09 :: HDS

110 24 0
                                    

Anna meleraikan pelukan tadi  , dia menongkat dagu memandang wajah tampan junkyu yang statik berdiri kaku dihadapannya dengan muka tercengang 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anna meleraikan pelukan tadi  , dia menongkat dagu memandang wajah tampan junkyu yang statik berdiri kaku dihadapannya dengan muka tercengang  . Anna menarik senyuman penuh kesinisan sebelum dia membuka kotak suara , manakala kedua belah tangannya memeluk tubuh dia sambil mata setia memerhati lelaki itu  .

" engkau nak berhenti kerja kah  ? " soal Anna dengan penuh nada-nada sinis  , anak mata junky kini melirik ke arah gadis yang pendek lagi daripada dia tu  . Ketinggian Anna hanya berparaskan bahu junkyu saja  , tak adalah nampak pendek sangat , kalau gadis itu jungkit kaki memang sama paraslah . 

" apa  ? " soal junkyu dengan menayangkan muka blur dia tu dihadapan Anna  . Iyelah sebentar tadi dia termasuk dalam dunia khayalan dan kini baru ke dunia realiti semula  . Hatinya sebenar tadi terkejut kerana gadis itu tiba-tiba sahaja memeluknya  .

Junkyu memandang sekitarnya  , langsung tiada bayangan lembaga hitam yang tadinya tiba-tiba muncul dibelakangnya namun dia tidak sempat mahu melihatnya  . Junkyu melepaskan keluhan lega  , lemah semangat je dia tadi  .

" Dia dah hilang  " kata Anna lalu junkyu menoleh ke arahnya semula selepas melihat keadaan seperti biasa. Sudah membuatkan dia berasa lega dan perasaan gementar  , takut dan sinonim dengannya perlahan-lahan mula pudar  .

" Cik Anna memang tak nak saya berjauhan daripada kawasan sini kah  ? " soal Junkyu sambil kening miliknya dijungkit ke atas  . Dia rasa gadis itu saja je nak kenakan dia supaya dia tak berhenti daripada kerja sini  , dan akan setia berada dekat sini selamanya  . Auchh  , tak sanggup nak bertemu dengan makhluk hodoh tu—seram  ..

Anna menarik senyuman lebar tatkala mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh budak lelaki itu sendiri , kemudian tangan kanannya diletakkan pada atas bahu milik junkyu sambil menepuk bahunya lembut  , junkyu mencebik perlahan dengan perbuatan Anna tu . Tiba-tiba je pandang orang dah serupa macam pembunuh misteri  .

" awak pergi jauh mana pun  , sini juga tempat utama awak  .. Kim junkyu—" kata Anna sambil menikam tajam iris mata junkyu  . Dia menekan sedikit ayatnya membuatkan junkyu tergamam dan hanya terdiam seribu bahasa  .

" bwo?  w—wae  ?  " tanya junkyu perlahan  , sedikit nada getaran pada kotak suaranya itu  .

Anna menjatuhkan pandangannya pada loket diamond yang dia telah pasang pada leher milik junkyu itu  , lalu dia tersenyum penuh aura jahat  . Junkyu blur dan dia cuba memandang ke arah tempat yang ditenung oleh gadis itu  .

" bwo  ? Eo  ? K—kenapa leher saya ada rantai  ? " tanya Junkyu dengan penuh perasaan bingung  , hairan dan seerti dengan perasaan begitu  . Lalu dia menoleh ke arah Anna untuk minta perjelasan  .

" awak akan tahu juga—" kata Anna lalu dia mengorak langkah daripada situ dengan muka tenang  , seperti tiada apa-apa yang berlaku  .

