BAB 11

69 7 0
                                    


KEJANGGALAN menguasai diri Qaliff Yusuf dan Qisha Qaisara apabila keduanya saling bertentang mata. Lidah terasa kelu untuk memulakan bicara. Mana tidaknya, mereka sudah terlalu lama tidak bersua muka sejak pergaduhan besar di hari terakhir persekolahan. Ditambah pula dengan waktu yang tak mengizinkan, masing-masing hanyut membawa diri menyambung pelajaran.

"Sara," Seru Qaliff Yusuf menghadiahkan senyum nipis buat gadis yang sedang berdiri di hadapannya kini. Dia terlihat sangat cantik dan ayu sekali dengan jubah dan shawl hitam yang bertahtakan swarovski. Lain benar dengan Qisha Qaisara yang dia kenal semasa di zaman sekolah.

"Qaliff,"

Qisha Qaisara kelihatan kelu lidah tak mampu bersuara. Sungguh dia rindu untuk mendengar suara lelaki itu. Ketawa riangnya, lawak bodohnya serta usikan nakalnya menjadi igauan dahulu kala.

Qairul Amar yang melihat si adik bongsu tidak berkutik merenung Qaliff Yusuf, terdetik niat di hati ingin mengusik. "Aik, cinta lama berputik kembali ke?" Sakatnya dengan nada berbisik. Qaisar Amir yang berdiri di sebelah dan mendengar usikan itu, turut tersengih nakal. Bukan mereka tak tahu yang adiknya ada menyimpan perasaan buat lelaki itu. Satu sekolah tahu mereka rapat serupa belangkas, bohong jika katakan mereka hanya sekadar teman. Dan disebabkan jurang umur yang tidak jauh, ada jugalah Qairul Amar dan Qaisar Amir mendengar desas-desus gossip yang tersebar.

Qisha Qaisara mendengus halus. Kalau ikutkan hati, memang dia rasa ingin tumbuk sahaja muka abang-abangnya ketika ini, tapi memandangkan mereka di rumah orang, jadi dikubur saja niatnya. Kalau tidak, sudah lama lebam dua jejaka itu.

"Cik Naz sihat? Apa khabar?" Sapa Qaliff Yusuf. Spontan tangan naik menghulur salam. Kedatangan keluarga Encik Nazri disambut mesra.

"Macam inilah Qaliff, sihat orang tua."

Qaliff Yusuf tertawa halus, dia mengangguk kecil sebelum menjemput mereka sekeluarga untuk masuk.

Sebelum mengikuti langkah emak dan ayahnya yang sudah menapak ke dalam rumah, sempat Qairul Amar mengenyitkan sebelah mata pada Qisha Qaisara sekaligus meninggalkan si adik dengan 'sahabat' lamanya berduaan di luar.

Hilang kelibat ahli keluarganya, Qisha Qaisara tiba-tiba kaku tidak tahu cara untuk memulakan perbualan. Beberapa detik jeda, akhirnya Qaliff Yusuf yang mulai duluan.

"Lama tak jumpa."

"Err... ha'ah, itulah." Balas Qisha Qaisara sambil tertunduk.

"Kau sihat?" Tangan Qaliff Yusuf naik mengelus belakang leher. Rasa aneh mula bertandang di hati, bercampur dengan rasa janggal dan gembira berjumpa dengan kawan lama.

"Sihat Alhamdulillah, macam ni sajalah." Sepatah ditanya, sepatah juga yang dijawabnya. Situasi yang canggung membawa kepada ketandusan idea mahu memperpanjang perbualan. Qisha Qaisara cuba untuk berlagak biasa. Tapi detak hatinya seakan tidak dapat menerima arahan dengan baik. Anak-anak kecil yang berlari ke sana sini dipandang bagi mengelakkan pertembungan mata dengan Qaliff Yusuf.

"Liff, Sara, apa borak dekat luar tu? Tahulah rindu lama tak jumpa, kut ya pun mari masuk dulu. Sambung borak dekat dalam." Tegur Puan Humaira di muka pintu bersama senyuman.

"Baik umi." Tanpa sedar, mereka menjawab serentak. Dan perkara itu buat keduanya saling menatap sebelum tertunduk menekur lantai. Puan Humaira apa lagi, makin lebarlah seringainya. Suka melihat dua insan itu yang menurutnya bagai pinang dibelah dua.

Terasa bahang wajah Qisha Qaisara saat ini. Malu tak usah dicakap, rasanya kalah tomato dengan rona wajahnya tika ini.

Tidak mahu berlama-lama tersekat dalam keadaan itu, Qisha Qaisara pantas mendekati Puan Humaira dan dikucup mesra tangan tua wanita yang sudah biasa dipanggil dengan gelaran 'umi'.

Penantian Yang BersisaWhere stories live. Discover now