Pada tahun 1985—
Kelihatan ada seorang gadis cantik dan tampak muda bernama Son Anna yang tengah merenung lama sebuah Diamond yang bersaiz sederhana terletak didalam bekas yang diperbuat daripada kaca lut sinar . Jari jemarinya sibuk mengetuk berkali-kali meja kecil yang diatasnya disarung dengan kain berwarna merah hati .
Tap—
Tengah dia termenung memandang Diamond yang bersinar-sinar itu , tiba-tiba gegendang telinga miliknya tertangkap pada sebuah bunyi yang datang daripada arah kawasan luar perumahan agamnya . Ia daripada arah balkoni biliknya .
" eo ? Nuguya ? " omel Anna perlahan sambil dahinya dikerut hairan , daripada ruangan balkoni biliknya sahaja dia sudah perasan akan ada sebuah bayangan seseorang yang tengah mengaduh perlahan . Siapa pula insan yang telah masuk ke dalam tempat dia ni .
Ahh , tak boleh jadi ini mesti orang yang telah menyelinap masuk didalam kawasan perumahan dia tanpa pengetahuan sesiapa pun . Dengan perasaannya yang ingin tahu , Anna bingkas berdiri daripada duduk dan dia memegang dua belah sisi baju gaunnya yang berwarna putih berhiasan pelbagai corak , untuk tidak sukar apabila dia mahu berjalan , dek kerana gaun tersebut agak panjang sampaikan mencecah lantai .
Anna mengorak langkahnya mahu menghampiri ke arah bayangan seorang yang berada diruang balkoninya . Tatkala tiba di situ , terus dia menyelak langsir tersebut dan sekarang dia sudah nampak lebih jelas wajah insan tersebut , seorang lelaki yang berwajah agak kacak tengah mengurut kakinya yang sakit itu .
" kau siapa ? Dan kenapa kau boleh berada dekat sini ? Kau tak tahu kah ini tempat aku dan tiada sesiapa pun yang dibenarkan masuk .. Jika ada orang berani jejak kaki dekat sini , pasti akan dikenakan hukuman ," tegas saja suara Anna menegur lelaki tersebut , dia memeluk tubuh sambil anak matanya menikam tajam susuk tubuh lelaki itu .
Lelaki yang berpakaian kemeja putih bersih dengan blazer nya yang berwarna kelabu itu , sedaya upaya cuba untuk membangkitkan dirinya walaupun kakinya berasa kejang . Bunyi rintihan perlahan keluar daripada mulut si lelaki kacak itu . Dia memandang wajah cantik Anna sambil menarik senyuman manisnya .
" saya tak berniat pun nak masuk kawasan awak , saya masuk sini pun dengan bersebab , saya cuma nak ambil barang saya yang telah memasuki didalam kawasan awak saja .. "
" dan maaf sebab saya masuk ke sini tanpa minta keizinan tuan rumah , maafkan saya .." terang lelaki itu sambil memohon maaf atas kesilapannya , Anna memandang sebuah kapal mainan yang berada diatas lantai . Mungkin sebab itulah dia terpaksa masuk menyelinap kawasan sini sebab nak ambil benda tu saja . Fikir Anna sambil tersenyum sinis .
" kalau awak nak hukum saya pun , saya tak kisah .. Sebab saya mengaku ini kesalahan saya sendiri " kata lelaki itu lagi , langsung dia tak memandang wajah Anna yang kurang jauh jarak daripada dia tu . Sebab rasa meremang bulu roma tatkala bertentangan mata dengan iris Anna yang berwarna kemerahan seperti drakula .