mula menapak untuk kembali ke kelas.

Sedang elok berjalan, tiba-tiba suara terjahan dari arah belakang memberhentikan langkah mereka. Serentak kedua mereka berpaling mencari wajah si empunya suara.

Sebaik pusing sahaja kepala, terpampanglah muka Qaliff Yusuf dan Hayder yang tersengih menayang barisan gigi.

"Hai, Rania." Sapa Qaliff Yusuf mesra.

Yasmin Rania hanya membalas dengan senyum nipis.

"Amboi kau, bukan main lagi ya? Pantang betul nampak perempuan, laju aje kau nak menggatal." Sindir Qisha Qaisara, matanya dijuling ke atas tanda menyampah.

"Aduh, tak support member siut kau." Rungut Qaliff Yusuf dengan muncung sedepa. Geram dengan Qisha Qaisara yang menjatuhkan sahamnya di depan gadis idaman.

"Tak payah layan dia ni Nia, playboy!" Kutuk Qisha Qaisara selamba, menghalang Qaliff Yusuf dari melancar taktik ingin mengorat rakan sekelas mereka. Mamat ini kalau tidak dihalang, dengan semua perempuan dia mahu tebar pesona. Silap haribulan, ada yang menangis kerana dipermainkan.

"Eh, kau janganlah hasut dia. Apa salahnya aku dengan Nia? Playboy ni boleh bertukar setia tau kalau dengan orang yang tepat." Ujar Qaliff Yusuf membela diri.

Kecoh bertekak, kini Zafran pula menyampuk.

"Tak apa Sara. Kalau Qaliff dengan Nia, kau dengan akulah." Usul Zafran dengan tawa suka. Senyumnya sudah menyeringai lebar, terhibur dengan usikan nakal sendiri.

Yasmin Rania yang mendengar turut ketawa.

"Eh kau, nak try-try kawan aku pula." Sanggah Qaliff Yusuf tidak setuju bila Zafran kelihatan ingin masuk jarum mencuba nasib. Boleh tahan hidung belang mamat ni, Si Sara pun hendak ditibainya. Monolog Qaliff Yusuf dalam hati.

"Eleh, biarlah. Kau boleh, tak akan aku tak boleh? Yang kau nak jealous apa hal? " Duga Zafran aneh dengan kata-kata Qaliff Yusuf yang berbaur cemburu.

"Eee tak kuasalah nak jealous, meluat lagi ada." Balas Qaliff Yusuf jengkel.

"Alaa... kira adil lah tu bro. Kau ambil Nia, aku ambil Sara. It's a fair-fair situation." Cadang Zafran masih tak mahu kalah.

"Eee tak malu! Yang kau orang beria pilih-pilih ni, ingat kita orang nak ke? Sudahlah, jom Nia." Tukas Qisha Qaisara malas hendak melayan. Makin dilayan, makin menjadi-jadi. Ditinggalkan saja kedua lelaki itu terpinga-pinga. Lengan Yasmin Rania kemudiannya dicapai dan dipeluk seraya menarik tubuh gadis itu agar mengikuti langkahnya.

Penantian Yang BersisaWhere stories live. Discover now