Beberapa tahun kemudian—
Seorang lelaki yang berpakaian kemeja kemas bersama dengan blazer miliknya yang berwarna hitam yang disandang pada lengan tangannya , dia mengheret beg bagasinya keluar daripada kawasan tapak lapangan penerbangan dan menujui ke arah sebuah kenderaan berwarna hitam yang daripada tadi menunggu akan kehadirannya pulang ke tanah air semula .
" Kim Junkyu ! Kawan aku ! " teriak seorang lelaki yang keluar daripada perut kereta itu , lantas dia berlari mendapatkan kawannya yang sudah lama tidak berjumpa itu . Terus tubuh lelaki yang bernama junkyu itu dijadikan mangsa pelukkan erat olehnya menyebabkan lelaki tu tak dapat nak bernafas dek kerana kekurangan oksigen . Sudahlah dia peluk macam nak bunuh orang je serupa eh .
" yah , jihoon sshi—tak pasal-pasal aku mati dekat sini sebab lemas dengan pelukkan kau tu " kata junkyu lalu jihoon pun melepaskan pelukan eratnya itu , dia tersengih seperti kerang busuk .
" ahh mianhae , aku ni melebih-lebih pula .. Tapi—aku rindu kau wei , akhirnya kau pulang juga dekat sini .. Mesti seronokkan duduk dekat sana , aku ni kau ingat ke tak ? Kau ni dahlah tak telefon aku langsung .. Suka sangat buat hidup aku ni sendu .. " bebel jihoon dalam nada suaranya yang kedengaran seperti tengah merajuk , bibirnya dimuncungkan .
" ala kau ni , aku dekat sana busy lah dan masa lapang pun kurang je .. Tu sebab aku tak dapat nak call kau tanya khabar , kau kena faham wei .. Aku dekat sana asyik belajar-belajar sampai lah mata aku jadi macam ni .. " lalu junkyu menanggalkan cermin mata berwarna hitam miliknya , dan terjelaslah bawah matanya terdapat lingkangan hitam bahkan seperti panda . Dan inilah menunjukkan yang dia belajar sepanjang hari , masa rehat pun singkat saja .
Jihoon yang memandang akan perkara yang berlaku dekat kawan dia tu , terus menekup mulutnya dan ketawa perlahan . " kesian kau dah serupa macam orang tak cukup tidur , i mean kau serupa macam mayat hidup .. Hahaha ! " dia cuba nak menahan ketawa namun terus tersembur ketawaan dia tu . Jihoon ni memang perangai macam tu , kuat membahan orang daripada dulu mereka kenal lagi . Dan suka ejek-ejek .
"—ahh , lantaklah sekarang ni jomlah kita balik .. Mesti diorang tengah tunggu aku " ajak junkyu yang sudah menyampah dengan perangai jihoon , malas nak layan dia sangat tu . Nanti lagi lebih pula dia mengenakan orang .
" okey-okey jom ! " jihoon dengan perasaan terujanya terus berlari masuk ke dalam perut kereta semula , junkyu pula letak beg bagasinya dalam bot kereta dan terus masuk ke dalam kereta . Kereta yang dinaiki oleh mereka berdua terus meluncur ke atas jalan semula meninggalkan kawasan situ .
Daripada jauh , ada sepasang mata yang daripada tadi asyik memerhatikan gerak geri junkyu sehinggalah lelaki itu beredar daripada situ .
" itulah anak lelaki kim jinheon , dia dah pulang ke tanah air semula—jadi bagaimana Cik Anna nak ambil budak lelaki tu ? " tanya seorang lelaki berpakaian kemas yang duduk di seat memandu . Gadis yang bernama Anna itu hanya merenung keluar tingkap sambil memikirkan sesuatu .