" haish  , masa bila pula dia pasang rantai dekat leher aku ni  .. ? Dan dah kenapa dia pasang dekat aku pula , apa maksud dia ni . " pelbagai persoalan yang mula terngiang-ngiang didalam kotak fikiran junkyu  , serabut  . Dia cuba mahu membuka semula rantai itu namun hambanya apabila rantai tersebut sukar untuk dia membuka  . Ahh ,  lantaklah balik nanti dia minta diorang untuk bukakan  .

                         ■💎■

" yah  , junkyu susahlah nak buka rantai ni  . Tak boleh tanggalkan .. " kata Yedam yang sudah lenguh tangannya cuba nak buka rantai loket diamond yang dipakai oleh junkyu  , namun semuanya gagal walaupun rakam-rakan dia cuba untuk tanggalkan sehingga lah tiba giliran yedam  , orang yang terakhir  .

" habistu nak buat macam mana  ? Aku tak tahu apa function dia pakaikan rantai diamond ni dekat aku—" kata junkyu sambil memegang loket diamond yang dipakai olehnya.
" ha  , kan aku dah cakap kau ni ada bela sa—" belum jihoon nak tuduh was sangka dekat junkyu  , terus junkyu memotong percakapan merepek dia tu  .

" baik engkau tutup mulut jihoon sebelum aku suruh hyunsuk sumbat bola dalam mulut kau " ugut junkyu sambil menjeling jihoon tajam  . Terus terdiam seribu bahasa jihoon ,  tak terkata dia .

" takkan kau tak tahu kot junkyu  , pasal hotel tu i means tempat kau kerja tu—" jaehyuk yang dari tadi berdiam diri mula membuka suaranya . 

" hyung dia kan baru je jejak kaki dekat south korean , comfirm dia masih tak tahu pasal hotel tu  , kalau junkyu hyung tahu mesti dia tolak tawaran tu , apalah—" sampuk Doyoung membuat junkyu sekadar membalas dengan anggukkan kepala  .

" urmm—first time aku dengar nama hotel tu  , jadi apa yang terjadi dekat sana  ? Bagitahu akulah  .. " tanya junkyu yang ingin tahu  , jaehyuk memandang sekitar ruang tamu sebelum bertukar serius  .
" owner hotel tu  "

" Maksud kau Cik Anna ? Wae? " Soal junkyu yang ingin tahu .

" aku dengar cerita kan  , owner dekat hotel tu dah hidup selama beribu-ribu tahun lagi  , aku tahu benda ni tak masuk akal langsung  , but it's reality " kata jaehyuk  , dengan itu mereka tayang muka terkejut  .

" Seriuslah owner tu hidup beribu-ribu tahun , aku tak sangka pula dia hidup sungguh lama  . Mesti dia tua kan  , junkyu hyung owner tu nampak macam dah berkedut-kedut ke? Macam halmoni ke ?" tanya Haruto untuk kepastian  , bila dibayangkan muka Cik Anna junkyu membalas dengan gelengan kepala  . Jauh perbezaan daripada yang haruto katakan .
" tak adalah  , dia nampak cantik macam gadis ayu-ayu jelah , muka lawa tak nampak tua pun  .. " balas junkyu  . Terus buatkan diorang tercengang habis  . Orang beribu-ribu tahun yang lawa lagi macam gadis-gadis muda  .

" whatever lah jaehyuk  , aku rasa kau salah dengar cerita ni..  " kata junkyu  , dia tak percaya apa yang jaehyuk katakan tu , mana mungkin orang sebegitu masih hidup dekat muka bumi ni , apatah lagi nenek moyangnya yang dah lama pergi . Uuu..  Zaman nenek moyang dia pula tu—

" junkyu kalau kau tak percaya  , lebih baik kau siasat sendiri  .. Mungkin ada jawapan lebih tepat  .. " kata jaehyuk , junkyu yang mendengar sekadar mengangguk kepalanya dan mengorak langkah berlalu pergi daripada ruang tamu  , ingin masuk ke dalam biliknya  .

                           💎TBC















【C】Hotel Diamond Star |I 김준규Where stories live. Discover now