Finale :: HDS

157 26 15
                                    

Anna yang kebetulan mahu masuk ke dalam pejabatnya terus terbantut apabila hatinya sudah rasa tidak beberapa sedap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anna yang kebetulan mahu masuk ke dalam pejabatnya terus terbantut apabila hatinya sudah rasa tidak beberapa sedap . Dia berhenti ditengah kaki lima hotel sambil memandang sekeliling sekitar yang dia berada  . Dari pada pagi tadi dia langsung tak nampak bayangan lelaki tu  , sebab selalunya kalau lelaki tu datang kerja mesti dia akan singgah pejabat Anna untuk hantar kopi but harini lain macam pula  .

" cik Anna  , selamat pagi  " sapa pekerjanya iaitu chaeyoun ataupun rose sambil dia menunduk hormat dihadapan Anna  , dengan mengukirkan senyuman yang tidak lekang daripada bibir .

" kenapa kau ni nampak macam gembira  ? Ada apa-apa yang berlaku ke  ? " tanya Anna hairan melihat akan perangai ganjil rose pada harini  . Asyik tersenyum-senyum je  .. Ke ada berita yang gembira  ?

" mungkin cik Anna dah lupa  , ini merupakan hari terakhir saya bekerja di sini  .. Dan lepas ni saya akan pergi ke alam lain  .. " kata rose sedikit nada sayu namun dia cuba untuk nampak seperti biasa  , dia tak naklah buat orang sekeliling sekeliling sedih atas pemergian dia  .

" siapa yang akan hantar kau ke sana  ? " tanya Anna  .

" jennie dan yang lain— ... Oh ya  , sebelum saya pergi dari sini  .. Cik Anna terimalah pemberian saya ni  .. Semoga Cik Anna sihat selalu dan sentiasa dijauhi dengan benda-benda yang buruk .. kalau ada takdirnya  .. Kita akan bertemu di alam sana  .. Saya minta diri dulu  , Cik Anna  .. " dalam sekelip mata bayangan rose mulai menghilang daripada pandangannya .  Huh~satu keluhan berat dilepaskan oleh Anna  .

" Manalah budak junkyu ni  ? " Mengomel Anna bersendirian  . Dia sambung langkah yang tergendala tadi  , dimanalah budak junkyu tu menghilang . 
Anna tadi niatnya mahu masuk ke dalam pejabat terus tak jadi  , dia berjalan menuju ke bawah lobi untuk mencari bayangan junkyu yang masih dia tak nampak  ..

" Cik Anna cari siapa tu  ? " jinhwan yang kebetulan perasan akan gerak geri Anna tu dia terus menyoal jisoo yang tengah menyusun gelas di atas rak  . Anak mata mereka berdua tertumpu ke arah Anna yang terhulu-terhilir tu  .

" entahlah aku pun tak tahu  , dah jom kita pergi hantar rose ..harini kan hari terakhir dia  .. Huh—aku rasa nak menangis sekarang  .. Huwargh  .. " habis basah baju kemeja milik jinhwan dek terkena air mata jisoo tu  .

" baju aku  " rengek jinhwan perlahan  .

Anna mencekak pinggang apabila dia sudah penat mencari junkyu di merata-rata kawasan sini  , sampaikan dia ada tanya costumer dekat sini dan semuanya kata yang mereka tak nampak junkyu  ..

" dekat mana dia pergi  ? Aduhai  .. Mana kau menghilang takkan kau tak masuk kerja hari ni  .. " mengomel Anna yang sudah berputus asa mencari lelaki tu  . Dekat mana pun dia cari memang langsung tak nampak  .. Anna mengaturkan langkahnya mahu menuju ke atas rooftop  . Disebabkan dekat dalam dia tak nampak lelaki tu  , dan rasanya mesti dia dekat rooftop kot  ..

【C】Hotel Diamond Star |I 김준규Where stories live. Discover now