Keesokkan harinya merupakan hari pertama junkyu bekerja menjadi sebagai pengurus di Hotel Diamond star . Disebabkan ini hari pertama dia mulai bekerja disana , jadi junkyu bangun terlebih awal daripada hari sebelumnya kerana dia masih ingat lagi pesan gadis itu yang merupakan pemilik hotel dan juga bos besar kepadanya nanti . So , tak naklah rosakkan hari pertama dia , nanti kalau datang lewat tak sia-sia dibuang kerja pula ataupun kena bebel seperti bos-bos yang lain .
Junkyu memandang setiap penampilannya yang sudah terjelas terpapar didalam cermin yang bersaiz sederhana yang tertampal pada dinding biliknya . Junkyu mengenakan pakaiannya dengan kemeja putih dan sut berwarna coklat susu . Manakala rambutnya disikat menjadi lebih macho ? Handsome ? Gitu—
Iyelah ini kan hari pertamanya masuk kerja semestilah kena berpakaian smart-smart belaka lepastu semuanya nampak kemas bila dilihat oleh orang kalau boleh nak dipuji juga—, biar nampak yang dia ni betul-betul pekerja dekat situ , kang kalau dia pakai baju biasa je nampak sangat hidup tak ada fashion - bak kata hyunsuk .. Hehe—
Junkyu tersenyum lebar menandakan dia berpuas hati dengan penampilannya sekarang , tak melebih-lebih pun dan hanya nampak simple present saja . Lalu dia junkyu mula menapak keluar tatkala dia sudah menyiapkan dirinya . Agaknya kawan dia yang lain dah bangun ke belum ? Dengar macam sunyi menyepi je . Ke masing-masing tidur mati ni—
Petang nanti barulah nak bangun bagai .. Matahari dah terpancak atas kepala pun masih tak bangun lagi , eh wait—rasanya dia tengah sindir diri sendiri je nampaknya..Junkyu menghayunkan langkahnya menuruni satu per satu anak tangga untuk ketingkat bawah untuk sarapan pagi sebelum dia masuk kerja . Kang kalau tak makan pula , memang terpaksalah nak menahan diri daripada lapar dan dahaga , ceh dah serupa macam tengah berpuasa pula ..
Disaat tiba ditingkat bawah , kelihatan jeongwoo dan junghwan yang tengah duduk berduaan dekat ruang makan sambil diorang tengah mengunyah roti sandwich yang dibuat oleh jihoon dan Doyoung . Kau bayangkan lah macam mana rupa sandwich yang jihoon dengan Doyoung buat tu—ada kat youtube .. Teumes tau ni—seperti video dibawah .. For example .. Aku tak tahu sedap ke tak , tengok macam .. Macam .. Apa-apa jelah ann ..
Junkyu menarik kerusi dihadapan jeongwoo dan duduk bersebelahan dengan junghwan yang memang berselera makan tanpa menghiraukan orang sekeliling dia . Jeongwoo memandang junkyu dengan pandangan ' dah kenapa hyung pakai baju lawa-lawa nih , dah mereng ke apa pagi-pagi buta ni ' itu pandangan gerak geri wajah jeongwoo . Manakala jihoon dengan Doyoung yang sibuk buat aktiviti dekat dapur terus terbantut , mereka menoleh ke arah junkyu dengan muka pelik betul .
" ahh aku lupa nak beritahu korang pasal ni , semalam aku diterima bekerja sebagai pengurus dekat Hotel Diamond Star korang mesti tahukan nama hotel tu , lagipun hotel tu berdekatan dekat tempat kita .. " terang junkyu sambil mulutnya sibuk mengunyah roti yang entahlah rasa apa tah—nak muntah balik pun ada juga tapi dia terpaksa telan dengan hati yang rela .. Biarlah tak sedap mana pun janji perut tak kosong.. Bak kata koala junkyu—
" oh—hotel tu .." jihoon mengangguk saja . Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu terus muka dia terkejut , hotel diamond star ..
