03 :: HDS

145 33 6
                                    

Jauh perjalanan dengan berjalan kaki saja ,  akhirnya junkyu sampai juga dikawasan perumahannya  , baru dia hendak mahu membuka pintu pagar rumah  , tiba-tiba anak matanya tertangkap pada sepucuk surat yang berada didalam kotak peti 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jauh perjalanan dengan berjalan kaki saja ,  akhirnya junkyu sampai juga dikawasan perumahannya  , baru dia hendak mahu membuka pintu pagar rumah  , tiba-tiba anak matanya tertangkap pada sepucuk surat yang berada didalam kotak peti  . Lantas junkyu mengambil sepucuk surat itu dan dia pun masuk ke dalam rumah  .

Daun pintu dikuak olehnya  , sebelum menapak masuk ke dalam junkyu menanggalkan kasut berjenama adidas berwarna biru terlebih dahulu  , takkan dia nak bawa masuk sekali dengan kasut  . Memang kotorlah nanti lantai rumah  , bukan ada sesiapa pun yang nak kemasnya  . Kalau harapkan kawan serumah dia memang tahun depan tak bersih rumah ni  . Sampah dekat halaman rumah pun masih belum dikemas lagi  , pasal ruang tamu tak payah dikatakan lah  . Sepah memang tak boleh dibawa bincang  .

Plastik makanan yang dibeli olehnya diletakkan pada atas meja dapur  . " hyung beli sarapan  " tegur jeongwoo yang baru turun ke bawah dengan dirinya siap berpakaian seragam sekolah .

" haah  , kau makanlah dulu sebelum masuk sekolah  .. Dan budak junghwan tu tak pergi sekolah ke dia  ? "

" entahlah hyung . Mungkin dia cuti kot harini  .. "

" hurmm—" junkyu membalas dengan mengumam  , tanpa melengahkan masa dia pun menaiki satu per satu anak tangga mahu menuju ke arah biliknya yang berada di tingkat atas .

Daun pintu dikuak tatkala dia sudah tiba  , masuk saja dalam biliknya terus junkyu melabuhkan punggungnya di atas sisi katil empuk miliknya dan dengan hati yang tak sabarnya  , terus junkyu membuka sampul surat tersebut sebab daripada muka hadapan saja dia dah nampak yang namanya terpapar dekat situ  , jadi ni surat untuk dialah  . Rasanya surat apa eh—

Selepas sampul surat dibuka  , dia mengeluarkan sehelai kad berwarna biru yang berada didalam lalu dia membaca tulisan yang tertulis kemas disitu  , dalam tulisan hangul berangkai  .

From  : HOTEL DIAMOND STAR

■💎■ Kami iaitu wakil dari hotel diamond star telah menawarkan anda untuk menjadi pengurus di hotel kami  .. Jika anda bersetuju dengan pangkat itu ,  silalah datang ke sana untuk hari temu duga—

Junkyu mengerut dahinya dengan muka tak percaya ada orang nak ambil dia bekerja sebagai pengurus hotel  , tapi hotel dimana ya  ? Hotel Diamond Star  ? Nama hotel tu tak pernah pula dia dengar  . Hurmm—rasanya itu kemungkinan hotel yang baru sahaja beroperasi  . Iyelah kot—sebab dia langsung tak tahu pasal hotel tu  . Ini pun kali pertama didengar  .

" patut ke aku terima je tawaran ni  ? Lagipun aku sekarang tengah cari kerja  , urmm—nantilah aku pikirkan pasal ni  " fikir junkyu lalu kad tersebut dimasukkan semula ke dalam sampul surat  .

" eo  ? "  junkyu dengan tiba-tibanya automatik tubuhnya bingkas berdiri daripada posisi duduk tanpa dia yang gerakannya , ianya seperti tubuh dia telah digerakkan dengan sendirinya . Terus itu  , langkah junkyu dihayunkan menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah sambil tangan erat menggengam sampul surat tersebut .

【C】Hotel Diamond Star |I 김준규Where stories live. Discover now