" APA ! " teriak jihoon tiba-tiba membuatkan bahu mereka terhincut dek terkejut dengan jeritan jihoon dah serupa macam highnote—kalah yedam dengan jeongwoo .. Terus itu jihoon berlari menaiki anak tangga .. Tiba-tiba je dia tu—mereka semua tercengang melihat jihoon yang serupa macam panda+man .. Junghwan yang tengah syok mengunyah terus terkeluar balik roti yang hancur tu .. Disgusting ..
" pahal dowh dengan dia tu , tetiba je nasib tak mampus aku dekat sini " kata Doyoung sambil menggeleng kepala diikuti dengan jeongwoo dan junghwan . Junkyu sekadar mengangkat bahu dan dia bingkas bangun daripada duduk , mahu pergi masuk kerja takut tercicir bas je nanti .
" aku gerak dulu—" junkyu mula mempamitkan dirinya , baru dia nak menguak daun pintu tiba-tiba jihoon turun ke bawah semula dan menghalang perbuatan junkyu yang baru nak buka—terus terbantut bila jihoon mendepa tangan dihadapan dia—" nah , kau simpan benda ni jangan sesekali tinggalkan . Sentiasa ada bersama kau faham—kalau ada apa-apa yang berlaku bagitahu aku awal-awal , jangan simpan saja .. Araesso ? " terang jihoon panjang lebar sambil menyimpan sesuatu ke dalam poket sut milik junkyu . Junkyu mengerut dahinya harian , malas nak layan budak jihoon tu dia pun menapak keluar .
■💎■
" harini kamu semua akan menerima pengganti kepada Encik Byeol dan dia akan menjadi pengurus baru di hotel sini .. Jadi saya minta korang semua boleh beri kerjasama dekat pengurus baru kita.. " jelas Anna sambil memandang setiap pekerjanya dengan muka tegas .
" hurmm , sila perkenalkan diri awak dekat diorang ? "
" ahh , apa khabar semua saya kim junkyu inmida , berusia 21 tahun dan saya merupakan bekas pelajar daripada Australia .. Semoga kita dapat menjadi lebih rapat .. Dan saya harap kamu semua dapat memberi kerjasama sepanjang saya bekerja disini—" junkyu menunduk tubuhnya 90° bermaksud dia menghormati rakan sekerjanya yang baru .
" so , ada apa-apa soalan yang mahu kamu tanya saya ? " tanya Anna lalu memandang semua perkerjanya disitu . Taklah banyak sangat hanya ada 5 orang sahaja kakitangan yang berada dekat situ . Tiga orang lelaki yang nampak agak berusia daripada dia dan dua orang wanita .. Nampak sangat yang dia ni muda lagi daripada diorang , mesti jarak umur jauh ni ..
" tiada apa-apa "balas salah seorang daripada pekerja situ , wanita yang bersanggul kemas dan terdapat satu kad pengenalan yang dipakai oleh mereka semua ..
" kalau macam tu , ambillah masa korang nak berkenalan dan awak—sekejap lagi ikut Encik Byeol , nanti dia akan tunjukkan bagaimana nak urus tempat sini disebabkan awak masih lagi belum terbiasa disini " jelas Anna dan dia pun menampak pergi dengan muka yang kosong , memang kosong je muka dia tu—
" hurmm—junkyu .. Disebabkan awak pekerja yang termuda daripada kami berlima , awak boleh panggil saya jisoo noona .. "
" dan saya chaeyoung noona .."
" saya kim jinhwan , awak boleh panggil saya dalam gelaran hyung .. "
" kami pun .. Jinwoo dan mino .. Hyung je "
" baiklah , noona dan hyung .. Saya akan cuba biasakan diri dengan kamu semua .. " kata junkyu ramah , senyuman yang tidak lekang daripada bibirnya .
" urmm—boleh saya tanya , dekat mana ya Encik Byeol berada ? Maaf kalau menyusahkan awak semua " junkyu tersengih , dia masih belum tahu selok belok dekat hotel ni .. Tu takut je kalau dia tersesat—
" ahh , gwenchana junkyu .. Lagipun awak baru masuk kerja , biar hyung hwan yang bawakan kamu " jinhwan menawarkan dirinya sambil melingkari lengannya pada leher milik junkyu , selambar je dia buat . Padahal itupun tak sampai sangat , rela sebab diri ni pendek .
💎—■TBC